Si jejaka yang ditinggal oleh isteri, sangat menyedihkan. Sudah sedaya upaya dia membina tangga dan mempertahankan rumah tangga akhirnya roboh begitu sahaja. Si isteri melarikan diri dengan meninggalkan "junior kim" Iaitu anaknya Kim taehyung. Bukan...
"Ssst aish terkejut" Bisik jungkook lalu menghela nafas kasar.
Taehyung tiba tiba menunjuk jungkook dengan jari telunjuknya . Mulut taehyung Sekejap ingin bercakap sekejap tidak
Jungkook dengan kekok menunjuk dirinya Dan keningnya terjongket memandang taehyung.
Jungkook pula menghentak meja itu.
"Mwo? Mworagu?! Aish hyung Cuba nak buat apa ni" Jungkook mula hilang sabar.
Jungkook laju bangun dari kerusi dan dirinya mencengkak pinggang.matanya tajam memandang taehyung. Rambut yang menutupi matanya itu ditiup sekilas .
Taehyung terkejut memandang jungkook yang mula hilang sabar itu
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Hyung, hyung dari tadi cakap benda sama. Sampai sekarang aku tak tahu apa yang hyung cuba nak cakap. Nak cakap sikit berhenti. Lepas tu termenung. Aku datang jauh jauh ni bukan nak tengok muka kerek hyung tau. Satu jam pulak tu asyik tengok muka ni je" Kata jungkook tak puas hati.
Jungkook menyingsing lebihan kain di lengannya pada sikunya.
"Tak, aku tak pasti nak cakap apa sebenarnya. Tapi aku sedikit pasti lah ---"
"AISH HYUNG!dah tak pasti tu . Ajak la aku datang nanti. Pikir dulu kau nak cakap apa. Ini tidak..bagi aku tengok muka kau lama lama. Buang masa aku push rank saja tadi" Marah Jungkook . Matanya terjegil jegil memandang taehyung yang suka mengarah orang ikut suka hati ni
Taehyung tersengih sedikit.
"Tapi sekarang kau cakap macam tu kan. Aku rasa nak bagi tahu kau apa yang--"
"Kalau aku tahu macam ni, dah lama aku marah kau ni. " Celah jungkook.
"Aku rasa aku nampak jihyo semalam. Tapi aku tak pasti la dia jihyo atau pelanduk serupa. Yang buat aku tak pasti. Dia bukan macam jihyo yang aku kenal. Dia lain sangat masa aku terserempak dengan dia semalam,itu yang aku tak pasti nak cerita dekat kau"luah taehyung. Dia mengetuk meja dengan jarinya
Jungkook duduk semula Dan mendekati taehyung.
"Serious lah? Macam Mana kau boleh terserempak dengan dia. Tak mungkin lah. Dia kan dah tak ada. Itu mesti pelanduk dia macam yang kau cakap dia lain sangat tu" Kata jungkook dengan penuh minat. Mood marahnya hilang sekelip sahaja.