抖阴社区

Aku yang pernah jatuh - bab 47

133 4 0
                                        

"Aura... I'm sorry," ucap Yana perlahan sambil memandang wajah sahabat lamanya itu. Mereka masih duduk di bangku taman, ditemani redup senja yang menyapu langit dengan warna keemasan.

Aura hanya diam, memandang tasik di hadapan mereka. Bayu lembut menyapa wajah mereka berdua, seolah-olah cuba meredakan debaran yang ada di dada masing-masing.

"I tahu, terlalu banyak salah faham yang kita biarkan membusuk bertahun-tahun," sambung Yana, matanya berkaca. "Dan I sepatutnya tak benarkan diri I terlalu mudah percaya pada Dee waktu tu."

Aura tunduk. "I tak marah, Yana... Cuma... waktu tu, I terlalu sakit. Semua datang serentak. I cuma... buntu."

Yana menarik nafas panjang. "Dee dan Danial... mereka dah kahwin, Aura. Beberapa bulan lepas you pulang ke Malaysia. I tahu ini mungkin akan terkejutkan you, tapi I rasa you berhak tahu."

Aura menoleh dengan mata terbuka luas. Hatinya terasa dihentak sesuatu yang berat.

"Danial... dengan Dee?" ucapnya perlahan, hampir berbisik.

Yana mengangguk perlahan. "I pun terkejut bila tahu. Mereka berkahwin senyap-senyap. Tapi sekarang, dah hidup berkeluarga. Mereka buka butik bersama. I dengar mereka dah ada seorang anak."

Aura menelan air liur yang terasa pahit. Meskipun perasaannya pada Danial telah lama mati, namun kebenaran itu tetap mencalit rasa pilu - bukan kerana cemburu, tapi kerana dikhianati oleh dua orang yang pernah dia percayai sepenuh hati.

"Sebab tu I datang jumpa you hari ni... untuk minta maaf. Dan juga untuk persahabatan kita..." ujar Yana lagi. "I rindukan persahabatan kita, Aura. I tahu takkan sama macam dulu. Tapi I harap kita boleh mula semula."

Aura memandang Yana. Ada luka yang belum sembuh sepenuhnya, tapi juga ada ruang dalam hatinya yang perlahan-lahan terbuka.

"Let's not go back," kata Aura perlahan. "But maybe... we can start a new chapter."

Yana tersenyum kecil, dan tanpa sedar, air mata yang tertahan tumpah juga. Aura menghulurkan tangan, dan Yana menyambutnya. Di bawah langit senja yang tenang, dua hati yang retak mula dijahit semula, benang demi benang - dengan harapan dan keikhlasan.

 Di bawah langit senja yang tenang, dua hati yang retak mula dijahit semula, benang demi benang - dengan harapan dan keikhlasan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aku yang pernah jatuhTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang