抖阴社区

Bab 1

1K 30 0
                                        

Suasana di sekitar Sekolah Menengah Vokasional Bukit Angsana riuh rendah dengan suara pelajar2 yang sedang rehat di kantin sekolah.
Terdapat juga sekumpulan pelajar perempuan di perpustakaan yang sedang menyiapkan latihan.

" apa plan kita malam minggu ni? " kata Zue sambil berbisik2 risau didengar oleh makcik yang jaga perpustakaan. melihat muka bengis makcik itu pun sudah buat kecut perut,inikan pula jika dimarahi. pasti lagi kecut perut dibuatnya.

"minggu ni tak balik kan,kau ada rancang apa2 ke?" balasku juga dengan berbisik.

"aku rasa nak buat aktiviti yang mengeluarkan peluh la". ujar Zue sambil tersenyum sinis.

"kau nak buat apa?" tanya Iefa yang sedari tadi senyap.

"malam minggu nanti aku bgtahu". ujar Zue. aku sudah masak dgn prangai Zue ini.pasti plan yang dibuat tu yang diluar jangkaan. seperti minggu yang lepas, Zue mengajak kami bermain bola tampar di depan aspuri, dia juga mengajak kami bermain cari barang tersembunyi di sekitar aspuri. Mujur sewaktu itu warden keluar kerana urusan dan kami hanya dijaga oleh ketua asrama puteri sahaja.

*
Di bengkel elektrik.

"kau pikir tak ape yg aku pkir bila Zue cakap yang die nak buat plan? aku rasa plan yang die nak buat tu msti tak masuk akal " ujar yana yang sememangnya mengambil kos sama denganku.

"aku tahu,tapi kita jgn la pkir negatif lagi,kita dengar dulu apa plan die tu ye" . balasku sambil meneruskan aktiviti memotong paip galvani untuk membuat pendawaian.

"aku harap bukan aktiviti seperti bermain mencari barang tersembunyi lagi,seram aku bila nak masuk ke bilik yang kosong tu, ada ke patut tengah2 malam die sorok barang kat situ" bebel yana mengimbas kembali permainan yang dibuat oleh Zue sebulan yang lepas.

Aku hanya tersenyum sambil meneruskan pekerjaan ku untuk menyiapkan pendawaian domestik. hanya ada beberapa jam sahaja lagi masa untuk menyiapkan pendawaian tersebut sebelum masa tamat.

****
enjoy this chapter ^_^

Hostel Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang