抖阴社区

CONFESSION

30 3 0
                                        

Author's POV

Petang itu, rumah agam keluarga Smith diselubungi suasana damai.
Cahaya matahari senja memancar lembut di balik langsir linen putih, membelai ruang tamu besar tempat Tuan Rafael dan Puan Radhea bersantai selepas makan malam.

Cedric berlegar-legar di depan mereka.
Tangannya berkali-kali menyeluk poket, keluarkan semula, menyeluk semula.
Rambutnya dia sikat ke belakang entah berapa kali, muka jelas gelisah.

Puan Radhea menjeling sambil menghirup teh chamomile.

"Cedric, you look like you're about to confess you killed someone."

Ujarnya kerisauan.Tidak pernah anaknya begini.Suruh kahwin dulu pun tidak begini perangainya.

Tuan Rafael menyilangkan kaki, tangan berlipat di dada.Matanya merenung Cedric ke atas dan ke bawah.Entah apa yang dia cari.

"Kalau Ceddy ada buat salah, cepat ngaku. Nak sorok dengan daddy? Memang tak lepas, boy."

Cedric menarik nafas panjang, sebelum menjatuhkan dirinya ke sofa, betul-betul di hadapan kedua orang tuanya.

"It's not that, Dad, Mom... It's... something else."

Tuan Rafael dan Puan Radhea saling berpandangan penuh minat.
Drama baru nampaknya.

"Okay, spill it, anakku yang berjiwa lembut ini."

Ejek Tuan Rafael, separuh serius.Kadang kala seronok juga membuli anaknya.

Cedric menyandar, merenung siling sejenak, sebelum akhirnya menunduk memandang ibu bapanya.

"I think... no. I'm sure. I'm in love with her."

Puan Radhea tersenyum kecil, manakala Tuan Rafael hampir tercekik teh.Cawan teh dipegangan diletakkan semula di atas meja kopi.Dia tidak salah dengar tadi rasanya.

"WHO?!"

Jerkah Tuan Rafael, matanya terbeliak.

Cedric menjulingkan mata.Geram pula dengan perangai bapanya yang buat buat terkejut.

"Who else, Dad? Aubrey, lah!"

Puan Radhea meletakkan cawan teh perlahan-lahan, ekspresi penuh keibuan.

"Awww, finally."

Nampaknya Aubrey berjaya membuatkan Cedric tersungkur.Maka perkahwinan selama setahun sahaja terkubur.

Tuan Rafael tergelak terbahak-bahak.Entah apa yang lucu sangat.Wajah putihnya berubah merah seperti punggung babun.

"HA! Daddy dah agak dah! Dari dulu lagi daddy nampak Ceddy tengok dia macam kucing lapar tengok ikan goreng!"

"Dad! Please—" Cedric menekup muka.Sesungguhnya perasaan malu menebal ketika ini.

"Betul sayang, bie  pernah nampak Ceddy termenung depan pintu bilik Obi malam-malam. Macam hantu Miang!"

Tambah Tuan Rafael dramatik.Hati tuanya gembira bukan kepalang.Ini berita dia dan isteri tunggu selama ini.

Puan Radhea menahan gelak sampai bahunya bergegar.

"Raf, janganlah buli anak kita. Dia tengah serius tu."

Cedric meraup muka, cuba mengatur semula maruahnya yang berterbangan.

"Listen. I'm serious. This isn't... some silly crush. I want to spend my whole life with her. I just... don't know if she feels the same."

Suasana jadi sepi sebentar.Tuan Rafael mengurut dagunya seperti tabib cina.Melihat muka runsing Cedric membuatkan dia yakin anaknya benar benar sedang jatuh cinta.Baru 3 bulan mereka bersatu Cedric terikat dengan perasaan cinta.Yang dia bimbang adalah jika perasaan itu cuma sementara.Yalah mana pernah anaknya bercinta.

BOUND TO MR.SOFTIETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang