抖阴社区

8

1.5K 177 25
                                    

Jihyo semasa itu mahu berlari mengikut langkah taehyung yang laju itu. Tidak sangka disitu ada air dan dia terpijak air itu dan hampir jatuh tersembam tetapi ada seorang lelaki yang menangkapnya dari jatuh menyembah lantai itu. Dan tidak sangka bahawa lelaki itu tidak sengaja menyentuh bahagian punggungnya .jihyo menunjukkan riaksi yang takut kerana tidak beberapa lama lagi dia akan jatuh menyembah lantai

Lelaki itu seperti mentafsir wajahnya dan dia juga merenung wajah lelaki itu. Macam kenal. Tetapi dia tidak dapat mengenali identiti lelaki itu.

Jihyo tersentak apabila mendengar bunyi jeritan kesakitan milik lelaki itu.

"Ah argh"jerit lelaki itu. Sakit apabila tangannya dipulas oleh taehyung. Taehyung juga menunjukkan riaksi yang dingin.

" Move your dirty hand form my wife!"marah taehyung. Niat hanya mahu menolong song jihyo. Jihyo disitu terkejut.

"Bro lepas tangan aku dulu, relax dulu. Aku... Nak--" Kata kata lelaki itu dipintas oleh taehyung.

"Nak apa?! " Jerkah taehyung.

"Aku nak tolong wife kau je tadi, dia nak terjatuh jadi aku tolong wife kau. Lepas tangan aku.. Sakit lah" Lelaki itu meringis kesakitan

"Then kenapa tangan kau ada dekat punggung wife aku?" Tangan lelaki itu dilepaskan dan keningnya dijongket.

"Aku tak sengaja. Serius Bro" Lelaki itu memegang pergelangan tangannya yang berasa kenyal dan matanya mengerling ke arah "isteri" Taehyung itu. Macam kenal lah. Kenapa dia tidak dapat mengenali gadis itu?

"Baiklah aku maafkan" Muka taehyung menjadi reda sedikit. Jihyo menghela nafas lega. Fikirnya akan berlaku pergaduhan besar. Tapi nasib lah tidak berlaku semua itu.

Lelaki itu mengangguk.

"Aku kena pergi sekarang. By the Way aku jeon jungkook" Jungkook menghalakan tangannya untuk diberi man hand shake. Taehyung menyambut. Jihyo juga bagai mengenali nama itu. Tetapi lupa untuk mengenali wajah bernama jungkook itu.

"Aku Kim taehyung"

"Aku pergi dulu" Jungkook sebelum berlalu pergi itu mengerling seketika ke arah Jihyo dan matanya dan jihyo bertemu dan cepat-cepat jungkook mengalihkan matanya dari memandang Iris mata Jihyo itu.

"Kau." Tegur taehyung. Jihyo tersentak.

"Saya? " Tunjuk Jihyo kepada dirinya. Dia melihat sekelilingnya. Tiada pulak seperti taehyung memanggil orang lain.

"Kau lah. Siapa lagi yang ada depan aku sekarang ni" Jawab taehyung dengan kasar. Lambat pickup betul lah!

"Eh dia ni cakap elok elok tak boleh ke?"

"Tak.tak boleh. Kau siapa aku nak cakap elok elok? " Tanya taehyung kembali. Diberi pandangan sinis. Jihyo berdecit sinis. Inilah orang kaya selalu belagak!

"Saya pengasuh anak awak jadi.. Awak perlu layan saya elok elok. Kang saya tak nak jadi pengasuh anak awak baru tau" Jihyo berpeluk tubuh. Menyindir taehyung kembali. Taehyung meneguk air liur. Nampaknya dia terkena kembali.

"Aish yelah yelah." Digulingkan matanya ke atas. Ada saja nak menjawab!



Taehyung dan jihyo sudah sampai di halaman rumah taehyung.

"Ini rumah aku, dan ini kunci rumah. Kau masuk dalam.. Kau cari bilik sebelah bilik seojun , itu bilik kau. " Taehyung terus berlalu masuk masuk dan mengulurkan hoodienya pada pembantu yang berdiri tegak disebelahnya itu. Dihempas punggungnya di atas sofa. Matanya mengerling kepada pembantu itu untuk membuka televisyen itu kepadanya.

Seojun yang baru turun dari tangga itu terkejut dengan kehadiran Jihyo dan berlari mendapatkan Jihyo.

"Jihyo noona! " Terus dia memeluk kaki Jihyo. Kerana Jihyo terlebih tinggi darinya. Dia terpaksa memeluk kaki Jihyo. Pelukan seojun itu disambut oleh Jihyo. Dia mengusap lembut kepala seojun.

"Noona! Noona dah jadi pengasuh seojun ke?! " Tanya seojun dengan riang.

"Iya, noona dah jadi pengasuh seojun! " Kata Jihyo dengan mesra juga. Dia mencubit lembut pipi seojun. Taehyung mengerling seketika ke arah Jihyo dan seojun. Bibirnya mengukirkan senyuman. Bahagia benar apabila mengetahui anaknya sungguh gembira hari ini.

"Ha! Kamu tu tak payah gembira sangat. Do your homework first! Then baru seojun boleh main dengan Jihyo noona kamu ni" Pesan taehyung. Tidak mahu anaknya lupa akan kerja sekolah yang diberi oleh guru .

"Seojun dah siap hee~~" Kata seojun tidak memandang taehyung. Dia ralit mengusik rambut Jihyo yang panjang dan rapi itu. Dia membau rambut Jihyo. Wangi! Terus seojun memeluk leher Jihyo. Dan Jihyo memeluk kembali seojun. Dia menepuk perlahan badan seojun.

Taehyung memandang anaknya itu bersama Jihyo. Terpaku seketika dia dengan aksi antara anak nya itu bersama pengasuh itu. Teringat kembali isterinya, tidak pernah melayan seojun dengan baik. Dan mengambil keputusan untuk meninggalkan dia dengan seojun tanpa ibu. Aksi yang dibuat oleh seojun itu seperti dahagakan kasih sayang ibu.

Taehyung diam sambil memerhati tidak lama selepas itu dirinya ditegur oleh Jihyo.

"Err... Encik . Seojun tidurlah. Boleh saya bawa dia naik atas? " Tanya Jihyo. Maklumlah sudah malam.dia pun sampai rumah pada waktu malam. Disebabkan tadi taehyung ada kerja sekejap itu yang sampai ke rumah pada waktu malam. (Author skip malam terus HAHAHAH)

taehyung mengangguk.

Jihyo berlalu meninggalkan taehyung sendirian di ruang tamu itu. Ditangannya juga mendukung badan kecil milik seojun.


Jihyo meletakkan perlahan-lahan seojun di atas katil. Sungguh Lena seojun apabila berada di dalam dakapannya. Dia mengusap kepala seojun sebentar. Dan mencium dahi milik seojun. Seojun tersenyum seketika dan menyambung tidur kembali.

Jihyo berlalu keluar dari bilik seojun.



Jihyo terbangun dari tidurnya.

"Hausnya... " Kata Jihyo dengan perhalan.mengantuk sebenarnya.

Jihyo keluar dari bilik nya dengan mata tertutup dan menuruni tangga.

Entah kenapa, dia tersilap langkah dan hampir sahaja jatuh dari bahagian bawah tangga itu. Dirinya terjerit kecil. Tersedar sahaja badan miliknya tidak jatuh menyembah lantai terus dia membuka mata dan kelihatan muka mamai taehyung yang menangkap badan miliknya.

Mata taehyung juga tertutup. Seolah-olah tidur tetapi di dalam keadaan sedar.

"Kau ni.. Kenapa asyik nak jatuh je ni hm? " Tanya taehyung dalam keadaan mamai. Dia tidak sedar bahawa muka dia dan Jihyo beberapa inci sahaja.

"Lain kali hati hati boleh?" Kata taehyung dengan suara serak basah. Jantung Jihyo berdegup lancar



Tbc

Kalini serius. Author update hari Jumaat. Penat perah otak HAHAHAHA. Kat sekolah dah lah pulun perah otak. Hiks.

Mr.Duda | | KIM TAEHYUNG ???Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang