抖阴社区

Aku yang pernah jatuh - bab 25

242 12 0
                                        

> "Aku mungkin tak pernah miliki dia... tapi tak bermakna aku sanggup tengok dia dimiliki orang lain."
— Aydan

“Aura, you’re joining lunch with Mr. Imran again?” soal Nina, rakan sepejabat Aura dengan nada menggoda.

Aura hanya tersenyum sambil menyarung tudung. “Just a discussion about the next proposal. Nothing personal.”

Tapi Aydan yang sedang melangkah keluar dari biliknya terhenti sebentar. Matanya menangkap wajah Aura — dan kemudian melihat Imran yang sudah menunggu di luar lif dengan senyuman mesra.

Sesuatu dalam dada Aydan terasa... tak kena.

---

“Aura, can I see you in my office after lunch?” tegurnya secara tiba-tiba.

Aura kelihatan sedikit terkejut. “Sure, Mr. Aydan.”

Aydan hanya angguk kecil, dan terus berlalu.

Dia sendiri tak pasti kenapa dia tiba-tiba rasa seperti perlu 'muncul' semula dalam hidup Aura. Tapi sejak kebelakangan ini, setiap kali melihat Aura dengan Imran — berbual sambil ketawa kecil, berjalan seiring keluar masuk mesyuarat — hatinya jadi sempit.

Bodohnya aku. Aku yang mulakan jurang ni, aku juga yang sakit bila dia mula bahagia dengan orang lain.

---

Petangnya, di pejabat Aydan.

Aura berdiri di hadapan mejanya, sedikit bingung.

“Yes, Mr. Aydan?”

Aydan diam sejenak. Pandangannya tepat pada mata Aura.

“You and Mr. Imran… you two seem close,” katanya akhirnya.

Aura angkat kening. “Is that a problem?”

Aydan tarik nafas. “No. I just… don’t want any personal relationship to interfere with work.”

Aura senyum sinis. “Noted. Just so you know, Mr. Imran respects professionalism more than most people I know.”

Aydan terkedu. Dia tahu maksud tersirat itu. Aura sedang sindir dia.

Dan ketika Aura berpaling untuk keluar dari biliknya, Aydan akhirnya bersuara.

“Aura… awk suka dia ke?”

Langkah Aura terhenti. Suasana sunyi seketika.

“Does it matter?” jawabnya perlahan, sebelum keluar tanpa menoleh lagi.

---

Aydan terduduk di kerusinya. Jari-jemarinya menggenggam kuat tepi meja.

Dia tak pernah rasa sebegini.
Dan dia tak suka.
Sebab untuk pertama kalinya, dia takut kehilangan selepas kematian isterinya dua tahun lalu — seseorang yang dia sendiri baru kenal dan itu ialah PA dia sendiri

Sebab untuk pertama kalinya, dia takut kehilangan selepas kematian isterinya dua tahun lalu — seseorang yang dia sendiri baru kenal dan itu ialah PA dia sendiri

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

.

Aku yang pernah jatuhTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang