Selepas pulang lebih awal dari pejabat, Aydan sempat berehat sebentar dan membantu Aura menenangkan Trisya yang baru saja selesai menyusu. Kini, suasana rumah mula diselubungi langit senja yang semakin gelap.
Laungan azan Maghrib berkumandang dari aplikasi telefon yang Aydan set setiap hari.
Rayyan yang sedang bermain di ruang tamu berhenti seketika. Seolah-olah sudah terbiasa, dia bangun perlahan dan berjalan ke arah Aydan yang sedang mengambil wuduk di bilik air.
"Daddy… malam ni kita solat sama-sama lagi ya?"
Aydan senyum tenang. "Mestilah. Rayyan imam, abah makmum. Macam mana?"
Rayyan tersenyum malu-malu.
"Daddy je la jadi imam… suara Rayyan tak sedap."Aydan mengusap kepala anak kecil itu, basah sedikit dengan sisa wuduk. "Suara tak penting, yang penting niat dan ikhlas."
Mereka berdua membentang sejadah di ruang tamu. Aura yang masih dalam pantang tersenyum memandang dari sofa, dengan Trisya di pangkuannya yang sedang lena. Hatinya terasa sangat damai.
Aydan berdiri di depan, mengangkat takbir, dan Rayyan di sebelah kanan, mengikut setiap gerak langkah dengan penuh semangat. Bacaan Aydan tenang dan meresap. Rayyan meniru perlahan-lahan, bibirnya bergerak mengikut.
Seusai memberi salam, Aydan menoleh dan mengusap kepala Rayyan. "Rayyan anak yang soleh dan taat. Daddy is proud of Rayyan."
Rayyan senyum lebar. "Nanti Trisya pun boleh solat sama-sama dengan kita kan?"
Aydan pandang Aura yang mengangguk perlahan dengan mata sedikit berair — mungkin dari bahagia yang tak terkata.
"InsyaAllah. Kita akan ajar Trisya sama-sama nanti, ya?"
Suasana rumah itu malam itu bukan hanya tenang... tapi penuh rahmat.
Aura bangun perlahan sambil mendukung Trisya yang sudah mula merengek kecil. Cahaya lampu bilik tidur malap dan hangat. Aura menyandarkan diri di kepala katil sambil mengusap lembut belakang Trisya.
Aura perlahan, lembut. “baby gegurl mummy ni kenapa…mengantuk, ya?”
Trisya merengek manja, mulut kecilnya terkepit seperti mahu menangis tapi tertahan. Aura tahu, ini waktunya Trisya mahu dibelai sebelum tidur.
Dengan perlahan, Aura mendendangkan zikir lembut dan lagu ringkas yang selalu dia bisikkan sejak Trisya dilahirkan. Suaranya perlahan, hampir berbisik, seolah-olah hanya untuk telinga Trisya seorang.
“Tidurlah anakku, bintang dah tinggi, mummy di sini, takkan pergi,
Allah jaga, malam pun tenang,
Tidurlah, sayang…”Trisya mula diam. Matanya terpejam perlahan-lahan, dengan nafas kecil yang makin teratur.
Aura memandang wajah kecil itu… kulit yang halus, bulu mata lentik, bibir comel yang kadang bergerak-gerak kecil. Rasa cinta dan syukur menyelinap ke seluruh ruang hati seorang ibu.
Aydan muncul di pintu bilik, tidak masuk tetapi berdiri sambil bersandar, melihat kedua insan kesayangannya dari jauh.
Aydan berbisik. “Anak kita dah lena ya…”
Aura angguk perlahan, jari masih membelai rambut halus Trisya. Dia mengangkat kepala, memandang Aydan dengan senyum penuh kasih.
“Terima kasih, abang… untuk semuanya.”
Aydan melangkah masuk perlahan dan duduk di sisi Aura. Dia mencium kepala Trisya perlahan, lalu mencium dahi Aura.
“Abang yang patut berterima kasih… kerana sayang dah hadiahkan abang seorang baby girl, sayang banyak bersabar… dan jadi ibu paling hebat untuk Rayyan dan Trisya, jadi isteri yang sentiasa ada di sisi abang setiap masa dan detik yang berjalan.”
Aura tersenyum kecil, dan malam itu… kehangatan cinta mereka menjadi selimut buat bayi kecil bernama Trisya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Aku yang pernah jatuh
Teen FictionDalam hidup, ada luka yang tak bisa hilang. Ada jatuh yang tak sempat bangun. Dan ada kisah yang tak pernah selesai ditulis. Aku Yang Pernah Jatuh mengisahkan Aura, seorang wanita muda yang menyimpan terlalu banyak rahsia - tentang masa silam, tenta...