Taehyung menuruni tangga milik rumahnya. Matanya juga bergerak gerak mencari Seojun dan pengasuh itu, song jihyo. Bukan apa, sebentar tadi . Bangun Sahaja dari tidur terus dia meluru masuk ke dalam bilik jihyo tanpa mengetuk. Tersedar yang dia tidak mengetuk Pintu itu terus dia berhenti tetapi apabila melihat bilik jihyo yang sunyi itu terus dia mengerut dahinya. Tujuannya mahu melihat anaknya terbantut apabila melihat ruang bilik jihyo tiada kelibat sesiapapun. Pelik juga. Anaknya selalu akan meloncat loncat atas katil untuk dia bangun dari tidur. Tetapi anaknya itu langsung tidak mengejutnya. Tetapi tidak apa lah, seojun itu ada jihyo jadi tak terkejut lah kalau anak dia tidak masuk bilik dia. Tetapi sekarang dua manusia itu pun tidak ada sekarang ni! Fikirnya masih diulit Mimpi.
Matanya terpaku kepada jihyo dan seojun yang ceria bermain itu. Terlihat pula maid yang berdiri tegak di bahagian sebelah kanannya.
Matanya tertangkap kepada bahan masakkan yang ada di atas kabinet dapur itu. Taehyung mengerut dahinya. Jadi... Jihyo yang masak? Lepas itu buat apa maid nya yang seramai 4 orang itu masih berdiri tegak ni?
Matanya laju bahkan helang memandang maid yang menunduk itu. Kakinya belah kanan menghentak mengikut rentak dan dia berpeluk tubuh sambil memandang tajam ke arah maid nya itu. Menunggu mereka membuka mulut.
Sambil menunggu maidnya itu memberi penjelasan, dia memandang jihyo dan seojun yang sedang mencalit tepung. Lihat aksi itu membuatkan jantungnya berdegup dan seperti Rama rama sedang bertebangan di dalam perutnya. Entahlah hatinya banyak terusik dengan seojun yang gembira itu tambahnya lagi jihyo yang melayan.sungguh hatinya terusik. Tanpa dia sedar bibirnya mengukirkan senyuman nipis.
"Tuan kim, kami disuruh keluar dari ruang dapur oleh cik jihyo. Kami dah menghalang sudah cik jihyo itu supaya tidak melakukan apa apa dibahagian dapur. Tapi dia yang tegas kepada kami tuan Kim" Jelas maid yang bernama seojin itu. Betul. Jihyo yang bertegas supaya dia dapat memasak di dapur. Mereka sebagai maid yang merasakan jihyo itu orang penting di dalam rumah turutkan saja perintah jihyo itu.
Taehyung menghembus nafas kasar.
"Kau cakap sekarang siapa majikan kau sekarang ni? Dia atau aku? " Bisik taehyung dalam nada tegas. Tidak mahu apa yang dilakukan oleh jihyo dan seojun itu terganggu akibat suaranya.
"Tuan Kim" Jawab seojin yang berumur 24 tahun itu. Dia menunduk.
"Then? Kalau dua budak tu cedera macam mana? Kau nak tanggung? Kau semua nak tanggung?cik jihyo cakap apa pun kepada kau orang tak payah dengar. Aku yang majikan kau sekarang! " Marah taehyung dalam nada yang perlahan. Kesemua maid itu menunduk kepala. Benar juga. Mereka pun boleh Sahaja menolak jihyo keluar dari dapur tadi kalau tidak difikirkan bahawa jihyo orang penting dalam rumah ini.
Tetapi.. Kalau tidak mahu mereka cedera maknanya jihyo itu Orang penting jugak lah kan? Jadi wajarlah mereka fikir cik jihyo itu orang penting. Siap diberi bilik yang bukan untuk tetamu pulak tu. Siapa Sahaja tak berfikir Macam itu?
"Err ni kenapa ni? " Tegur jihyo dari belakang. Seojun menyorok di belakang kaki jihyo. Faham benar dengan riak muka ayahnya. Tengah marah. Paling gerun ialah minggu lepas. Maid ayahnya itu menjatuhkan pasu bunga yang Mahal hari itu. Marah benar sehinggakan maid itu berhenti kerja. Tetapi tidak lama itu ayahnya Kembali memujuknya kerana dia terpaksa mendengar amarah ayahnya itu.
Jihyo melihat maid Kim taehyung. Dia dah boleh agak.
"Err encik. Bukan Salah mereka encik. Saya yang tegaskan untuk memasak. Saya kan menumpang saja di rumah ni. Tak kan nak goyang kaki je. Jadi Saya ambil lah tugas ni"
Taehyung memandang tajam ke arah jihyo. Matanya mengerling ke arah seojun yang menyorok di belakang kaki jihyo itu. Matanya memandang ahli tertua di dalam maid itu agar Membawa seojun jauh dari mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr.Duda | | KIM TAEHYUNG ???
RomanceSi jejaka yang ditinggal oleh isteri, sangat menyedihkan. Sudah sedaya upaya dia membina tangga dan mempertahankan rumah tangga akhirnya roboh begitu sahaja. Si isteri melarikan diri dengan meninggalkan "junior kim" Iaitu anaknya Kim taehyung. Bukan...