抖阴社区

16

1.6K 169 13
                                    

Suasana di dalam rumah tiba tiba hangat dengan pandangan bak helang dari milik si gadis dan milik si lelaki yang entah tidak tahu nama. Eh?

Taehyung pula hanya memandang aneh pada dua manusia di hadapannya. Sudahlah datang rumah orang malam malam. Lepas itu marah marah. Diajak masuk jihyo dan lelaki itu seperti bergaduh.

"Macam mana kau tahu aku ada di sini?" Tanya jihyo. Tajam matanya memandang lelaki itu.

Dia tersenyum sinis. Taehyung mula merasakan keadaan semakin hangat. Bimbang sesuatu berlaku.

"Kenapa? Kau takut apa yang kau buat ini kantoi ke jihyo? Hm?" Tanya lelaki itu sinis. Panas hatinya melihat taehyung yang tadinya memakai bathrobe sekarang sudah menukar pakaian kepada pakaian santai.

"Kau dah kenapa jimin?tak ada angin tak ada ribut kau datang rumah orang lepastu kau buat cerita pula?" Marah jihyo kepada jimin.

Lelaki yang tak pernah menghubunginya dan langsung tiada khabar berita. Kawan kawan dia boleh pula berhubung, dengan dia? Satu pun tidak. Sungguh sakit hati.

"Jadi kau nak pertahankan lah laki entah mana kau kutip ni dan tak pertahankan kau? " Jimin mengeluh kecewa. Bukan sebab hubungan itu tetapi fikirannya memikirkan bahawa gadis itu sudah berpunya. Jimin sudah sedia kala menerima kekurangan jihyo. Jadi dia tidak kisah apa yang tidak kena pada jihyo atau apa apa pun.

"Maaf, aku teman le--err tuan majikan dia, jadi apa yang kau fikirkan? " Selit taehyung. Tidak gemar akan suara jihyo yang berubah itu dan tidak suka akan keadaan dingin itu.

Jimin terkelu lidah. Matanya tergerak gerak kanan kiri. Ahh sudah terlajak kata apa dia boleh buat?

"Ji-jihyo maafkan aku.. Aku fikir kau.. " Dia meraih tangan jihyo dan tiba tiba jihyo berlalu pergi macam itu sahaja.

Taehyung pula mata membuntang apabila Jimin memegang tangan jihyo. Cemburu. Dia memandang tajam Jimin yang melutut itu.

"Kau boleh balik" Arah taehyung. Dirinya bergerak ke arah pintu dan membuka pintu itu untuk menyuruh Jimin keluar.

Jimin bangun perlahan lahan. Matanya melirik pada bilik atas yang dimasuki jihyo itu. Baru dia mahu berjalan melepasi taehyung dia ditegur.

Tangan taehyung berada pada bahu Jimin dan mulutnya didekatkan dengan telinga Jimin.

"Walaupun  aku tuan majikan dia, itu tak menghalang aku suka dia bukan? Jadi.. Dia aku punya.stay Away from my Girl" Tegas. Awal tadi dia memang perasan sinaran mata jimin.dia lelaki dia tahu. Pandangan lelaki kepada pompuan akan menjadi lain bila mereka menatap mata.

Terasa diri tercabar.

Jimin yang mendengar itu tergamam. Bibirnya tersenyum sinis. Terus dia berjalan laju masuk ke dalam kereta.

Taehyung memandang lama jihyo yang ralit melihat telefonnya itu. Kelakuan jihyo juga seperti tiada apa apa berlaku semalam.

"Encik nak apa apa ke?" Tanya jihyo. Matanya tertumpu ke arah taehyung. Dirinya perasan apabila terasa dirinya dipandang.

"Nak kau"

Mata jihyo membuntang. Mukanya menayangkan riak wajah terkejut. Alah mimpi apa pulak si taehyung ni!

"Sekali dengan hati kau" Mata taehyung memandang lama ke arah jihyo.

Muka jihyo tiba tiba berwarna merah. Taehyung yang perasan itu mula tersenyum kecil. Comel.

"Boleh kau jelaskan dengan lelaki pendek yang datang semalam tu?" Tanya taehyung berhati hati. Bimbang gadis itu akan masuk ke bilik semula dan mengurungkan diri. Ah dia tak sanggup kalau tidak melihat wajah cantik jihyo seharian. Bikin gusar!

"Biar rahsia antara saya dengan dia" Ringkas. Malas mahu bercakap tentang Jimin. Sakit hati.

Taehyung hanya tersenyum palsu. Hatinya benar benar inginkan kebenaran.

"Kau okay? Hm? " Tanya taehyung. Tangannya mengusap kepala jihyo. Matanya memandang lembut ke arah jihyo. Makin hari makin sayang. Tak boleh bayang kalau suatu hari terpisah. Pasti dia akan gila!

Jihyo tergamam. Seakan akan terenjat elektrik. Jantung nya tiba tiba berdegup.

"Sa-saya okay" Jihyo gagap.

"Hm.. Kau rehatlah. Muka kau pucat sangat" Tangannya mengusap pipi jihyo. Ya dia perasan wajah tidak bermaya jihyo itu. Tadi juga dia risau tetapi lupa seketika akan kerisauan yang melanda tadi.

"Tak apa lah encik. Saya okay saja macam ini. Duduk macam ni pun dah okay encik" Balas jihyo kekok.

"Baiklah" Taehyung tersenyum. Lega seketika.

Taehyung yang baru pulang ke rumah itu menarik handbrake tak jauh dari rumah miliknya itu.dirinya memerhati lelaki yang berhadapan dengan jihyo itu. Muka jihyo juga seakan akan tegang.

Dirinya melihat lagi apa yang dibuat oleh jihyo dan lelaki itu.

Dia tersentak apabila melihat lelaki itu yang memegang bahu jihyo dan jihyo menatap tajam ke arah lelaki itu.

Sekarang ini dia dapat mengagak siap orang itu.

Jimin.

Taehyung tak betah berlamaan di dalam kereta itu terus keluar dari kereta tetapi langkahnya terhenti apabila melihat apa yang dilakukan oleh lelaki itu.

Jimin memeluk jihyo. Dan kelihatan jihyo menangis.

Sakit di dada semakin mencengkam. Cemburunya semakin menaik. Bila dah sayang semua benda yang dia sayang tak akan dia melepaskan.

Terus taehyung berjalan laju dan menumbuk Jimin. Dan menarik jihyo masuk ke dalam dakapannya.

"Aku dah kata jauhkan diri! Jauhkan diri je lah! Stay Away from my Girl! " Marah taehyung. Mukanya memerah menahan marah.

Jimin meludah darah di mulutnya.

"Siapa cakap aku perlu jauhkan diri dari jihyo?hm? Kau saja yang arahkan. Aku tak cakap apa apa pun" Sengaja Jimin ingin menyimbah minyak ke dalam api.

Dua dua lelaki itu memandang tajam antara satu sama lain.

Si tuan majikan yang cemburu bila lelaki yang menyentuh hak miliknya.

Si kawan yang juga sukakan Jihyo.

Jihyo hanya memerhati dua lelaki itu dengan pandangan yang berpinar pinar.kepalanya tiba tiba pening. Tetapi yang difokuskan adalah Jimin. Jimin yang sekarang ialah lelaki yang kasar pada matanya.bukan Jimin yang dahulu. Kalau sekasar kasar lelaki itu pasti ada masalah. Jadi apa masalah lelaki itu?

Ternyata Jimin sebegitu disebabkan Jihyo. Terlalu sayang.

Jihyo tiba tiba rebah dalam pelukan taehyung. Taehyung yang perasan badan Jihyo yang seakan akan melembik itu dia pandang. Dirinya terkejut.

"Jihyo! " Panggil taehyung

Dan serentak sekali Jimin yang melihat itu.

Tbc

OMG AKU TAU DAH INI HAMBAR. BETUL BETUL HILANG IDEA. TOLONGGG. MAAF READERS

Mr.Duda | | KIM TAEHYUNG ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang