Ding dong! Ding dong!
Dazrael dan Meliana saling berpandangan, mata mereka membulat, pasti Sufya dan Amer dah sampai. "Abang! Amer dengan Sufya dah datang!" Meliana berkata sebelum dia menolak tubuh sasa suaminya untuk menjauhi.
"Cepat! Cielo turun bawah pastu cakap dekat diaorang yang abang tengah siap-siap!" arah Dazrael kepada isterinya. Cepat-cepat dia mencapai tuala berdekatan dan pergi ke arah tandas yang terdapat di bilik tidur mereka.
"Abangg, tudung sarung saya mana?" Meliana mula panik, sekali lagi loceng rumah mereka bergema. "Atas kerusi tu!" jawab Dazrael yang berada di dalam tandas. Laju tangan Meliana mencapai tudung sarung yang berwarna hitam sebelum dia membuka pintu bilik.
Kali ini dia turun ke bawah menaiki tangga supaya lebih pantas. Akhirnya dia membuka pintu utama rumah itu dengan wajah yang masih berpeluh dan nafas yang tidak terkawal.
Terbeliak mata Meliana apabila melihat semua ahli tiger shadow berada di depan pintu rumahnya. "Eh kenapa kau berpeluh ni?" soal Sufya perlahan dengan nada yang panik.
Berkerut dahi Haris, Aidan, Amer, Kashif dan Larien apabila melihat keadaan Meliana yang berpeluh itu. Aircond bukan main banyak, tapi asal berpeluh lagi?
"Dazrael mana?"
"Asal lama sangat bukak pintu?"
"Aircondada kat semua tempat, tapi berpeluh lagi?"Meliana mengeluarkan ketawa kecil "Err... tadi dia buat pemanasan badan sikit. Sekarang dia tengah mandi." Meliana menjawab dengan senyuman yang tidak bersalah, tapi bibirnya bergetar.
"Pemanasan yang melibatkan kau ke?" soal Larien selamba, dahi mereka berkerut sedikit. "Ha...haah." Meliana membalas sebelum tangannya naik untuk mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kitaorang kacau ke? Weh jom gerak, kita pergi lain dulu." ajak Kashif dengan nada yang sedikit mengusik. "Tak payah, masuk jela." sampuk satu suara garau. Pandangan mereka semua beralih ke arah Dazrael yang perlahan menurun tangga dengan baju tentera yang lengkap. Tangan kananya sedang mengangkat beg.
"Eh takpe-takpe, kita dah kena pergi ni. Kitaorang datang nak ambik kau je." balas Aidan sebelum dia memandang sepintas lalu ke arah Meliana yang sedang membetulkan tudungnya.
Dazrael turun anak tangga terakhir, wajahnya dingin dan tegang. Sekarang dia bukan memakai topeng sebagai suami Meliana, tapi sekarang dia memakai topeng sebagai Kapten Dazrael Zayden.
Dia berjalan perlahan ke arah tiger shadow sempat dia selit satu pandangan kepada Meliana. Pandangan yang seolah berkata "Nanti abang claim balik lepas habis misi."
Meliana cepat-cepat tunduk, dia faham dengan wajah Dazrael itu, pipinya berasa panas. Macam ada api pula bawah tudung yang dipakai olehnya.
"Sufya, jaga Meliana ye." Amer berpesan kepada bakal isterinya. "If anything dangerous happend, run to my office. There's a gun in one of the drawer." kali ini Dazrael bersuara perlahan.
"Apa? Pistol?" serentak Meliana dan Sufya bersuara, mata mereka terbuka luas kerana terkejut. Diaorang ni berkerja sebagai tentera askar atau mafia? "Yes. Ini untuk keselamatan korang berdua. Kalau salah seorang dari korang berani, gunakan je. Tapi kalau tak berani... cielo, you can call kakak Zayra atau abang Zariel. Diaorang akan datang." pesan Dazrael panjang dan padat dengan nada yang serius.
Meliana dan Sufya mengganguk, mereka berdua pernah mengikut ahli tiger shadow ke latihan menembak untuk tentera. Itu yang apa mereka fikirkan, tetapi sekarang mereka berdua terfikir tentang perkara yang sama. Adakah mereka semua tentera biasa atau... mereka ada perkejaan yang lebih bahaya daripada seorang tentera?
Sufya dan Meliana berjalan bersama untuk duduk di ruang tamu setelah tiger shadow bergerak untuk pergi ke mission. "Baby, kau fikir tak apa yang aku fikir?" soal Sufya secara tiba-tiba dengan dahi yang sedikit berkerut.
"Apa? Yang kau fikir diaorang ada kerja lain selain dari tentera?" soal Meliana kembali kepada Sufya. Sufya mengganguk perlahan "Mereka tentera, Mel. Tapi aku rasa mereka bukan biasa-biasa... mungkin diaorang pembunuh upahan." Sufya mengecilkan matanya sedikit.
"Mungkin, tapi aku akan tetap berada di sisi Dazrael...tanpa ragu-ragu." Meliana juga terfikir tentang itu, dia dan Sufya seperti berkongsi otak. "Dan aku akan tetap menemani Amer, walaupun dia bahaya." sambung Sufya pula. Kalau dah sayangkan seseorang, memang susah untuk dilepaskan.
Tetapi ada satu benda yang Sufya dan Meliana tidak tahu, diaorang sedang diperhati dari CCTV oleh Dazrael dan Amer.
Dazrael dan Amer mengukir senyuman kecil. "Kau rasa, bila patut kita bagitahu diaorang tentang perkejaan kita yang sebenar?" soal Amer setelah dia mendengar kata-kata bakal isterinya. "After our mission is accomplished." balas Dazrael dengan nada yang dingin.
Tiba-tiba radio kereta Aidan bergema di dalam kereta. "Mengapa kau bersendiri." suara Aidan mula kendengaran dengan perlahan. "Hoouoh" sampuk Kashif.
"Tanpa siapa yang di sisi." Haris menyambung "Ooouhhhh" sampuk Aidan "Siapalah yang sampai hati." sambung Kashif pula
Amer dan Dazrael sudah menjeling tajam ke arah mereka berdua, apa pula yang bala-bala tiger shadow nyanyi ni. Orang baru je nak terharu.
"Biar aku jadi teman kamu malam ini." sampuk Haris "Ouuohhh." kali ini Larien pula yang menyambung membuat Amer dan Dazrael terkedu, sejak bila Larien terikut dengan perangai bala-bala ni?
"Shimmy, shimmy yeay, shimmy yeay, shimmy yeah." kali ini mereka berempat bernyanyi bersama-sama. "Shimmy, shimmy yeay, shimmy yeay, shimmy yeah." semakin lama semakin rancak mereka bernyanyi
"Siapalah yang sampai hati." nyanyi Aidan lagi "Biar aku jadi teman kamu malam ini." nyanyian itu berakhir dengan Larien sebelum irama mula memenuhi kereta itu.
"Zaman bila korang ni?" tempik Dazrael dengan nada yang dingin seperti menahan marah. "Zaman 2024 lah." seloroh Kashif bersuara. "Weh bodoh, dia nak marah tu, diam diam." Haris menyiku Kashif perlahan.
Larien dah pura-pura busy tengok file, sementara Aidan acah fokus memandu. Amer sudah pun terdiam, kalau dia meletup memang hilang terus kepala bala-bala tu.
"Kalau korang tak senyap sekarang... aku buat laporan yang korang hilang semasa misi." dingin suara Dazrael membuatkan bulu mereka menaik kerana takut.
"Tak, tak!" suara mereka bertindih, "Ok... ok kitaorang diam." Kashif mewakili mereka sebelum dia tersenyum seperti kerang busuk. Amer pula mengukir senyuman sinis. "Padan muka, bising la lagi." bisiknya perlahan

ANDA SEDANG MEMBACA
Meliana and the man behind the commando mask.
RomancePertemuan mereka adalah pertemuan yang biasa, dia hanya lelaki asing yang menolongnya untuk mengambil barang. Tak sempat ingin berterima kasih, lelaki itu menghilangkan diri. Namun, tidak disangka takdir membawa mereka bertemu semula. Mereka saling...