抖阴社区

Aku yang pernah jatuh - bab 108

88 2 0
                                        

Langit senja mewarnai permukaan tasik dengan semburat jingga yang lembut. Danial berdiri kaku di tepi air yang tenang, membiarkan angin petang menyapu wajahnya yang penuh dengan beban yang tidak terluah.

Dia melabuhkan duduk di atas bangku kayu usang, merenung ke permukaan tasik yang memantulkan siluet dirinya yang kini kosong — sama kosong seperti hatinya yang kehilangan arah sejak kebelakangan ini.

Perlahan-lahan, memori lama menjelma…

“awak, cepatlah! Kita dah lambat pergi kelas ni!”
Danial tertawa ketika melihat Aura tercungap-cungap membawa beg dan fail.

“Salahkan siapa kalau bangun lambat? Siapa yang susah betul nak tidur malam tadi ha? Awak ni kan eeee” balas Aura sambil mencubit lengan Danial.

Hari-hari mereka di U.K. adalah antara detik terindah yang pernah Danial rasakan. Saat Aura ketawa, dunia seolah berhenti. Saat mereka belajar di kafe kampus, duduk di perpustakaan sehingga malam, atau berjalan di sepanjang Sungai Thames — semua itu kini menjadi kenangan yang menghantui Danial.

---

Dia pejamkan mata. Hatinya mencengkam kesal.

> “kenapa aku bodoh sangat... Aku lepaskan dia, aku khianati dia, dia setia dengan aku, dia selalu bagi aku semangat tapi aku juga yang  curang dengan dia! Kenapa dengan perasaan hati aku sekarang ni? aku tak mampu nak faham...”

Air matanya jatuh setitik, tanpa sedar. Danial menunduk, menggenggam tangan sendiri.“Kalaulah masa boleh diputarkan… aku takkan lepaskan perempuan sebaik aura...semua salah dee, sebab dia punca aku jadi macam ni.”

Namun dia tahu, masa tidak pernah memihak pada mereka yang menyesal lewat.

Dia bangkit perlahan. Tasik yang sunyi itu menjadi saksi kepada sesalan yang tidak lagi mampu diperbetul. Tapi di dalam hati Danial, satu tekad lahir — biarpun tidak lagi memiliki Aura, dia akan pastikan tidak ada sesiapa yang akan menghancurkan hidup wanita itu lagi.

Jam menunjukkan pukul 2.45 pagi. Rumah yang sunyi tiba-tiba bergema dengan suara lembut namun mendesak dari seorang wanita mengandung yang sedang duduk bersila di atas katil, sambil mengusap perutnya.

"Abang…" panggil Aura, manja dan sedikit merengek.

Aydan yang sedang lena terus terjaga, terpinga-pinga. "Hmm? Sayang okay? Baby okay? Sakit ke? Sayang nak apa-apa?"

Aura menggigit bibir bawah, tersipu. "saya lapar… tapi saya teringin sangat nak makan nasi goreng pedas ikan bilis rangup dan telur mata."

Aydan terdiam seketika, lalu senyum perlahan sambil duduk. "Sekarang…?"

Aura mengangguk perlahan, wajahnya penuh harapan dan manja. “Kalau boleh, sekarang…”

Aydan hanya menggeleng kecil, ketawa. “Permintaan permaisuri tak boleh ditolak.”

Dia bangkit dari katil, mengenakan hoodie dan terus melangkah ke dapur. Bunyi senduk, kuali dan bau tumisan bawang putih memenuhi ruang rumah. Sesekali dia mencicip sedikit sambal, memastikan cukup pedas tetapi tidak terlalu memudaratkan buat isteri dan anak dalam kandungan.

---

Setengah jam kemudian, Aydan kembali ke bilik dengan dulang kecil. Di atasnya, sepinggan nasi goreng pedas lengkap dengan ikan bilis garing dan telur mata yang kuningnya masih beralun.

“nasi goreng kurang pedas ikan bilis dan telur mata Siap, nah sayang jom makan,” katanya sambil meletakkan dulang di atas riba Aura.

Aura terpaku. Air matanya bergenang, bukan kerana lapar semata-mata, tetapi kerana rasa dihargai. "Terima kasih, Abang…tapi kan saya nak nasi goreng pedas, abang buat nasi goreng kurang pedas kenapa?"

"sebab permaisuri hati beta ni tengah mengandung, mana boleh makan pedas sangat, kalau sikit je boleh la." kata aydan sambil menyuapkan sesudu pertama ke mulut Aura.

" yela..." balas Aura, dalam hatinya sudah berbunga-bunga.

Mereka saling berpandangan — ada cinta yang tumbuh kembali dalam diam, dan ada luka yang perlahan-lahan sedang sembuh, satu demi satu.

Aku yang pernah jatuhTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang