抖阴社区

BAB 11

215 8 0
                                        

Dazrael menjeling sekilas ke arah isterinya yang sedang menyandar di tempat duduk. Haris, Kashif dan Aidan sudah dia menghantar di rumah Haris, pandai-pandai la balik ke rumah sendiri.

"Abanggg" panggil Meliana perlahan sebelum dia menarik kakinya untuk duduk bersila. "Apa? Nak teh lemon ais lah tu." Dazrael menjawab malas sebelum dia memberi signal ke kiri untuk berhenti di 7 eleven.

"Hehe, belikan aiskrim unicorn sekali ya." Meliana tersenyum lebar sebelum dia membuka tapak tangan di depan Dazrael. "Nak apa?" Dazrael menyoal.

"Nak telefon abang." dia tersenyum tidak bersalah. Macam budak-budak betul perangai isteri Dazrael ni. Dazrael menghela nafas yang panjang sebelum dia meraba poket seluarnya untuk mengambil iPhone-nya.

"Terima kasih abangg..." sempat Meliana memberikan ciuman di bibir merah jambu suaminya sebelum dia membuka IPhone tersebut. Youtube dibuka sebelum video sembang seram dipasang.

Dazrael sudah tersenyum lebar di sebelah isterinya. 'Ni kalau aku belikan teh lemon ais dengan aiskrim unicorn mesti dapat lagi' cepat-cepat dia keluar dari perut kereta untuk membeli aiskrim dan teh lemon ais untuk isterinya.

Beberapa minit kemudian, Dazrael membuka pintu kereta. Tangisan isterinya didengari dengan kuat, dengan pantas dia masuk ke dalam perut kereta.

"Kenapa nangis ni, cielo." air mata Meliana diusap perlahan olehnya. "Di...dia le...letak jumpscare." tergagap Meliana. Mata Dazrael terbuka luas, ingatkan ada orang cuba culik dia... rupanya sebab jumpscare dari sembang seram.

"Nah aiskrim dengan air." Dazrael menghulurkan satu beg plastik kepada Meliana. "Yay aiskrim unicorn!" Meliana terus bertukar ceria sebaik saja aiskrim unicorn berada dalam genggamnya. Macam tak pernah menangis empat saat lepas.

Dazrael hanya menggeleng kepalanya. Isteri dia ni memang senang sangat beremosi, tapi itulah yang buat dia jadi comel. "Abang, bukakan." Meliana menghulur aiskrim tersebut ke arah suaminya.

Dazrael hanya mengambil aiskrim itu dan membukanya dengan berhati-hati. "Manja lebih pulak hari ni." dia menjeling sekilas ke arah Meliana yang sudah tersenyum lebar menunggu aiskrimnya.

"Bukan hari ni je, esok, hari seterusnya, minggu depan hingga abang mati pun saya manja lagi." balas Meliana selamba sambil menjilat aiskrim yang sudah dibuka oleh suaminya. "Sedapnya... rasa aiskrim unicorn. Abang nak rasa?"

"Rasa aiskrim ke rasa awak?" Dazrael mengangkat sebelah keningnya. "Dua-dua pun boleh." balas Meliana dengan gaya polos tapi penuh makna.

Tersedak Dazrael dibuatnya. Dia tarik nafas dalam-dalam, tangganya sudah menggengam stereng dengan kuat. "Cielo... baru pukul sebelas pagi ni, jangan macam-macam."

"Abang yang mula dulu." balas Meliana sambil tersenyum kecil. "Saya baik je tadi... lepas abang bagi aiskrim dengan air terus saya rasa nakal." semakin lama semakin nakal senyuman Meliana.

"Kalau macam tu... nanti saya rasa bila dah sampai rumah." selamba Dazrael membalas sebelum kereta itu dibawa dengan laju. Senyuman nakal terukir di bibirnya.

Tiba di Zayden Heights mansion.

Meliana tidak menunjukkan apa-apa riak di wajahnya, sudah terbiasa dia melihat lima mansion itu semasa dia melawat keluarga Zayden. "Abang, I have a question." dia bersuara perlahan

"Spill."
"Kenapa rumah abang paling atas sekali?"
"Sebab abang ramai musuh."

Meliana terkedu, musuh? Setahunya, suaminya hanya berkerja sebagai kapten askar. Jadi... dari mana datangnya musuh? "Abang ni sebenarnya kerja apa?" tanyanya perlahan sebelum berpaling ke arah suaminya.

Kali ini Dazrael terdiam. Kereta tersebut mula bergerak semula, sebelum diparkir ke dalam garaj. "Saya tahu abang cuma tentera askar, tapi semua ni... macam bukan yang kapten tentera mampu ada." Meliana bersuara sekali lagi.

"You'll find out soon, cielo..." hanya itu yang Dazrael balas sebelum dia melangkah keluar dari kereta dan berlari untuk membuka pintu kereta untuk isterinya. Dia menunduk sedikit. "Let's go my queen." katanya sebelum menghulurkan tangannya kepada Meliana.

Dengan laju dia menarik tangan isterinya untuk masuk ke dalam rumah. "Welcome back tuan muda." serentak semua pembantu rumah menunduk dan bersuara. "This is my wife, I want everyone to treat her well. If you touch her... you know what will happend." suara Dazrael bertukar dingin. Semua pembantu rumah hanya mengganguk.

Dazrael menarik tangan Meliana pantas sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. "Welcome to our home, cielo." Dazrael tersenyum nipis sebelum dia kembali melangkah ke arah lif.

Pintu lif terbuka perlahan sebelum pasangan suami isteri itu melangkah masuk. "Kita nak pergi mana ni abang?" soal Meliana, Meliana mendongak sedikit untuk melihat wajah Dazrael yang tinggi lampai itu.

"Ikut ajalah." balas Dazrael selamba sebelum pintu lif itu terbuka, mereka berada di tingkat paling atas di mana terletaknya bilik tidur mereka. Pintu bilik terbuka perlahan.

"Kenapa abang bawak saya datang sini?" soalnya perlahan sebelum melepaskan genggaman tangan Dazrael. Pintu bilik itu sudah tertutup dan dikunci. Meliana memusingkan badannya untuk melihat ke arah suaminya.

"Takdi cielo cakap abang boleh rasa dua-dua, tapi abang nak rasa yang ni je." Dazrael tersenyum nakal sebelum dia mendekati Meliana. Meliana sudah pun berpeluh kerana takut 'Aku nak bagi alasan apa ni, bahaya betul la laki aku ni!' omel isi hatinya, jantungnya berdegup laju.

"Abang! Cielo period!" tempik Meliana, Dazrael berhenti separuh langkah. Sebelah keningnya terangkat. "Do you really think I'm afraid of blood, cielo." Dazrael tersenyum sinis sebelum dia sambung langkahnya mendekati Meliana.

"A...abang, janganlah..." suara Meliana bergetar, dia berundur ke belakang sehingga terjatuh ke atas katil. Jantungnya masih berdegup kecang.

Dazrael menghentikan langkahnya, wajahnya dan isterinya begitu dekat. Tangannya bertongkat di katil, memerangkap Meliana di antara tubuhnya dan katil.

Meliana menggigit bibir bawahnya. Mukanya sudah merah seperti udang baru lepas rebus, merah menyala. "Saya... serius tau abang. Memang saya period." suaranya masih lagi bergetar kerana malu.

Dazrael tersenyum kecil, kali ini bukan senyuman sinis atau nakal... tetapi senyuman yang menahan untuk ketawa. "Betul ni? Takkanlah waktu abang nak rasa, cielo baru bagi kad merah?" katanya perlahan. "Cielo lupa ke yang kita mandi sama-sama pagi tadi?" sambungnya lagi.

Mata Meliana terbuka luas, macam mana dia boleh terlupa pula ni! "Tadi saya dengan Sufya pergi tandas tu ada sebab la." alasannya lagi, tidak mahu mengalah. Dazrael menggeleng kepalanya perlahan, ada aja alasan yang diberi.

"Sampai hati cielo tipu abang..." kata Dazrael dengan nada yang sedih, bibir Dazrael tersenyum nakal sebelum dia mendekatkan bibirnya dan Meliana.

Ding dong! Ding dong!

"Aduh kacau betul!" rungut Dazrael sebelum dia mengucup bibir Meliana selama lima saat. "Mengada betul." Meliana menjeling ke arah suaminya. Dazrael tersenyum kecil.

"Jom turun." perlahan saja Dazrael bersuara sebelum dia berdiri. Meliana mengganguk lalu turut berdiri, bergetar kakinya kerana masih malu dan berdebar.

Meliana and the man behind the commando mask.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang