⚠short story⚠
Saturday, 7.30
Jam di dinding sudah beransur pagi. Manakala ada manusia yang masih terlentang di atas katil. Dengkuran halus itu menandakan dia sungguh penat. Jam yang dari tadi bunyi juga tidak menganggunya. Penat. Mestilah susah nak sedar.
Pintu bilik Jihyo dikuak dari luar.pemilik badan yang baru memasuki bilik Jihyo itu ialah omma Jihyo.
Melihat anak daranya yang masih tidur terlentang itu membuatkan dirinya menggelengkan kepalanya. Bertuah betul. Jam yang bunyi dari tadi sungguh membingitkan telinganya. Lagu artis Korea iaitu "answer" Dari kumpulan ateez. Lagu itu sungguh rancak dan mempunyai nada yang stabil. Sedap didengar. Tapi tidak bagi omma jihyo.dirinya sudah tua, sudah semestinya tidak melayan lagu orang muda zaman sekarang.
Omma Jihyo menutup ringtone fon milik Jihyo dan tangannya memegang tangan Jihyo lembut untuk membuatkan anaknya itu cepat cepat sedar. dia tahu kalau anaknya itu mula menetapkan masa pada ringtone nya mesti ada benda penting yang akan dibuat oleh jihyo. Jadi dia tidak mahu anaknya itu akan bersusah hati jikalau terlambat.
Jihyo masih tidak terkesan dengan sentuhan omma nya itu. Puan song tiada pilihan lagi. Kakinya melangkah ke dalam bilik air.
1 minit sudah berlalu dan puan song keluar dari tandas dengan timba di tangannya.
Tangannya menyeluk air dan memercikkan air itu pada muka Jihyo. Dan diterima kerutan di dahi Jihyo. Mungkin sejuk dengan air itu.
Susah sangat nak bangun akhirnya puan song membuat keputusan yang kejam sekali. Dia menuang air dalam timba tu kepada muka Jihyo. Dan Jihyo terbangun kerana air sejuk yang tiba tiba sahaja terkena pada mukanya itu. Dia mengusap laju mukanya yang basah itu. Baru sahaja dia nak memarahi si pelaku terus tidak jadi apabila yang dilihatnya itu bukan adiknya malah omma nya.
"Ha.. Bangun pun. Ingat tidur mati" Sindir puan song.
"Orang mengantuk lah omma" Mata Jihyo menjadi kuyu kembali.
"Ni, kamu tetapkan masa awal awal pagi macam ni kenapa? Ada benda yang kamu nak buat ke? " Tanya puan song. Pasti anaknya itu lupa sehinggakann tidak sedar bahawa hari ini dia akan keluar.
Mata Jihyo yang dari tadi kuyu terus terbeliak. Alamak! Mr Kim!
"Omma omma. Sekarang pukul berapa" Tanya Jihyo. Gelisah.
"Pukul 7.50" Jihyo terus terbangun dari dudukan nya itu. Terus dia berlalu masuk ke dalam bilik air. Salahnya kerana terlupa akan temu janji hari Ini.
Jihyo tiba di Starbuck Cafe. Kedai itu sudah pun dibuka. Biasalah akan ada pelanggan yang bersarapan di sini. Mestilah mereka akan membuka Cafe ini pada waktu pagi.
Jihyo menolak pintu dan memasuki ke dalam ruang Starbuck Cafe itu. Matanya tercari cari taehyung. Dirinya juga tidak nampak dimanakah encik Kim itu.
Sambil matanya tercari cari taehyung,satu tangan diangkat tanda dia berada disitu, matanya terbehenti kepada seorang yang berhoodies dan mask di mulutnya. Hari telunjuk nya ditunjuk ke arah dirinya kepada manusia itu. Manusia itu mengangguk malas.
Jihyo tak menunggu lama, perlahan-lahan dia mendekati lelaki itu.
Dia sudah berada di hadapan lelaki itu. Masing masing diam. Tidak memulakan bicara.
"Encik ni siapa? " Tanya Jihyo. Dah la panggil dia. Pastu diam pulak. Dia tak ada masa ni. Kang taehyung tu marah dia lambat macam mana.
Lelaki itu menarik mask di mulutnya. Dan Jihyo ternganga luas. Kim taehyung?!
"Tutup mulut kau tu. Ya aku Kim taehyung" Taehyung menjawab sengaja. Sudah pasti difikiran gadis itu pasti memikirnya ada iras iras seseorang. Ataupun tidak terfikir bahawa dia adalah Kim taehyung.
"Kenapa encik pakai macam ni? " Tanya Jihyo. Mulutnya dikunci rapat. Hampir ketawa tapi ditahan.fikir artis ke HAHAHAH
"aku kan usahawan. Aku takut paparazzi ada di mana mana je. Nanti ada rumour mampus Syarikat aku. So aku kena pakai macam ni" Jelas taehyung. Mukanya ditunjukkan riaksi meluat kepada Jihyo.
"Oh macam tu... " Taehyung mengangguk malas.
"Oh ya encik! Encik cakap encik mahu bincangkan pasal saya sebagai pengasuh ni" Tanya Jihyo
Taehyung memberikan kunci rumah kepada Jihyo. Dan menjelaskannya kepada Jihyo.
"Kunci ini untuk rumah aku dan bilik kau. So bila kau nak masuk rumah. Kau boleh suka suka hati guna kad ni. Tapi jangan melabur sangat! "
Jihyo mengangguk.
"Kau bawa baju? "
Jihyo mengangguk
"Bagus"
"Jom aku tunjukkan kau rumah aku" Taehyung menolak kerusi kebelakang dan dia ingin berlalu tetapi tersentak dengan jeritan Jihyo. Laju dia mengalihkan badannya itu.
Diaa... Ternampak tangan lelaki itu yang berada pada punggung milik Jihyo itu. Keadaan mereka Jihyo yang hendak terjatuh itu dan lelaki itu seperti menangkap badan milik Jihyo.
Muka Jihyo juga kelihatan seperti ketakutan. Mungkin disebabkan sentuhan itu. Taehyung teragak-agak mahu menolong. Tetapi kakinya melangkah juga mendekati Jihyo dan lelaki itu. Ada juga orang gatal di dalam tempat public macam ni!
Taehyung menarik tangan lelaki itu dan memulas tangan lelaki itu.
"Ah argh! " Jerit lelaki itu dalam kesakitan.
"Move your Dirty Hand from my Wife!" Marah taehyung.
Tbc
Bersambung hari Jumaat pulak bye bye

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr.Duda | | KIM TAEHYUNG ???
RomanceSi jejaka yang ditinggal oleh isteri, sangat menyedihkan. Sudah sedaya upaya dia membina tangga dan mempertahankan rumah tangga akhirnya roboh begitu sahaja. Si isteri melarikan diri dengan meninggalkan "junior kim" Iaitu anaknya Kim taehyung. Bukan...