Petang itu, berita kecoh tersebar di media sosial dan berita tempatan. Dua mayat — seorang lelaki dan seorang perempuan — ditemui dalam keadaan mengerikan di sebuah sungai sunyi di pinggir kota. Identiti mereka dikenal pasti sebagai Imran dan Alisha. Pihak polis masih buntu mencari motif dan suspek utama, kerana tiada bukti jelas, tiada cap jari, tiada saksi hidup.
Namun dua orang tahu kebenaran di sebalik kejadian itu — Zaf dan Malik.
Di pejabat yang sunyi, Malik masuk ke bilik Aydan tanpa mengetuk, membawa wajah serius. Zaf mengekori dari belakang, menutup pintu perlahan.
Malik:
"Aydan… polis jumpa mayat Alisha dan Imran."Zaf:
"Mereka dah keluarkan berita. Tapi masih belum dapat kaitkan dengan sesiapa. Semua bersih."Aydan duduk tenang, memandang ke luar jendela. Tangannya masih bermain dengan pen di jari. Tiada reaksi keterlaluan. Hanya satu anggukan perlahan.
Aydan bersuara tenang.
"Bagus. Pastikan semua kekal macam tu. Jangan ada jejak. Aura tak boleh tahu."Malik resah.
"Tapi kalau siasatan makin dalam—"Aydan tegas dengan jelinga tajam.
"Kalau mereka gali terlalu dalam, kita timbus semula. Faham?"Zaf dan Malik berpandangan, kemudian sama-sama mengangguk.
Zaf:
"Faham, bos. Kita tak akan buka mulut. Demi Aura dan Rayyan."Aydan bangun, berjalan perlahan ke arah meja kaca, merenung gambar kecil keluarga mereka bertiga — dirinya, Aura, dan Rayyan sedang ketawa.
Aydan (dalam hati):
'Tiada siapa menyentuh isteri dan anak aku, dan hidup untuk ceritakan kisahnya.'Di rumah, Aura masih tersenyum mesra menyambut Aydan pulang, tidak tahu bahawa dua nyawa telah terkorban — nyawa yang pernah meragut jiwanya sendiri dan zuriat kecilnya.
Dan sungai itu… tetap mengalir seperti biasa. Tapi kini, ia menyimpan rahsia yang tidak boleh timbul ke permukaan.
Hujung minggu itu langit cerah, dan angin bertiup tenang. Aura, Aydan, dan Rayyan mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama, jauh dari kesibukan pejabat dan segala tekanan hidup yang pernah menghimpit mereka.
Di sebuah taman rekreasi yang tenang, mereka bentang tikar piknik berhampiran tasik kecil. Aura mengenakan blouse longgar berwarna pastel, dengan tudung yang dililit kemas. Rayyan berlari riang sambil ketawa, mengejar belon yang dibawa Aydan.
Aura bersuara ceria.
"Rayyan, jangan dekat sangat dengan air tu, sayang!"Rayyan masih seronok bermain dengan aydan.
"Mummy, tengok ni! Daddy tiup belon bentuk ikan!"Aydan duduk di sebelah Aura sambil membuka bekalan makanan. Tangannya menyuap buah tembikai sejuk ke mulut Aura, yang hanya tersenyum sambil mencubit bahu suaminya manja.
Aydan sambil mengunyah.
"Kita patut buat macam ni lebih kerap. Tak perlu pergi jauh pun, janji kita bertiga."Aura senyum lembut.
"aura suka tengok Rayyan gembira. Dia macam tak ada apa pun yang terjadi… macam tak pernah tahu mummy dia pernah hilang sekejap dulu..."Aydan merapatkan tubuh pada aura. "Dan abang janji… tak akan biar benda tu berlaku lagi. Kali ni, abang akan jaga semua orang yang abang sayang dan penting dalam hidup abang. Sampai akhir nafas abang."
Aura berpaling, memandang Aydan dalam-dalam sebelum mengangguk perlahan dan bersandar di bahunya. Rayyan pula datang menerpa, duduk atas riba mereka berdua sambil ketawa kecil.
"Daddy, Mummy… Rayyan sayang dua-dua!"
Aydan dan Aura berpandangan sambil ketawa.
"Mummy and Daddy lagi sayang Rayyan."
Petang itu, mereka berjalan seiringan di tepi tasik — tangan Aura dalam genggaman Aydan, Rayyan di tengah-tengah mereka. Bahagia itu akhirnya mula terasa lebih dekat… dan luka lama, perlahan-lahan sembuh dengan kasih yang tak berbelah bahagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Aku yang pernah jatuh
Teen FictionDalam hidup, ada luka yang tak bisa hilang. Ada jatuh yang tak sempat bangun. Dan ada kisah yang tak pernah selesai ditulis. Aku Yang Pernah Jatuh mengisahkan Aura, seorang wanita muda yang menyimpan terlalu banyak rahsia - tentang masa silam, tenta...