"Cielo..." serak suara Sufya, Dia cuba untuk memeluk Meliana tapi Meliana menolak tangannya dan berdiri. "Aku tak kira! Aku nak tahu siapa perempuan itu. Aku nak cari diaorang!" tempik Meliana lagi sebelum mencapai tudung satung hitam dan dia berlari keluar dari bilik, menuju ke tangga. Sufya mengejar Meliana dengan pantas tetapi tidak sempat memegangnya.
Tergesa-gesa Meliana menuruni tangga dan kaki kanan Meliana terseliuh di tangga. Tubuh Meliana terhempas dan tergolek turun tangga, kepalanya kelihatan seperti terbentur di anak tangga terakhir.
"Cielo abang... bangun." Meliana mendengar suara garau, dia kenal pemilik suara itu. Dan suara Sufya yang menangis juga didengari. Perlahan mata Meliana terbuka, apa yang dia nampak ialah Dazrael di sebelahnya dan Sufya yang sedang menangis di dalam pelukan suaminya.
Tangan Meliana terangkat perlahan sebelum diletak ke perutnya sendiri, masih ada. Anaknya masih ada, anaknya masih selamat setelah kejadian yang terjadi.
"Cielo..." panggil Dazrael, dia baru sahaja ingin memeluk tubuh Meliana tapi Meliana menolaknya perlahan, tiada tenaga ingin menolak dengan kuat. "Keluar. Semua sekali keluar!" Meliana menyuruh mereka keluar.
Amer dan Sufya saling berpandangan sebelum Amer membawa Sufya untuk keluar dari bilik itu seperti apa yang Meliana suruh. Tapi Dazrael tetap duduk di situ.
"Kenapa kau duduk situ, aku cakap keluar! Kau pekak ke hah?!" tempik Meliana, suara dia pasti dapat didengari oleh tiger shadow dan ahli keluarga Meliana dan Dazrael.
Dazrael hanya sebut perlahan, "Cielo..." dia memandang ke arah Meliana dengan mata yang sudah berkaca. "Jangan panggil aku macam tu! Siapa perempuan tu, hah?! Yang kau sibuk sangat jumpa hari-hari tu?! Yang orang hantar gambar hari-hari tu?! Tergamak kau buat aku dengan anak kau macam ni, Tengku Dazrael Zayden!" tempik Meliana lagi, dadanya turun naik dengan laju.
Dazrael hanya diam. Mati. Kaku. Macam semua kata-kata Meliana tak ada makna. Air matanya jatuh makin deras. "Aku penat tahu tak! Penat tunggu kau. Penat tunggu jawapan. Aku hamil anak kau, tapi kau layan aku macam aku ni orang asing. Kalau kau tak nak aku..." tempik Meliana lagi sebelum mengambil nafas yang panjang, "Ceraikan aku." sambungnya lagi, matanya mengecil.
Waktu itu, semua dunia seperti terhenti. Semua yang berada di luar turut terkedu seperti Dazrael. "Abang taknak ceraikan cielo..." hanya itu yang keluar dari mulut Dazrael sebelum air mata keluar dari biji matanya.
"Ceraikan aku! Kau patut kahwin dengan dia, bukan aku!" sekali lagi Meliana menjerit tetapi kali ini sedikit perlahan, dia pasti sudah lelah. "Abang tak akan lepaskan cielo. Bagi abang masa untuk buktikan yang itu semua hanya lakonan untuk keselamatan cielo." balas Dazrael sebelum dia mengelap air matanya.
"Keluar sekarang kalau kau taknak ceraikan aku! Aku taknak tengok muka kau lagi. Kau faham tak Tengku Dazrael Zayden!" suara Meliana terdengar semakin perlahan, pintu bilik itu dibuka. Mama dan papa Meliana melangkah masuk, Encik Mazlan berjalan ke arah Dazrael sebelum menyuruhnya keluar untuk bagi Meliana masa.
Manakala Puan Lisandra pula pergi ke arah anaknya. Tangan Meliana digenggam "Mama... baby tak kuat." Meliana bersuara sebelum memejamkan matanya. Akibat terlalu penat dia memejamkan matanya untuk rehat. "Rehatlah anak mama, rehat sebanyak yang mungkin." kata Puan Lisandra sebelum mengusap perlahan kepala Meliana.
Sementara diluar, terlihat adik beradik Meliana iaitu Lisya Miryana, Lazriq Mikael dan Milara Layra. Mereka memberi pandangan tajam ke arah Dazrael, "Best kau buat macamtu kat baby bongsu kitaorang?" Miryana bersuara perlahan. "Kitaorang tak akan maafkan kau kalau takde bukti." sambung Milara pula. "Kau jangan tunjuk muka kau dekat sini lagi." Mikael akhirnya bersuara.
Semua yang berada di situ terkedu, muka Dazrael tidak dipandang. Kashif, Larien, Aidan, Harith, Amer dan Sufya hanya menunduk, mereka hanya disuruh untuk diam apabila dapat tahu Dazrael sudah sedar dari koma dan itu kali terakhir mereka bertemu kerana masing-masing sibuk dengan syarikat sendiri.
Tepat pada masa, mummy dan daddy Dazrael melangkah ke arah anak mereka, adik beradik Dazrael tiada di situ kerana masih berkerja. "Mummy kecewa dengan kamu Dazrael, sampai hati kamu buat menantu mummy macam tu. Dia tengah mengandungkan anak kamu Dazrael! Sampai hati kamu buat macam tu dekat dia." panjang dan lebar Datin Zahara bersuara, panggilan Dazrael juga sudah menjadi Dazrael dan bukan lagi Ayten.
Tiger shadow yang lain terkedu, iya... pasti mereka terkedu kerana panggilan nama Dazrael, mummynya betul-betul kecewa dengannya kalau panggilan bertukar. "Kalau kamu tak ada bukti dengan apa yang kamu buat, ceraikan dia kalau itu apa yang dia mahukan." kali ini Dato Dazrul bersuara dengan nada yang tegas sebelum berlalu dari situ diikuti oleh adik beradik Meliana.
Dazrael meluru jatuh, tiger shadow hanya membuka luas mata. Dazrael menangis? Tuan muda mereka tidak pernah menunjuk sisi ini di depan orang. Yang pernah melihat mungkin hanya Amer kerana Amer dan Dazrael sudah lama berkawan.
Larien perlahan melangkah ke arah Dazrael sebelum berhenti di tepinya, bahu Dazrael ditepuk. "Aku tahu, pasti ada alasan kau buat macam tu. Aku akan tolong kau." katanya perlahan sebelum berdiri. Dazrael mengeluarkan air mata, iya... itu kali pertama dia menangis di depan orang.
Kali ini Amer pula yang mendekatinya, "Rael, kau ada pasti akan dapat bukti, jangan sedih sebab kau cakap yang kau sendiri buat tu demi lakonan untuk keselamatan anak kau dan Meliana. Cuma satu aje salah kau, cara kau menyimpan apa yang sebenarnya terjadi. Kau simpan semua benda pada diri kau walau ada ramai yang akan tetap beradi di sisi kau." Amer berkata panjang tetapi penuh makna. Kashif, Aidan dan Haris berpandangan sebelum serentak bersuara "Kami akan tolong kau."

ANDA SEDANG MEMBACA
Meliana and the man behind the commando mask.
RomancePertemuan mereka adalah pertemuan yang biasa, dia hanya lelaki asing yang menolongnya untuk mengambil barang. Tak sempat ingin berterima kasih, lelaki itu menghilangkan diri. Namun, tidak disangka takdir membawa mereka bertemu semula. Mereka saling...
BAB 26
Mula dari awal