Senja itu, rumah agam Smith seperti biasa dipenuhi keluarga yang sedang cuba pulih daripada luka fizikal dan emosi. Cedric masih lemah di tingkat atas, ditemani Aubrey yang tidak berganjak walau sesaat.
Pintu utama diketuk.
Julia berdiri di ambang pintu, bergaya seperti biasa tanpa sekelumit perasaan bersalah— dengan rambut disisir kemas, solekan natural, dan senyuman yang hampir meyakinkan.Dia akan cuba memohon maaf beserta penyesalan palsu seperti terdahulu.Ini bukan kali pertama.Dia pasti kali ini ruang kemaafan masih terbuka untuknya.
Di tangannya tergenggam sebuah bakul kecil berisi buah-buahan, coklat dan kad ucapan.
Loceng pada pintu ditekan berkali kali.
“I heard Cedric’s home. I came to visit. Just to say I’m... sorry.”
Puan Radhea yang membuka pintu hanya mengangguk hambar. Tiada siapa sudi menegur lebih-lebih, namun mereka juga tidak menghalau.Hati ibunya begitu sakit kali ini.
Julia melangkah masuk. Langkahnya bertenang, tapi matanya liar. Dia memandang setiap orang dalam ruang tamu itu — Seluruh ahli keluarga berkumpul diruangan besar.Kesemua mata tertumpu ke arahnya. Kesemuanya berkumpul di ruang utama selepas satu perbincangan sulit yang panjang.
Tiba-tiba, Tuan Rayden bangun. Dia menoleh ke arah Julia, lalu bersuara, tenang tetapi bergetar.
“Julia... you should sit. There’s something we need to talk about.”
Julia mengerutkan dahi, tetapi kepalanya mengangguk tanda memahami permintaan bapanya.Sempat matanya singgah pada wajah Aydern yang kelihatan muram.Mata lelaki itu juga kelihatan sembab.
"Julia, daddy minta maaf tetapi daddy perlu beritahu kamu perihal penting.I think this is the day.I cant keep this secret forever."
Bicara Tuan Rayden cukup teratur dan lembut.Laksana bapa yang mahu menasihati anaknya.
"Lain macam je daddy ni.Daddy approve Julia kahwin dengan Ceddyke?Or daddy serahkan Tesla Corp pada Julia?"
Julia menepuk tangannya tanda gembira.Manakala Puan Radhea sudah menggenggam penumbuknya.Jika mati hidup semula pun dia tidak ingin Julia menjadi menantunya.
'Dasar anak pungut tidak sedar diri!'
Getusnya dalam hati.Anak tunggalnya terlantar sakit kerana ulah gadis keji tersebut.
“The truth is... you're not our biological daughter. You are Julia and my late daughter is Raylyn Aaliyah... our real daughter, died in her sleep. It was my fault. I rolled over her in my sleep. She... she couldn’t breathe.”
Suasana jadi sunyi. Semua ahli keluarga mendiamkan diri.Mereka semua sudah tahu.Cuma memilih untuk melihat reaksi Julia.
Julia hanya kaku.Matanya terkelip kelip. Dadanya naik turun. Matanya membulat.
“What... what are you saying?”
Tuan Rayden menyambung — perlahan, tetapi jelas.
“You were at the hospital that same night. An orphan. Left by someone, choking on milk. I was desperate... and you looked like her. Almost identical.”
“So I... I brought you home. I asked the doctor to change the papers. Your birth certificate says Raylyn Aaliyah. But your real name... was Julia.”
Julia menggeleng gelengkan kepalanya laju.Sukar dia menerima maklumat sebentar tadi Letupan emosi berlaku.
“YOU STOLE MY LIFE?!”
Julia menjerit sekuat hati. Buah tangan dilempar ke lantai, bersepai. Kad ucapan hancur berkecai. Tangannya menggeletar, wajahnya merah padam.

ANDA SEDANG MEMBACA
BOUND TO MR.SOFTIE
RomanceJodoh mereka sudah ditetapkan sedari bayi lagi.Dua personaliti berbeza.Bagai langit dan bumi perbezaan mereka. Lunar Aubrey menganggap perkahwinannya dengan lelaki lembut seperti sotong itu bencana buatnya.Dia terpaksa bersetuju kerana tidak mahu me...