Tiga bulan berlalu… namun dendam di hati Fath masih belum pudar. Setiap minggu, dia masih memerhati rumah itu dari jauh. Setiap senyuman Aura, setiap langkah dia ke halaman rumah atau ke pasar, disimpan dalam memori Fath — bukan dengan kasih, tapi dengan obsesi yang membuak. Namun malam itu… sesuatu yang besar berlaku.
“Ayu… kak timah… perut saya… sakit sangat…” Aura terduduk di lantai dapur sambil memegang perutnya. Nafasnya mulai laju, wajahnya pucat. “Air ketuban… saya rasa air ketuban pecah…”
“Ya Allah, Dilah! Cepat angkat beg hospital dia! Ayu, tolong lap peluh dia! Kakak telefon Aydan sekarang juga!” jerit Kak Timah, cemas.
Aura menggigil, tangannya terketar-ketar mencapai telefon. Dengan suara lemah, dia menekan nombor Aydan.
“Abang… saya… sakit… nak bersalin…”
Aydan yang sedang di pejabat, baru sahaja mahu pulang. Beg bimbit masih di tangan. Tapi sebaik mendengar suara Aura yang nyaring dan tercungap, seluruh dunianya terhenti. Dia terus meluru ke kereta tanpa sempat menutup lampu bilik pejabat.
Langit malam mendung. Hujan gerimis mulai turun. Tapi Aydan memecut seperti gila, menembus jalan yang basah, jantungnya berdegup kencang setiap saat.
“Ya Allah… Ya Allah, selamatkan Aura… selamatkan anak kami…”Di rumah, Kak Timah dan yang lain membantu Aura perlahan-lahan masuk ke dalam kereta. Ayu memegang tangan Aura erat-erat.
“Puan… tarik nafas… sabar ya… Tuan Aydan dah on the way…”Tak sampai beberapa minit, kereta Aydan berhenti mengejut di depan rumah. Dia berlari ke arah Aura dan terus mendukungnya ke dalam kereta, tak peduli walau bajunya lencun dek hujan.
“Sabar sayang, abang ada. Kita ke hospital sekarang…”Sepanjang perjalanan, Aydan menggenggam tangan Aura erat.
“Abang… saya takut…” suara Aura lemah.
“Jangan takut, sayang… baby kita kuat… dan mama dia pun kuat…istigfar oky...” Aydan berkata sambil mencium dahi Aura yang berpeluh-peluh. Aydan tidak berhenti berdoa dalam hati begitu juga dengan aura
Dalam senyap, Fath memerhati dari jauh. Hujan menitis atas jasadnya yang berdiri pegun di seberang jalan. Matanya tajam, dan hatinya berkecamuk. Dia tahu… malam ini bukan tentang dia. Tapi dia tetap berdiri di situ, seperti bayang-bayang yang tidak diundang.
Tiba di hospital
"DOKTOR TOLONG ISTERI AKU DAN NAK BESALIN!" aydan menjerik memanggil doktor.
Tidak lama kemudian jururawat tiba dan membantu aura dan Aydan tidak lepas dari sisi Aura sehingga pintu bilik bersalin tertutup.
Dan dia hanya mampu berdoa dalam hati… sungguh hatinya kini sangat tidak tenang dan risau akan isteri tercintanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Aku yang pernah jatuh
Teen FictionDalam hidup, ada luka yang tak bisa hilang. Ada jatuh yang tak sempat bangun. Dan ada kisah yang tak pernah selesai ditulis. Aku Yang Pernah Jatuh mengisahkan Aura, seorang wanita muda yang menyimpan terlalu banyak rahsia - tentang masa silam, tenta...