Pagi itu, selepas berehat beberapa jam, Aura mula terasa segar sedikit. Badan masih lemah, tapi keinginan untuk membersihkan diri membuat dia perlahan-lahan bangun dari katil. Dia memegang dinding sambil berjalan ke bilik air dalam wad VVIP itu.
Namun saat membuka almari kecil di bilik, dia tersedar sesuatu.
“Eh... Baju aura tak ada,” bisiknya perlahan.
Matanya menjeling ke arah katil, kemudian ke arah kot bayi. Dia masih dalam pakaian hospital, dan tidak selesa untuk terus begitu lama. Aura melangkah semula ke katil dan menekan loceng kecil untuk panggil jururawat, namun belum sempat sesiapa sampai, Aydan muncul masuk ke bilik semula.
Dia bawa sarapan ringan dalam dulang, tapi terus letak atas meja bila nampak isterinya berdiri sambil menggigit bibir menahan malu dan resah.
“Sayang kenapa berdiri macam tu? sayang baru lepas bersalin, cuba duduk diam-diam boleh kan?” tanya Aydan cepat-cepat menghampiri.
Aura menjongket kening. “Abang, baju aura... dalam beg baju. Tak ambil lagi, kan?”
Aydan tepuk dahi. “Alamak! Sayang, abang terlupa. Beg ada kat rumah. Abang suruh zaf ambil dekat Kak Timah kejap.”
Tanpa buang masa, Aydan keluarkan telefon dari poket dan terus dail nombor Zaf.
“Zaf, boleh tolong ambil beg pakaian Aura kat rumah? Minta dekat Kak Timah ya. Pastikan yang ada semua baju, kain, tudung sekali.”
Zaf di hujung talian hanya mengiakan.
Aura hanya geleng kepala sambil tersenyum nipis.
“Macam mana lah kalau aura tak ada. Mesti semua benda abang lupa,” usik Aura lembut.
Aydan ketawa kecil dan mendekat, mencuit pipi Aura. “Kalau sayang tak ada, abang memang lupa segalanya. Nasib baik sayang masih sudi ingatkan.”
Aura senyum, dan walau dia belum mandi, hatinya sudah bersih — dibasuh dengan perhatian kecil yang bermakna dari suami yang setia di sisi.
Khabar gembira tentang kelahiran bayi Aura tersebar dengan cepat. Seakan seluruh dunia ingin berkongsi kebahagiaan yang lahir bersama tangisan pertama zuriat kecil mereka. Sejak pagi, bilik wad VVIP itu tak putus-putus menerima kunjungan.
Pekerja Aydan datang melawat dengan wajah berseri, membawa buaian kecil yang cantik bersama hadiah untuk anak pertama mereka. Wajah Aura nampak letih tapi tetap ceria melayan setiap tetamu dengan senyuman manis. Bayi kecil itu tidur nyenyak di dalam kot berhampiran katil ibunya, seakan tahu dunia sedang menyambutnya dengan penuh cinta.
Kak Timah, Ayu, Dilah juga tiba dengan beg besar penuh makanan berpantang, bunga dan juga sedikit hiasan yang mereka buat sendiri untuk menggembirakan hati Aura.
“Rumah tu sunyi bila Aura tak ada,” Kak Timah bersuara sambil memeluk Aura. “Bila baby lahir, semua orang rasa macam diberi nafas baru dan kehidupan yang lebih baik dari sebelum ni...”
Aura tersenyum, air mata bergenang sedikit. Dia tak pernah menyangka saat yang dia takutkan dulu, kini menjadi saat paling indah dalam hidupnya.
Dan kejutan paling besar muncul ketika seorang lelaki separuh usia, bertubuh tinggi dan berwajah tenang, melangkah masuk ke bilik hospital.
“Ayah?” Aura terkejut. Dia cuba bangun, tapi Aydan cepat-cepat menahan.
“Rehat sayang, biar ayah datang dekat.”
Datuk Zahru, ayah angkat Aura, yang lama menetap di luar negara kerana urusan kerja, akhirnya pulang ke tanah air setelah mendengar berita kelahiran cucunya. Dia terus mendekat, menyentuh kepala anak perempuannya dengan penuh kasih.
“I apologize for coming late. But dad is proud of you, Aura."
Aura menahan tangis. Hatinya penuh. Aydan berdiri di sisi, memberikan ruang antara bapa dan anak itu merasai detik yang begitu bermakna.
Dan sepanjang hari itu, Aydan tidak beranjak jauh dari Aura. Dia temani setiap waktu makan, bantu Aura menyusu, menjaga bayi mereka saat Aura penat, dan senyum pada setiap tetamu yang hadir.
Saat malam menjelma dan tetamu beransur pulang, Aydan duduk di kerusi sisi katil, menggenggam tangan Aura yang semakin lemah dalam keletihan.
“Thank you sayang... sebab lahirkan anak kita. Abang takkan lupa pengorbanan sayang.”
Aura tersenyum, matanya mula pejam perlahan.
“Dan abang akan terus teman sayang... selagi abang masih bernyawa.”

ANDA SEDANG MEMBACA
Aku yang pernah jatuh
Teen FictionDalam hidup, ada luka yang tak bisa hilang. Ada jatuh yang tak sempat bangun. Dan ada kisah yang tak pernah selesai ditulis. Aku Yang Pernah Jatuh mengisahkan Aura, seorang wanita muda yang menyimpan terlalu banyak rahsia - tentang masa silam, tenta...