Hari keempat tiger shadow menjalankan misi dan meninggalkan Meliana dan Sufya bersama.
Bunyi kaca pecah dari dapur membuatkan Meliana dan Sufya terlompat dari sofa. "Baby... tu bunyi dari dapur kan?" soal Sufya perlahan sambil menggengam erat tangan sahabatnya.
Meliana bangkit perlahan, jantungnya mula berlumba. "Tunggu sini, biar aku pergi tengok." katanya perlahan sebelum melepaskan tangan Sufya. Dia tetap memberanikan diri walau lutut dah longgar.
Tapi belum sempat dia ingin melangkah, tiba-tiba pintu utama rumah itu terbuka luas. BANG! Asap putih mula memenuhi ruang.
Baru sahaja Meliana dan Sufya ingin berlari ke atas untuk masuk di ofis Dazrael seperti apa yang Dazrael menyuruh mereka jika apa-apa berlaku. "Duduk diam-diam perempuan!" tempik satu suara garau.
Lima laki bertopeng masuk ke dalam rumah itu dengan laju, lengkap dengan memegang senjata. Sufya mula menjerit tolong-tolong, tetapi Meliana sudah kaku.
"Sebab abang ramai musuh." ayat suaminya mula datang di fikirannya, adakah ini apa yang suaminya bermaksud ketika dia berkata tentang musuh?
"Kau...isteri Tengku Dazrael Zayden kan?" soal ketua kumpulan bertopeng itu sambil menarik rambut lurus Meliana dengan kasar. "Bagus, kau ikut kami. Dia akan datang bila kita genggam kelemahan dia." lelaki itu ketawa jahat.
"Lepaskan dia!" tempik Sufya sebelum dia menolak salah seorang lelaki bertopeng di situ, tetapi dua lagi lelaki cepat-cepat memegang lengannya.
"Ada tetamu rupanya." kata lelaki bertopeng itu, ketawa sinis kedengaran. "Ambik aku je! Jangan bawa dia!" tempik Meliana pula sambil meronta.
"Terlambat sayang, lagi ramai, lagi cepat kumpulan suami kau akan datang." kata lelaki itu sebelum dia mengganguk ke arah lelaki yang memegang Meliana dan Sufya.
Dua tubuh kecil itu ditolak masuk ke dalam van berwarna hitam, tangisan dan jeritan Meliana dan Sufya langsung tidak dihiraukan. Bunyi enjin meraung sebelum van itu dipandu.
"Mission accomplished." suara Dazrael terbunyi di pendengar suara. "Woohoo!" kedengaran pula suara tiger shadow yang lain bersorak. "Empat hari yang paling gila, tapi bersih" Amer bersuara perlahan.
Aidan tersandar di dinding bunker persembunyian, senyum kecil menghiasi wajahnya. "Kita balik malam ni, kan?" tanyanya perlahan namun tiada yang menjawab.
Amer menoleh pada Dazrael yang sedang membersihkan senjatanya. "Rael, aku rindu Sufya." kata Amer perlahan,Dazrael senyum nipis. "Lia pun mungkin dah bosan asyik duduk rumah je."
BZZZTT!
Isyarat dari alat komunikasi Haris tiba-tiba bertukar merah. Larien cepat-cepat sambut tablet data yang terhubung dengan sistem keselamatan rumah Dazrael. "System down?" tanya Dazrael tanpa riak di wajahnya, namun dahi Amer berkerut sedikit.
"Tak..." Haris menelan air liur, semua perhatian tertumpu padanya. "System kena potong terus. CCTV offline dari 20 minit lepas. Sekali dengan GPS security Meliana dan Sufya..." sambungnya perlahan.
Jantung Dazrael dan Amer seakan berhenti. "Apa kau cakap tadi?" tanya Dazrael dengan nada yang dingin. Larien memandang sejenak ke arah tablet. "Kita ada masalah besar..." katanya sebelum memandang ke arah Dazrael.
"Kumpulkan barang. Kita balik sekarang." arah Dazrael sebelum dia mengangkat beg miliknya dan berlari ke arah kereta diikuti okeh Amer.

ANDA SEDANG MEMBACA
Meliana and the man behind the commando mask.
RomancePertemuan mereka adalah pertemuan yang biasa, dia hanya lelaki asing yang menolongnya untuk mengambil barang. Tak sempat ingin berterima kasih, lelaki itu menghilangkan diri. Namun, tidak disangka takdir membawa mereka bertemu semula. Mereka saling...