抖阴社区

BAB 6

199 6 0
                                        

The Luz's Hospital

"Dah sampai dah, kirim salam dekat semua orang." Amer bersuara setelah dia berhenti di hadapan pintu masuk pertama The Luz's Hospital, Hospital milik keluarga Luzqri iaitu sepupunya. Hospital ini bukan sekadar Hospital... tetapi Luz's Hospital sudah lama mengukir nama di peringkat antarabangsa dalam dunia perubatan.

"Bye baby, kirim salam dekat mama!" sempat Sufya menjerit apabila Dazrael dan Meliana melangkah keluar. "Nanti aku call." pesanan diberikan kepada Amer sebelum kereta BMW Cabrio tersebut ditutup dengan perlahan.

Meliana memandang sejenak ke arah Dazrael yang berjalan mengikutnya. "Jalan tengok depan." Dazrael bersuara dengan nada yang serius. "Kenapa awak kena ikut hah?!" Meliana berhenti melangkah dan badannya bergerak untuk berpusing ke arah Dazrael, tangan diletakkan di pinggang.

"Takdi awak yang suruh saya jumpa mama dengan papa kan." balas Dazrael selamba, mata hijau cerahnya dipandang tajam oleh mata coklat Meliana. Macam tu je dia jawab? Gila punya lelaki! Ini jumpa mak bapak orang, bukannya jumpa mak bapak sendiri.

Meliana menjeling ke arah Dazrael sebelum dia mengambil langkahnya semula. Dazrael hanya mengekori langkah Meliana di belakang. Tiba-tiba ada satu suara perempuan yang mengejutkannya. "Excuse me!" dia berpusing pantas ke arah suara tersebut.

"Hm?" ringkas sahaja Dazrael membalas, wajah dingin miliknya ditayangkan kepada perempuan tersebut. "You look like my future husband, can I have your number?" senyuman manis diberikan kepada Dazrael, namun Dazrael hanya mengangkat sebelah keningnya. Sudah terbiasa dengan perkara tersebut apabila dia berada di Sepanyol, Itali dan Malaysia.

"Cheesy" sampuk Meliana, wajahnya sama seperti Dazrael. Dingin, tetapi lebih menakutkan berbanding Dazrael. Wajah dingin Meliana membuatkan perempuan yang berada di hadapan Dazrael menunduk kerana takut. "Saya mintak maaf, saya pergi dulu." perempuan itu bersuara sebelum dia beredar meninggalkan tempat itu.

"Linda." ( Comel ) Dazrael mengenyitkan mata kanannya kepada Meliana. "I know and thank you." jawab Meliana selamba sebelum dia menjeling tajam kepada Dazrael. Terkedu Dazrael apabila melihat aksi wanita itu, lupa agar Meliana juga belajar bahasa Sepanyol.

Tuk Tuk Tuk!

Meliana mengetuk pintu bilik hospital mamanya sebelum membuka pintu tersebut. "Assalamualaikum." Meliana memberi salam lalu melangkah masuk bersama Dazrael yang berada di belakangnya. "Waalaikumussalam." serentak mama dan papa Meliana menjawab, mata terbuka luas apabila melihat jejaka yang memakai sut lengkap, badan sasa dan tinggi lampai.

"Assalamualaikum aunty, uncle." Dazrael menunduk kepalanya sedikit. Kedua-dua kakak Meliana sudah menekup mulut mereka, namun abang Meliana hanya diam. "Waalaikumussalam" sekali lagi mama dan papa Meliana menjawab salam tetapi kali ini salam dari Dazrael.

"Ba... baby, si... siapa ni?" tergagap Puan Lisandra mengajurkan soalan kepada Meliana. Dazrael hanya memberikan senyuman manis kepada ahli keluarga Meliana yang lain.

"Errr... dia... dia..." Meliana terkebil-kebil, lidahnya seakan terikat, mencari perkataan yang tak kunjung tiba. Wajahnya sudah merona merah, namun abang Meliana sudah mengukir senyuman sinis, dia seperti tahu apa yang ingin dikatan oleh adiknya.

Namun sebelum suasana menjadi lebih canggung, Dazrael perlahan mengambil satu langkah ke hadapan. Bahunya tegap, nada suaranya tenang dengan penuh keyakinan.

"Saya Tengku Dazrael Zayden." katanya, mata hijau cerah miliknya terus memandang ke arah Puan Lisandra dan Encik Mazlan. "Saya datang hari ini dengan satu tujuan... saya datang nak minta restu daripada aunty dan uncle."

Sunyi.

Ayat yang keluar dari mulut Dazrael seperti menggantung di udara, seolah-olah menghentikan waktu. Meliana sudah menahan nafasnya. Matanya terbuka luas ketika memandang Dazrael kerana takut.

Dazrael membalas pandangan Meliana sambil mengganguk sedikit, senyuman terukir di bibirnya. Dia masih boleh berdiri tenang, seolah-olah baru memperkenalkan diri untuk sesi temu ramah perkejaan... tetapi ini lebih dari itu.

Semua orang yang berada di dalam ruangan itu memandang sejenak ke arah Meliana dan Dazrael. Puan Lisandra dan Encik Mazlan serius memandang ke arah Dazrael, seperti mereka cuba untuk membaca niat di sebalik kata-kata lelaki itu.

"Restu?" Puan Lisandra bersuara memecahkan kesunyian di dalam bilik tersebut, matanya dialihkan untuk memandang ke arah Meliana. "Dia serius ke, baby?" Encik Mazlan pula bersuara.

Meliana hanya mengganguk perlahan... cukup untuk mengubahkan segalanya. Dazrael hanya berdiri tegak, dia tahu agar dia diperhatikan dari rambut hingga hujung kaki.

"Saya tahu mungkin cara saya datang mengejutkan aunty, uncle dan yang lain" Dazrael akhirnya bersuara, nada suaranya masih tenang dan penuh dengan hormat. "Tapi saya datang dengan niat yang jelas dan ikhlas. Saya nak kenal dengan keluarga Meliana dengan lebih dekat. Dan jika diizinkan, saya mahu bina masa depan dengan Meliana... dengan restu keluarga." sambung Dazrael lagi dengan penuh bermakna.

"Berapa lama kamu dah kenal Meliana?" Encik Mazlan mengajukan soalan kepada Dazrael. Dazrael menoleh ke arah Meliana seketika, sebelum pandangannya beralih kepada Encik Mazlan.

"Tak cukup lama untuk tahu segalanya tentang dia... tapi saya hanya tahu, saya taknak hidup tanpa dia di sisi saya." balas Dazrael dengan nada yang lembut tapi penuh ikhlas.

Adik-beradik Meliana sudah tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Dazrael. Suasana bertukar menjadi janggal dan manis. Meliana hanya memandang ke arah Dazrael, dia juga terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Dazrael.

Puan Lisandra menghela nafas perlahan. Kali ini semua mata tertumpu ke arah Encik Mazlan. "Kalau Meliana setuju... dan Dazrael dah sedia untuk pegang tanggungjawab sebagai suami. Uncle dah takda sebab nak halang kebahagiaan Meliana." Dazrael dan Meliana menghela nafas lega.

Mata mereka sekarang tertumpu ke arah Puan Lisanda. "Meliana bukan senang nak bawak lelaki jumpa kami... tapi kalau dia bawak, maksudnya awak pemenangnya." senyuman dihadiahkan kepada Dazrael. "Terima kasih aunty dan uncle." jawab Dazrael sebelum dia dan Meliana memandang ke arah satu sama lain.

Tiba-tiba kakak Sulung Meliana yang itu Nur Lisya Miryana bersuara dengan nada menyakat. "Senang kau nak ambik adik orang, dia manja dengan semua orang kat sini. Nanti dah kahwin jangan sampai tak bawak dia jumpa kitaorang." mereka melepaskan ketawa kecil. Dah macam drama TV7 pulak!

Meliana and the man behind the commando mask.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang