抖阴社区

BAB 12

211 9 0
                                        

Pintu utama di mansion Zayden terbuka luas sebelum kelibat mummy dan daddy Dazrael kelihatan. "Assalamualaikum..." serentak Datin Zahara dan Dato Dazrul memberi salam. Mata mereka terbuka luas apabila melihat menantunya di dalam dukungan anaknya.

"Kenapa Ayten angkat menantu mummy ni ha." soal Datin Zahara dengan dahinya yang berkerut sedikit. Dato Dazrul sudah mengukir senyuman kecil.

"Dia ni ha, manja betul."
"Mana ada! Abang yang mengusik saya!"
"Mana ada abang nak ras-."

Tidak sempat dia ingin menghabiskan ayatnya, tiba-tiba Meliana menekup mulutnya. Malu lah tu . "Ha kenapa tu?" kali ini, Dato Dazrul pula yang bersuara.

"Nothing! Mummy dengan daddy buat apa kat sini?" soal Meliana perlahan, tangannya di tarik semula dari menekup mulut suaminya. "Mummy nak cakap dengan Ayten sikit ni ha." jawab Datin Zahara.

"Ooo masukla mummy" Meliana memukul bahu suaminya perlahan tanda untuk menyuruh memberikan ruang kepada Datin Zahara. Dazrael yang sudah faham itu, perlahan berjalan ke arah ruang tamu.

Perlahan-lahan Dazrael meletakkan Meliana di atas sofa yang tedapat di ruang tamu. Puan Zahara dan Dato Dazrul pula melabuhkan punggung di sofa yang berada di sebelah sofa yang diduduki oleh Meliana.

"Ayten, kamu ada missionkan, malam ni?" soal Dato' Dazrul perlahan, dari mana dia tahu? "Haah, macam mana daddy tahu?" dahi Dazrael berkerut sedikit, Meliana hanya memandang ke arah bapa mentuanya dengan wajah keliru.

"Amer dah bagitahu, baby okay ke tinggal sini sorang-sorang seminggu?" Meliana memandang ke arah suaminya, kemudian berpaling pula ke arah mummy dan daddy mentuanya.

Terkejut apabila dipanggil baby, ini mesti mama dan papa yang merasuk suruh mummy dan daddy memanggilnya baby. Sempat dia berfikir sebelum mengganguk perlahan, dia memberi isyarat yang dia ok jika ditinggalkan sendirian di rumah yang besar ini.

Dengan wajah yang masih keliru, dia bersuara "Tak apa... baby boleh duduk sini sorang-sorang." jawabnya tenang dan jujur. "Cuma..." dia terhenti sejenak untuk memandang wajah suaminya.

"Kalau boleh saya nak ajak kawan saya...Sufya, duduk sekali. Teman saya sementara abang keluar untuk misi." sambungnya lagi perlahan, pasti Amer juga menyertai misi itu kerana sepupunya juga seorang tentera.

Puan Zahara dan Dato Dazrul saling berpandangan seketika, sebelum tersenyum. "Lagi bagus, ada kawan, mummy setuju!" jawab Datin Zahara ceria, Dato' Dazrul pula hanya mengganguk setuju.

"I'm fine with it. As long as you fell safe and comfortable, cielo..." balas Dazrael perlahan dengan nada yang lembut. Senyuman manis dihadiahkan kepada isterinya.

"Kalau macam tu, mummy daddy pergi dulu ye. Hati-hati kamu berdua, Assalamualaikum." Datin Zahara dan Dato Dazrul berdiri serentak sebelum mereka berlalu ke arah pintu. "Waalaikumussalam." balas Meliana dan Dazrael.

Meliana dan Dazrael mengikut Datin Zahara dan Dato Dazrul hingga mereka sampai di depan pintu rumah itu. "Nak salam mummy." Meliana bersuara sebelum dia dan Dazrael menyalami tangan Datin Zahara dan Dato Dazrul.

"Hati-hati daddy...mummy. Nanti baby datang rumah dengan Sufya." sekali lagi dia bersuara, "Stay safe." pesan Dato Dazrul sebelum dia dan isterinya berlalu ke kereta.

"Abang... Sufya cakap nanti dia datang dengan Amer sekali." kata Meliana perlahan sambil menuju ke arah meja soleknya. Tangannya sibuk menyikat rambut panjangnya, wajah terpantul di cermin.

Senyuman nakal mula terukir di hujung bibir Dazrael. "Ada beberapa jam lagi ni. Abang nak ambil hak abang boleh?" Dazrael mendekati Meliana sebelum badan Meliana diangkat olehnya dengan mudah untuk diletakkan di atas katil.

"Ishh a...ab...abang..." tergagap Meliana, wajahnya sudah bertukar menjadi merah, senyuman nakal turut terukir di bibirnya. "Don't be shy, I'll lead us." usik Dazrael lagi.

"Abang tahu tak, saya pun ada hak saya..." ujar Meliana, belum sempat Dazrael ingin bersuara. Meliana sudah pun menolak dada sasa suaminya hingga suaminya terbaring di tengah katil. "Sekarang, giliran saya pula yang usik abang..." Meliana menunduk sedikit, membelai sisi wajah Dazrael yang sudah tidak berani lagi.

Dazrael menelan liur perlahan, jantungnya juga berdegup laju. "Cielo... what are you doing." soalnya dengan nada yang sedikit tersekat.

"What? Abang nak sangat kan." ujar Meliana sebelum dia melabuhkan satu ciuman di pipi kanan Dazrael. Dazrael terkedu, selama ini dia yang selalu mengusik isterinya. Tapi sekarang... dia yang kena mengusik.

"Hak abang? Sinilah, you said you will lead us..." usiknya lagi, wajah Dazrael sudah memerah seperti buah delima, "Ci...cielo..." tergagap dia dibuatnya.

"Hak ni ke?" Meliana mencuit otot perut suaminya dengan perlahan, "Atau hak yang abang minta dekat cielo semalam masa cielo dah mamai?" sambungnya lagi.

Dazrael menunduk perlahan kerana malu "Kejap! Cielo periodkan? Abang tuntut lepas abang balik dari mission jelah ye." dia bersuara, baru sekarang dia menerima alasan Meliana.

"Shhh..." Meliana meletakkan jari petunjuknya ke bibir suaminya yang masih lagi memerah wajahnya. "No backing-up now, captain..." dengan senyuman yang penuh berani... dia mengucup bibir suaminya. Kali pertama mereka di dahului oleh sang isteri.

Meliana and the man behind the commando mask.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang