Awal pagi, keluarga song berkumpul di dapur untuk bersarapan.
"In ah, omma nak kamu hantar anak kamu ke tadika yang bersebelahan rumah makcik kamu tu. Omma dengar tadika tu kebanyakan orang yang suka seni dan bermain sukan. Hantar lah min jae ke tadika tu" Kata kata ms song itu diterima anggukan. Bukan apa ms. Song sudah lama perhati menantunya dan anaknya yang lelaki itu. Orang lain sudah masuk tadika tapi anak pasangan itu tidak dihantar lagi.
"Ha ah la omma. Jihyo pun dengar tadika tu jenis aktif. Tambahnya min jae ni suka melukis dan sukan. Mestilah bagus untuk dia masuk" Jihyo memberi kata setuju kepada ommanya.
Minjae baru berumur 4 tahun. Tapi orangnya suka melukis dan sukan. Ikut Appa dengan omma dia lah tu. In Ah suka melukis. Eh masuk dalam rumah in Ah tu penuh dengan frame lukisan. Appanya pulak suka bersukan. Pernah wakil sekolah. Kang woon seorang athlete zaman sekolah dulu.
"Tengok la dulu omma. Kami ada masalah sikit. Min jae tiada siapa mahu hantar. Kami perlu kerja jauh. Mungkin saya dan kangwoon perlu bawa dia ke sana sekali" In Ah memandang Mak mentua dia dengan pandangan rasa bersalah. Bersemangat sungguh mahu menghantar minjae ke tadika.
"Alah unnie Jihyo boleh sahaja hantar minjae tu. Bukan susah pun. Lagi dia duduk dengan Jihyo lagi Jihyo tak bosan. Betulkan minjae? " Jihyo memandang minjae yang membuat hal sendiri itu. Tapi diterima anggukan dari minjae. Terus semua tersenyum.
"Kalau macam tu unnie ngan oppa bagi dia duduk dengan omma, Appa, Jihyo, sehyun dan mina duduk dengan minjae. Tapi sebulan saja dia sekolah situ. Sebab unnie pun perlu duduk dengan minjae. nanti dia meragam susah nanti"ya dia dan suaminya itu mendapat tawaran pekerjaan penaikan pangkat. Jadi mereka harus berpindah ke Busan untuk melanjutkan pekerjaan di sana.
"Itulah orang suruh kahwin tak nak. Kan dah bosan duduk di rumah" Sakat sehyun. Adik lelaki Jihyo yang berumur 19.
"Kau banyak cakap betul lah. Sibuk je" Marah Jihyo. Suka betul menyakat orang. Kang ungkit tentang markah SPM nanti baru tau.
Lalu keluarga song semua ketawa dengan tingkah laku dua beradik itu. Suka betul bergaduh. Mulut kira nak menyakat tapi yang paling sweetnya ialah sehyun. Bila Jihyo menangis,tidur atas sofa dan bergaduh dengan siapa siapa. Dia yang selalu berada di sisi Jihyo. Kalau orang lain nampak. Dah macam pasangan bercinta. Ternyata tidak.
Semua kelihatan gembira hadir sekolah. Jihyo dan minjae jalan berpegangan tangan. Ia lah minjae tu bukan boleh dah la aktif orangnya. Kang lari omma nya pulak marah. Bukan boleh main in Ah tu dalam kelembutan ada garangnya.
Tapi yang menarik perhatian ialah sekumpulan emak...? Berkumpul di depan pagar.
Jihyo menunduk memandang minjae.
"Kenapa tu? " Tanya Jihyo dungu.
"Manalah minjae tahu" Minjae terus menjulingkan matanya
"Hek eleh belagak nya dia" Sindir Jihyo sambil memandang minjae.
"Biarlah" Pelat minjae berkata.
Lalu minjae dan Jihyo mendekati sekumpulan emak emak itu.
"Err ahjumma (makcik) kenapa semua tunggu di sini? Bukan masuk dalam ke? " Tanya Jihyo dengan lembut.
"Memang masuk dalam pun. Kami semua sedang menunggu seorang lelaki kacak yang hantar budak tu" Jihyo terkelu.kau biar betul? Pastu suami di orang nak letak mana?
"Kacak sangat ke ahjumma? " Tanya Jihyo. Saja mahu menanya lagi. Fuh tanya pun sebab ramai sangat ni tunggu lelaki yang dimaksudkan oleh mereka ni.
"Iya, dengar kata dia duda.smart pulak tu" Jelas ahjumma itu sambil kepalanya terjenguk jenguk mencari lelaki itu.
"Oh kalau macam tu saya masuk dahulu lah ahjumma" Pinta Jihyo lalu berlalu masuk ke dalam halaman tadika dengan minjae.
Baru jalan beberapa langkah terus terdengar suara suara ahjumma itu.
"Eh tu sudah sampai" Kata suara suara makcik itu apabila ternampak sebuah kereta mercedes yang parkir kereta di hadapan tadika itu.
Jihyo berkira kira mahu memusingkan badannya. Minjae disitu pun sama seperti Jihyo. Berkira kira mahu memusingkan badan. Dia pun nak tahu abang mana yang semua berkata bahawa lelaki kacak itu diminati oleh orang orang halaman tadika.
Lelaki itu berjalan melepasi Jihyo dan minjae sambil membimbing tangan seorang budak lelaki yang seiras muka lelaki itu. Dua dua segak dan bergaya!serupa saja semua.
Jihyo juga terpaku melihat muka si lelaki yang melepasinya.
Minjae dan Jihyo tiba di hadapan kelas budak tadika. Dengar kata anak lelaki duda itu juga berada di kelas ini. Jadi... Ada peluang kan nak tengok appanya juga. Bukan gatal tapi nak tahu.
Pintu kelas itu dibuka oleh guru tadika itu. Maklumlah hari kedua dan ketiga selalunya Mak dan ayah akan menemani anak mereka di dalam kelas.
"Jadi inilah budak baharu yang saya katakan tadi. Dan ini... Emaknya? " Teragak-agak guru kelas itu bercakap. Memang muka Jihyo dan minjae hampir sama.
"Err saya kakak menakan dia" Terus muka semua di dalam kelas itu terkejut. Pertama terkejut sebab cantik. Kedua di fikiran mereka fikir Jihyo ini omma daripada minjae. Ketiga pula hanyalah kakak menakan.
Jihyo melarikan matanya mencari kedudukan lelaki itu. Ralit... Memandang telefon. Mungkin tidak berminat untuk mengambil tahu. Cis belagak.
"Lelaki yang dihujung itu ialah appa seojun. Nama dia Kim taehyung" Jelas guru itu. Hmm nama sepadan dengan orang. Patutlah rasa macam kacak sahaja.
Taehyung mengangkat kepalanya dan mengukirkan senyuman tidak ikhlas kepada guru kelas itu apabila terdengar namanya disebut. Bukan apa, dia tahu perangai cikgu cikgu di sekolah ini. Gatal nak mampus sengaja mahu dia memandang mereka. Tetapi ada sesetengah tidak memandang dia. Mungkin tidak minat.
Jihyo memandang taehyung. Cis belagak sungguh dari gaya taehyung. Senyuman itu nampak sungguh jelas. Baginya itu, nampak tak ikhlas. Jihyo juga memandang anak taehyung yang ditepi itu. Matanya anak taehyung itu terkebil kebil memandang sehyun. Tangannya juga melambai lambai ke arah minjae. Tapi yang menarik perhatiannya ialah taehyung yang mengusap lembut kepala budak yang bernama seojun itu. Pernampakan ayah yang penyayang. So lovely!pandangan si ayah kepada anaknya sungguh melembutkan hati Jihyo.
Jihyo meninggalkan minjae bersama kawan kawan baru nya itu. Maklumlah mereka tidak boleh lama lama berada di situ. Mereka perlu pulang supaya tidak menganggu murid murid di tadika.
Jihyo ralit meminum air kopi sehinggakan badannya terlanggar dengan satu badan yang sasa itu. Terus air kopi itu tumpah di atas baju itu.
"Shit" Carut lelaki itu.
"Maaf encik saya tak pe---" Terus dia terkelu lidah apabila orang yang dilanggar nya itu ialah taehyung. Appa seojun.
"Jalan tu tengok depan. Dah tak buta saja nak jadi buta" Sindir taehyung lalu berlalu keluar dari halaman tadika. Dan memasuki keretanya. Geram benar bajunya itu terkena kopi. Dia perlu pergi ke tempat kerja lagi lepas ini. Aish! Tambah masalah betul!
Jihyo yang dengar itu mula membuntang mata. Mulutnya mahu bercakap tapi dirinya tidak jadi menghabiskan kata katanya disebabkan taehyung sudah berlalu begitu sahaja.
Dia panggil aku macam tu? Eh tunggu kau!
Tbc
btw anak taehyung tu bukan minjae ya,time menaip tu tak perasan 😭
Maaf author tak guna idea. jadi kelihatan hambar.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr.Duda | | KIM TAEHYUNG ???
RomanceSi jejaka yang ditinggal oleh isteri, sangat menyedihkan. Sudah sedaya upaya dia membina tangga dan mempertahankan rumah tangga akhirnya roboh begitu sahaja. Si isteri melarikan diri dengan meninggalkan "junior kim" Iaitu anaknya Kim taehyung. Bukan...