"Aku nak kau kerja dengan aku, sebagai babysitter" Mata taehyung menikam mata jihyo. Bagaikan memberi saluran di dalam mata itu.
"HAH?! "
jerit jihyo terkejut. Tiba-tiba sahaja menyuruh dia kerja dengan Encik Kim ni.
"Kau tak dengar ke? Aku cakap aku. Nak. Kau. Kerja. Dengan. Aku. Sebagai. Babysitter. Anak. Aku" Disebut satu-satu perkataan itu ditambah sekali dengan sindiran. Dah cakap tu tolonglah Take note. Siaran tak kan diulang. Tapi itulah nak minta orang secara paksa ni kena buat lembut lembut. Kalau tidak mesti tak diterima ajakannya itu.
Wae seojun buat appa macam ni! Jatuh maruahnya hari ini. Sepatutnya orang macam dia buat sahaja secara online. Ini dia yang pergi cari sendiri. Iye lah. Tak kan nak buat khas untuk "pencarian song Jihyo".cari nahas jawabnya. Sekali dengan Jihyo itu akan jadi bahan bualan nanti.
Jihyo memandangnya terkelip kelip.dia bukannya miskin sampai nak jadi babysitter orang. Eh taehyung ni kan kaya, kenapa dia yang jadi Babysitter. Memang manusia Kat dunia ni memang semua bekerja ke apa? Sehinggakan tiada orang lain mau dicari.
" Tapi.. Kenapa? "Tanya Jihyo.
Taehyung yang menerima respon itu menggulingkan matanya.
" Kau ni tanya banyak lah. Tak boleh ke kau jadi terus babysitter aku. Bukan susah pun"jawab taehyung kasar. Menyampah barangkali.
"Eh eh encik ni. Nak orang jadi babysitter dia, boleh pulak dia cakap macam tu" Jihyo menjeling taehyung sekilas.
"Ehem! Macam ni lah.. Seojun nak kau tu jadi babysitter dia. So kalau aku tak dapatkan kau jadi babysitter dia. Entah apa yang dia akan buat. Kau faham faham lah budak ni macam mana" Taehyung menjelaskan dengan tenang.
Jihyo monolog di dalam hati.
"Bunuh diri... Ke? Eh tak tak dia tak akan buat macam tu"
"Kalau saya jadi pengasuh seojun, saya dapat apa je? " Tanya Jihyo.
"Hmm mungkin gaji kau berganda dari harta kereta Audi? " Kata taehyung dengan berlagak. Eh comeon la. Duit tu petik jari je. Panggil money pun terus duit tu terbang datang ke arahnya.dasar riak.
Jihyo terbeliak. Pengasuh Je pun. Yang gaji dah macam harga rumah ni dah kenapa.
Jihyo mengerut keningnya. Taehyung yang melihat itu juga memandang pelik ke arah Jihyo.
"Kenapa kau ni? " Tanya taehyung yang juga mengerutkan keningnya itu. Kenapa? Banyak sangat ke yang teruk sangat kerutan di dahi Jihyo tu? Patutnya riaksi terkejut yang diberi. Tapi ini diberi dengan muka yang aneh
"Tak lah encik pengasuh je pun.. Kenapa gaji dah macam kereta audi? "
"Lah kau ni bersyukur sikit dari aku bagi gaji 3 ringgit je" Jawab taehyung sambil mengulingkan matanya ke atas.
"Ish encik ni.. Tak perlulah gaji sebanyak itu. Bukan saya tak mampu hidup kalau tak ada duit " Kata kata Jihyo sebenarnya memberikan maksud maksud tersirat.
"Kau jangan belagak boleh tak? Eh ingat aku tak tahu gaya hidup kau tu macam mana? " Sindir taehyung. Ya dia mendapat panggilan bahawa siasatan tentang Jihyo sudah diselesaikan. Dan ditunjukkan biodata Jihyo bahawa dia hanyalah seorang yang miskin. Mencari kerja. Dalam tak sedar, Jihyo sendiri yang memalsukan identitinya sendiri. Tau sangat pasti akan ada yang menyiasat tentang dirinya nanti.. Dan ternyata taehyung sendiri yang melakukan semua itu.
"Encik taehyung siasat tentang saya ke?!" Jihyo berpura-pura terkejut. Walhal dah sememangnya dia bersedia akan dipersoalkan tentang biodatanya itu.
Taehyung hanya merenung Jihyo.
"Hey Mr Kim. Ini privacy orang tau. Bukan boleh buka macam tu je. Faham tak privacy tu apa? Hormat lah sikit. Tahu lah terdesak. Tapi tak boleh ke tanya saya atau siapa siapapun? " Masih dalam lakonan.
"Apa? Nak buat macam mana seojun tu nak kau jadi Babysitter aku."
"Kau jadi pengasuh anak aku, anak aku suka betul dengan kau. Entah apa ada pada kau aku pun tak tahu lah" Perli taehyung.
Jihyo mulai berlagak.
"Eh biasalah encik apa tahu? Saya ni ada aura pada budak budak" Kata Jihyo dengan berlagak
"Aku tahu, aura kau jahat-jahat punya kan? Kau santau anak aku ke? " Sindir taehyung bersahaja.
"Ek eleh dia ni! Patutlah kena tinggal. Perangai macam apa lagi! " Marah Jihyo.
"Apa? Betulkan. Sebab tu anak aku suka kau kan" Balas taehyung dengan sengaja. Ha belagak lagi. Bila disebut macam tu tau pulak nak melenting. Dah la tanya banyak!
"Eh Hello encik Kim taehyung, encik tu kalau tak ada jiwa kanak kanak memang encik tak rasa macam tu eh"
"Aku tak ada? Kau tunggu" Taehyung membongkokkan badannya bagi menyamai taraf dengan ketinggian minjae.
"Minjae.minjae suka hyung tak? " Tanya taehyung. Mukanya memandang dengan lembut ke arah minjae.minjae mengangguk laju.
Okay Jihyo pun sudah tau bahawa minjae suka benar dengan taehyung ini. Kalini dia akan mengalah.tak guna berbalah. Ada sahaja mulut pedas milik taehyung itu berbicara
"Okay, saya akan jadi babysitter encik" Mengalah.
Taehyung tersenyum kemenangan. Selalunya perempuan akan menang. Tetapi tidak bagi taehyung. Dia sendiri akan menangkan dirinya.
"Ha ini lah yang kita mahukan. Sabtu nanti aku nak kau terpacak pagi pagi di depan Starbuck Cafe. Aku akan berjumpa dengan kau disitu. And oh! Jangan lupa pack baju siap siap. Anak aku tu bukan boleh. Selagi dia tak dapat sesuatu setiap hari ada sahaja ragam dia"
Jihyo mengangguk malas. Manakala taehyung tersenyum sinis. Suka benar melihat muka Jihyo yang mengalah itu.
"Ok lah aku pergi dulu. Lama sudah seojun dalam tu" Taehyung sebelum berlalu itu terus mendekati minjae dan menyerabutkan rambut minjae yang tersusun rapi itu. Minjae tersenyum riang. Taehyung terus berlari masuk ke dalam kereta.
Jihyo hanya mengeluh lemah. Benci betul bila tengok muka taehyung yang sea-akan mengejeknya itu. Hm!
Tbc
Hi disini ada new Readers ke? Hi Welcome to farah's story. And author Notice la yang mana dari account sebelah tu. Thankyouu sebab Stay dengan story author 😭
Maaf, author sibuk. Jadi author akan post bila hari free je.
Untuk story ni author target 19-20 lebih macam tu lah. Sebab dok rasa macam story ni macam tak ada idea. Maybe author lebih suka story yg jenis ada unsur action. Sebab Kat situ author akan mengeluarkan idea.
Lepas story ni. No More Jihyo. And manusia tu automatik jadi imaginasi anda. And next story akan lebih menarik! Nanti nak habis author Kasi tahu.
Stay tune!

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr.Duda | | KIM TAEHYUNG ???
RomanceSi jejaka yang ditinggal oleh isteri, sangat menyedihkan. Sudah sedaya upaya dia membina tangga dan mempertahankan rumah tangga akhirnya roboh begitu sahaja. Si isteri melarikan diri dengan meninggalkan "junior kim" Iaitu anaknya Kim taehyung. Bukan...