抖阴社区

Aku yang pernah jatuh - bab 86

94 3 0
                                        

Malam itu, selepas habis mesyuarat, Aydan memandu sendirian pulang ke rumah. Suasana agak lengang, hanya ditemani lampu jalan yang suram dan hembusan angin malam. Di persimpangan jalan menuju rumah mereka, sebuah kereta hitam berhenti di hadapan kereta Aydan secara mengejut.

Aydan keluar, wajahnya tegang. Seorang lelaki bertubuh tegap melangkah keluar dari kereta itu—berjaket kulit hitam, wajahnya keras tapi tenang. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

Fath memulakan perbualan. "Lama tak jumpa, Aydan. Tak sangka kau masih hidup... dan nampaknya bahagia?"

Aydan mengetap bibir, tangan dalam genggaman, menahan amarah.

Aydan membalas. "Aku dah lama tinggalkan semua tu, Fath. Jangan datang cari pasal dengan aku."

Fath ketawa perlahan.
"Tinggalkan dunia kita? Dunia yang jadikan kau siapa kau hari ni? Aku tak datang nak bergaduh, Aydan. Aku datang… sebab aku nak tuntut balik apa yang aku hilang dulu."

Aydan berkerut kening.
"Apa maksud kau?"

Fath mendekat, suara mendatar.
"Kau ingat aku lupa siapa yang buat abang aku mati? Kau fikir aku akan biarkan kau hidup senang lepas semua yang kau rampas dari keluarga aku?"

Aydan diam sejenak. Nafasnya berat. Bayangan masa silam kembali menghantui.

Aydan mula meninggikan suara.
"Kalau kau sentuh keluarga aku, sumpah, aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri!"

"Jaga isteri dan anak kau baik-baik, Aydan. Sebab bila masa tu sampai… aku tak akan bagi amaran kedua." fath tersenyum sinis dan penuh dendam

Tanpa kata lagi, Fath berpaling dan masuk semula ke dalam keretanya. Bunyi enjin mengaum, meninggalkan Aydan yang berdiri kaku dalam gelap malam, dengan dada yang penuh kebimbangan.

Malam itu, Aydan pulang ke rumah dalam diam tanpa sebarang suara darinya. Wajahnya suram, tidak seperti selalu. Aura yang sedang membaca buku di ruang tamu memandangnya dengan dahi berkerut.

Aura mula mendekati aydan.
"Abang… kenapa ni? Macam lain je. Ada masalah ke kat office?"

Aydan hanya mengangguk kecil, lalu melangkah perlahan naik ke bilik. Dia tak menjawab, tak memandang, hanya diam. Aura yang faham perangai suaminya memilih untuk memberi ruang. Tapi hatinya tidak tenang.

Sebaik masuk ke bilik, Aydan duduk di tepi katil. Matanya menatap kosong pada lantai. Nafasnya berat. Dan malam itu, buat pertama kali selepas bertahun, dia kembali teringat satu peristiwa yang selama ini cuba dia kuburkan dalam-dalam…

---

Flashback — 7 tahun lalu

Aydan menjerit sekuat hati. Darah memenuhi tapak tangannya. Di hadapannya, Nurul Farhana — isteri pertamanya — terbaring dalam pelukannya, tubuhnya penuh luka, nafasnya perlahan.

Farhana bersuara lemah.
"Abang... jaga Rayyan... jangan kembali lagi dalam kehidupan abang yang dulu...jangan balas dendam untuk saya...cari peganti saya...jaga anak kita... Janji..."

Mengalir air mata Aydan.
"Tak! Jangan cakap macam tu! Aku akan selamatkan kau! Farhana! Bertahan, tolong!"

Tapi saat itu, segalanya sudah terlambat. Farhana menghembuskan nafas terakhir di hadapannya. Dan di hujung lorong gelap itu, kelihatan seorang lelaki berdiri — abang kepada Fath yang bernama syam — tersenyum puas, sebelum hilang dalam kegelapan.

---

Kini…

Air mata Aydan mengalir perlahan. Dia tak sedar. Jiwanya hancur setiap kali mengingati wajah isterinya yang pergi kerana kerakusan dendam orang lain.

Aydan berbisik sendiri.
"Aku dah janji takkan balas dendam… tapi kau cabar aku lagi sekali, Fath."

Aura muncul di ambang pintu bilik, melihat suaminya duduk dengan air mata yang jarang sekali mengalir.

Aura bersuara perlahan.
"Abang... apa yang sebenarnya berlaku dekat abang?"

Aydan memandang Aura. Dia bangun, mendekat, dan memeluk Aura erat.

"Abang akan lindungi awak, Aura. Sampai nyawa abang jadi ganti pun abang rela."

Aku yang pernah jatuhTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang