抖阴社区

YOU'RE LUNATIC!

26 3 0
                                        


Langit Lucerne muram dan tidak bersuara. Angin tidak bergerak, seolah bumi sendiri enggan menjadi saksi kepada kebatilan yang sedang berlaku. Aydern memandu laju ke sebuah gudang lama di pinggir kota - tempat yang tampak usang, namun dikawal ketat oleh orang-orang suruhan.

Gudang itu kini bukan sekadar tempat penyimpanan. Ia telah menjadi markas rahsia adik kesayangannya, Julia - gadis bongsu yang dibesarkannya sejak kecil, yang pernah digendongnya saat demam, yang pernah dibelanya dari buli dan dunia.

Namun kini, dia memandu ke tempat itu bukan sebagai pelindung, tetapi sebagai pengkhianat kepada adik sepupunya sendiri - Cedric, yang selama ini dianggap seperti adik kandungnya juga.

Kereta hitam Aydern berhenti di hadapan pintu besi besar. Dua lelaki berpakaian hitam membukakan laluan. Dia hanya mengangguk, namun langkahnya berat.

Pintu gudang dibuka dan aroma ubat-ubatan yang menusuk mula memenuhi hidung. Di tengah ruang, di atas katil besi, terbaring Cedric - kaku, pucat, wajahnya damai dalam lena paksa. Kedua-dua lengannya dihubungkan dengan tiub makanan dan infus air.

Di sekeliling katil, berdiri beberapa lelaki berjubah putih - doktor upahan Julia. Dan di sisi mereka... Julia sendiri, berwajah puas, rambut diikat kemas, tubuhnya dibalut gaun gelap satin yang menyerlahkan ketegasan dan kegilaan dalam satu citra.

"He'll forget everything soon, Aydern. His name, his wife, his precious family. They won't matter anymore."

Dihujungnya ada tawa kepuasan.

Aydern terdiam, cuba kawal raut wajahnya.

"We're preparing to initiate the electro-neural overwrite. He's heavily sedated. No resistance expected."

Julia menyeringai kemenangan.Ini merupakan perkara yang ditunggu tunggu.Selepas ini memori Cedric akan dihapus sepenuhnya.

"When he wakes up, I'll be the only family he remembers. The only name on his lips."

Aydern menelan liur. Dada sesak. Ini bukan sahaja pengkhianatan - ini pemusnahan total terhadap manusia yang selama ini dianggap adik sendiri. Cedric telah banyak berkorban untuk keluarga, dan Aydern sendiri pernah bersumpah untuk menjaga dan melindunginya.

Tetapi... dia juga pernah bersumpah tidak akan membiarkan Julia terluka lagi. Demi kesihatan ibu tercinta, dia berjanji untuk melindungi Julia.Namun harga untuk melindungi adik itu kini terlalu mahal.Dia terpaksa membayar dengan pengkhianatan yang begitu kejam.

'I'm sorry, Cedric. I chose her. I chose blood over truth. But God help me... I will not let her destroy your soul completely.'

Bicara Aydern didalam hati.Wajah Aubrey terimbas di minda.Wanita itu yang menjadi mangsa kegilaan Julia.Dia tahu keluarga Smith sedang ribut dengan kehilangan Cedric.Dia maklum hubungan tegang Tuan Rayden dan Tuan Rafael namun dia tetap memilih untuk diam dan melindungi Julia.Niatnya agar ibundanya tidak tertekan kerana kasih sayang wanita itu buat Julia terlalu dalam.

Aydern berpaling, pura-pura berlalu. Namun dari sisi mata, dia mengamati setiap wayar dan mesin yang disambungkan ke tubuh Cedric. Dia mula menyusun rancangan. Dalam diam, dia akan ubah sistem, sabotaj dari dalam.

Julia tidak boleh tahu. Belum.
Kerana walaupun kasih kepada adik kandungnya menjerat, rasa bersalahnya terhadap Cedric mula membakar dari dalam.

Dan akhirnya, kesetiaan Aydern kepada Julia kini berdarah - dan berbelah.

Bunyi pintu besi dihempas kuat memecah kesunyian malam gudang. Langkah Aydern menggema kasar di lantai konkrit, seolah membawa badai bersamanya. Matanya menyala marah, dan dadanya berombak menahan rasa yang sudah terlalu lama ditindas.

BOUND TO MR.SOFTIETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang