Shira
Suasana di kantin riuh rendah dengan bunyi suara pelajar2 yang sedang rehat. Ada yang duduk berkumpulan, ada juga yang duduk berseorangan . Sekumpulan pelajar perempuan sedang enak menjamu selera di pondok kecil berhadapan bengkel.
"Aku ada tanya akak aku pasal benda yang kita jumpa haritu." kataku selepas menyuap kuih ke dalam mulutnya.
"Ouh, pastu dia tahu ke pasal benda tu?" tanya Iefa.
"Tak pun. " Balasku. Pelik. Mustahil kakakku Sara tidak tahu perihal benda itu.
"Err,aku pun ada tanya akak aku,dia pun cakap tak tahu. Btw, aku nak bagitahu ni korang jangan marah eh?" Ujar Yana dengan riak yang sebersalah.
"Cakap je lah." kata mereka serentak.
"Sebenarnya aku ambik benda yang kita jumpa haritu.Zue tahu aku ambik. " kata Yana . Dia mahu berlaku jujur kepada kawan2 nya.
"Kenapa kau ambik? kan aku cakap jangan ambik,benda tu bukan hak kita.Degil betul kau ni." Kataku dengan tegas. Bengang dengan sikap Yana yang tidak ambil peduli dengan apa yang aku kata.
"Sory la,aku dah google la weh pasal benda tu,Dia macam game jugak,masa lepas prep malam kang aku citer ye." ujar Yana. Kring...kringg.. kring.. loceng menandakan waktu rehat sudah habis dan semua kembali ke kelas masing2.
***
10.30 pmYana mengeluarkan benda yang mereka jumpa itu dari dalam laci meja studynya. Hanya aku, Yana,Iefa,Qila dan Zue sahaja yang tinggal di dalam bilik prep tingkatan 5. Yana menutup lampu dan pintu. Dia hanya menyalakan sebatang lilin. Dia menyuruh kami duduk didalam bulatan di penjuru bilik prep tersebut kerana lebih jauh dari pintu utama.
Aku tak pasti apa yang Yana mahu buat kerana setahu aku dia tidak suka buat aktiviti yang diluar jangkaan."Okey,aku dah buat research pasal benda ni.Benda ni macam game. Game yang boleh kita berinteraksi dengan makhluk alam lain . Maksud aku roh la. " Terang Yana lalu membuka buku nota kecil dan menunjukkan ke arah kami.
"Korang tahu ayat apa ni?" tanya Yana kepada kami. Kami seperti orang bodoh hanya menggeleng, mengangguk sahaja kerana tidak faham apa yang perlu dilakukan . Terlalu daif pemikiran kami terhadap benda yang sebegini."Ni lah mantera, untuk gerakkan duit syiling ni.Aku nak kita main game ni malam ni.memandangkan esok hari sabtu jadi boleh la tido lambat sikit kan." kata Yana.
"Kau pasti ke benda ni takkan memudaratkan sesiapa? aku risau jadi kes Qila haritu je ." kata Iefa diselang dengan anggukan Qila. Mana mungkin dia lupa peristiwa itu yang menyebabkan dia berasa lemah dan sering berasa diperhatikan sehingga kini.
"Insyallah takde apa2. "ujar Yana meyakinkan kawan2nya.
"Eh bila nak start ni,aku dah excited ni." Kata Zue yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
"Sory gurls.game ni kotor sikit,aku gunakan darah kotor.hehee." kata Yana sambil tersengih.
"Kau punya ke? haha ikut kau la ktorang layan je ." kataku , Yana hanya mengangguk. Game apa lah ni ye,bunyi macam menarik. Gumamku didalam hati.
"Korang hanya perlu pejam mata dan baca sekali mantera ni dalam hati okey. Qila, kau just tukang tulis je lah ye tak payah letak jari. Kita baca mantera sampai lah duit syiling ni bergerak. okey. " kata Yana memberi arahan kepada kami. Kami hanya mengangguk sebagai tanda faham.
"Spirit,spirit of the coin, please come and be with us." Yana memulakan bacaan mantera . Terbit rasa gementar dalam diri mereka. Namun kerana sifat ingin tahu yang semakin menjalar mereka teruskan juga. Duit Syiling tersebut bergerak.
"Ha dah gerak,korang bukak la mata. aku nak tanya ni." Kata Yana teruja melihat duit tersebut bergerak tanpa berfikir perkara yang akan menimpa mereka.
"Nama kau siapa.?" tanya Yana.
Duit syiling itu bergerak ke huruf
S,U,D,A,H,L,A,M,A,T,I,D,A,K,A,D,A,Y,A,N,G,M,E,N,Y,E,R,U"Amboi panjangnya nama. haha.Sempat salin ke tak Qila" Iefa tergelak kerana memikirkan nama apalah yang panjang sangat tu.
"Sempat laa . Dia kata SUDAH LAMA TIDAK ADA YANG MENYERU. Takkan nama dia kot." Ujar Qila kebingungan. Mereka semakin teruja apabila pertanyaan Yana mendapat tindak balas daripada roh tersebut.
"Aku tanya nama kau siapa lah." Tanya Yana semula.
N,A,T,A,S,H,A
"Nama dia Natasha." Ujar Qila.
"Kau ada dekat mana sekarang ni.?" tanya Yana lagi.
S,E,B,E,L,A,H,K,A,U
"What! sebelah mana satu ni. " Kataku kerana aku dan Iefa yang duduk sebelah Yana sekarang ni. Heh,benda ni. seram pulak aku.
M,A,N,U,S,I,A,S,E,L,A,L,U,M,E,N,Y,U,S,A,H,K,A,N
"eh aku tak tanya lagi dah bergerak." Kata Yana.
"Dia kata MANUSIA SELALU MENYUSAHKAN." kata Qila.
"Kenapa kau cakap macam tu.?" Tanya Yana lagi.
K,E,T,U,R,U,N,A,N,Y,A,N,G,M,E,N,Y,U,S,A,H,K,A,N
"Apa dia cakap tu?" tanya Zue.
"Dia kata KETURUNAN YANG MENYUSAHKAN. eh aku tak paham betul dengan dia ni. yang macam nak marah kenapa.kita baru je main harini kot benda ni." Bebel Qila bengang dengan kata2 roh tersebut.
**
Masih ada sambungan ,nantikan...
^_^

ANDA SEDANG MEMBACA
Hostel
ParanormalKehidupan 5 sekawan berubah apabila mereka telah tersalah langkah dalam membuat percaturan. Bagi mereka semua benda boleh dibuat main. Jadi. Apa yang mereka buat pandai2 lah mereka tanggung sendiri. "Jangan pandang, aku tahu kau pun nampak." "Kau r...