抖阴社区

BAB 9

235 7 0
                                        

Ding dong! Ding Dong! Ding dong!

Meliana sudah siap memakai tudung yang berwarna merah gelap serta baju berwarna hitam, wajahnya seperti lesu tetapi ayu. Di belakangnya, Dazrael sedang mengemas katil dan melipat baju yang dipakai oleh mereka semalam.

"Biar saya pergi bukak." Meliana bersuara perlahan "Kejap!" kata Dazrael sebelum dia berlari ke arah Meliana, berhenti apabila badan mereka rapat. Satu kecupan dilabuhkan ke bibir Meliana. "Nanti kena puasa sekejap kalau diaorang ada." senyuman nakal terukir di bibir.

Meliana juga tersenyuman nakal sebelum dia berjengket dan melabuhkan kecupan di pipi kiri Dazrael. "Dah pergi sambung kat sana." kata Meliana sebelum dia melangkah ke arah pintu bilik. Meliana menarik nafas yang panjang sebelum membuka pintu tersebut.

Pintu dibuka. Tepat seperti yang dijangka.

"Macam mana malam semalam? Siapa jerit dulu?" tanya Khashif selamba sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik diikuti oleh Sufya, Amer, Haris dan Aidan.

"Apa benda yang kau mengarut ni?" Dazrael menyergah, nada suaranya tinggi sedikit. Meliana hanya menggeleng kepalanya. Awal lagi tapi dah pening sebab melayan perangai sahabat suaminya dan juga sahabatnya.

"Tak adala, tanya ajaa..." Kashif membalas, jari petunjuk diletakkan ke dagu. Sufya dan Amer memandang satu sama lain, tangan diangkat untuk menutup mulut, tak tahan ketawa.

"Larien mana?" sampuk Meliana apabila kelibat Larien tidak kelihatan sejak pintu bilik dibuka olehnya. "Dah balik kut." jawab Dazrael, menghampiri isternya dan memeluk pinggangnya dengan senyuman manja.

"Kaptenku sayang... kita ada misi malam ni. Dia balik awal untuk uruskan perkara kat markas. Kapten busy sangat ke semalam sampai tak baca mesej grup." Haris pula bersuara sebelum memberi jelingan ke arah Dazrael, apa yang dia buat sampai tak baca grup mesej?

Dazrael memberi pandangan tajam ke arah sahabatnya. Meliana sudah pun menggeleng kepalanya perlahan. Tahu sangat dengan perangai kedua jejaka itu.

Sufya menepuk tangan dua kali, terkejut semua yang berada di dalam bilik itu. Mata bergerak untuk memandang ke arah Sufya.

"Cukup la dengan drama TV25 ni, ambik beg bawak turun. Makan sarapan dulu sebelum kita bertolak." Sufya menunjuk ke arah beg milik Dazrael dan Meliana.

"Biarlah diaorang bawak sendiri, awak." Amer tidak berkelip memandang ke arah Sufya. Dalam kepalanya, dia berfikir ingin membawa Sufya ke pantai untuk melamarnya nanti.

Sepupunya, Meliana... Sudah pun berkhawin dengan sahabat baiknya dari zaman sekolah menengah. Jadi sekarang gilirannya pula... Untuk menukar posisi dengan Meliana dan melamar sahabat Meliana dari zaman sekolah menengah.

Dia tidak sangka bahawa jodohnya selama ini berkawan dengan sepupunya sendiri.

"Muhammad Amer Daevin! Termenung apa?" tempik Sufya, terangkat sebelah keningnya apabila terlihat Daevin tidak berkelip sejak tadi lagi. "Ha?" Amer tersentak seperti orang yang baru keluar dari mimpi.

"Nak saya ulang balik ke apa yang saya cakap?" tanya Sufya dengan nada geram. "Eh dahla tu, jom pergi." Meliana bersuara sebelum melangkah ke arah pintu bersama suaminya.

"Ingat kitaorang ni kuli korang ke?" tempik Kashif sebelum pintu bilik itu tertutup rapat meninggalkan Sufya, Amer, Aidan dan Haris. "Angkat lah korang, aku pergi dulu. Jom Amer." ajak Sufya sebelum mereka berdua turut keluar.

"Kurang ajar!" serentak Aidan, Kashif dan Haris tempik. Meliana, Dazrael, Sufya dan Amer sudah ketawa terhibur apabila mendengar jeritan sahabatnya dari luar bilik tersebut.

"Berat gila beg korang ni" rungut Haris kepada Dazrael dan Meliana. "Entah, macam ada batu pulak dalam ni!" sampuk Aidan pula. Pasangan suami isteri itu tergelak kecil, manakala Kashif sudah menjeling ke arah mereka.

"Kami bawak cinta, bukan batu. Betul tak abang?" tanya Meliana kepada Dazrael, kepalanya dilabuhkan di bahu suaminya. "Betul, cielo." Dazrael tersenyum kecil sebelum ciuman nipis dilabuhkan di dahi Meliana. Penuh gaya dan penuh niat menyakitkan hati orang bujang.

Amer buat gaya muntah, "Ya allah mata aku, tolong jangan buat yang bukan-bukan dekat sini. Aku nak makan bukan nak layan cerita drama bersiri." katanya sebelum satu sudu nasi goreng disuap di dalam mulutnya. Wajahnya separuh menyampah separuh menghayati masakan itu.

"Entahnya, tunggu aku kahwin nanti." Sufya menyapuk selamba sebelum menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Uhuk...Uhuk." Amer terbatuk-batuk, tangan laju mencapai air kosong. Wajahnya dah merah, bukan sebab pedas tetapi sebab panik. Haris sudah tersenyum jahat, sementara Kashif dan Aidan membaca doa makan.

"Eh vin kau okay tak?" soalan dari Meliana diajurkan kepada Amer, tapi senyum di bibirnya tidak mampu disorok.

"Okay...okay. Tersalah salur je" katanya perlahan sebelum meletakkan segelas air kosong di atas meja. Padangannya bergerak untuk melihat Sufya yang berada di sebelahnya. Sufya hanya tersenyum nipis, mata masih fokus kepada nasi goreng di depannya.

"Cinta ni... Sensetif betul dengan topik kahwin." Haris bersuara manja sebelum memukul lembut bahu Amer. "Baru Sufya sebut pasal topik Kahwin, dia dah batuk macam tengah audition untuk watak jantan lemas" usik Kashif perlu sebelum dia melepaskan ketawa kecil.

"Bukan sensetif, dia tengah susun ayat lamaran dalam kepala tu." senyuman sinis terukir di bibir Dazrael. Amer memberi jelingan tajam kepada Dazrael.

Bunya kerusi menarik perhatian mereka. Mata memandang tepat kepada Sufya dan Meliana. "Korang nak ke mana?" soal Aidan sebelum menghirup kopi.

"Nak ke tandas, korang dah siap kan? Pergi tunggu kat sana" arah Meliana sebelum dia memegang tangan Sufya. Hubungan Meliana dan Sufya semakin lama semakin baik sejak Meliana sudah berkhawin.

Dazrael dan Amer turut berdiri untuk meninggalkan Haris, Aidan dan Kashif untuk mengangkat semua beg itu. "Woi angkatlah beg ni!" tempik Haris, orang-orang yang berada di sekelilingnya tidak dihiraukan.

Meliana and the man behind the commando mask.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang