抖阴社区

Bab 12

502 15 0
                                        

Selepas prep malam, seperti biasa pelajar asrama akan menghabiskan masa untuk membasuh baju, seterika baju sekolah, ada yang menghabiskan masa berbaring termenung di atas  katil hingga tertido. Begitulah rutin harian sebagai seorang pelajar asrama.

"Aina,kau dari mana ni?" tegur Sara tatkala melihat Aina muncul dari arah belakang bangunan aspuri.

Aina senyum tersipu-sipu lalu berkata " Baru lepas jumpa dia." kata Aina dengan nada yang agak mengada dan terus berlalu meninggalkan Sara yang terpinga-pinga.
'Jumpa dia?baru lepas dating ke?Setahu aku, Boyfriend si Aina ni outsider,lagipun buat apa nak dating tepi hutan tu.' gumam Sara sendirian lalu meneruskan perjalanannya ke bilik basuhan untuk membasuh baju yang bertimbun.

"Zila ,Aina tu ada skandal dengan budak aspura ke? " tanya Sara kepada Zila yang sedang membilas baju.

"Setahu aku ,takde la.Kenapa?" balas Zila.

"Tadi aku nampak dia datang dari belakang blok ni,pastu aku tanya la dia dari mana,dia cakap baru lepas jumpa 'Dia' . gaya dia cakap gedik habis weyh." ujar Sara bersungguh-sungguh menceritakan tentang apa yang berlaku antara dia dan Aina sebentar tadi.

"Ouh ,yeke,dia gurau tu kot. Mana tahu die pergi jemur baju ke kan." kata Zila hanya ingin menyedapkan hati Sara. Dia juga bingung dengan perangai Aina sejak kebelakangan ini. beberapa hari yang lepas dia cuba mengekori Aina dari jauh untuk melihat apa yang Aina lakukan di belakang aspuri tengah2 malam buta itu. Apa yang dia lihat Aina berdiri di bawah pokok besar itu seperti sedang berbual-bual dengan seseorang, kadang badan Aina meliuk lentok seperti sedang berbual dengan teman lelakinya tetapi dia tidak melihat sesiapa pun yang berada berhampiran dengan Aina ketika itu. Dia ingin menegur Aina,namun hasratnya itu dibatalkan setelah dia melihat sesuatu di dahan pokok besar itu dengan kaki yang terjuntai ke bawah. Mujur lah dia kuat semangat,kalau tidak mesti sudah pengsan.

Papppp. Zila tersentak dari lamunan nya.
"oi Zila, aku membebel dari tadi kau dengar ke tak,asyik termenung je dari tadi." tegur Sara setelah menepuk bahunya.

"Err,aku dengar la,kau ni kan,sakit bahu aku tau. " kata Zila lalu meletakkan baju2 nya kedalam baldi.

"Jom aku teman kau jemur baju kat bilik prep,ke kau nak jemur kat ampai belakang aspuri?" Kata Sara dalam nada usikan.

"Ish kau ni,bilik prep je lah." balas Zila dan terus berlalu bersama Sara untuk menjemur baju di bilik prep.
****
Sedang mereka menjemur baju ,terdengar satu suara yang sangat dikenali nya.

"Kenapa awak taknak ikut saya naik atas, roommate saya okey je la, tak sejuk ke hari2 tidur dekat pokok ni?" kata suara tersebut.

Ya,itu suara Aina.kenapa suara Aina datang dari belakang aspuri. Zila dan Sara hanya berpandang sesama sendiri lalu menuju ke tingkap dan membuka sedikit untuk membolehkan mereka melihat dengan siapakan Aina berbual.

"Mereka intai saya?" Aina memusingkan badannya ke belakang  dan menghadap ke tingkap bilik prep yang terbuka sedikit. Matanya memandang tajam ke arah itu.

Zila dan Sara tersentak lalu terus menutup tingkap dan terus berlalu ke bilik mereka.
"Kau tahu dia bercakap dengan sape? ada kau nampak siapa? " tanya Sara kepada Zila yang sedang mengemas katil bersiap untuk tidur.
Zila hanya mengangkat bahu dan terus baring ke atas katil dan menyelimutkan dirinya dari hujung kaki ke hujung kepala.

"Eh pempuan ni,aku tanya mcm tu je die balas, Si Nisa ni pon awal sangat tidonye." bebel Sara sambil memandang ke arah Nisa yang sedang nyenyak tidur di atas katil nya.

Bebelan Sara terhenti apabila melihat Aina masuk ke bilik dengan senyuman yang menyeramkan dan terus ke katilnya mengemas2 tempat tidur nya sambil menyanyi perlahan. Hal itu menambahkan lagi kebingungan dalam kepala Sara.Perangai kawannya itu sungguh pelik sejak kebelakangan ini. Gumam Sara sendirian lalu terus berbaring hingga tertidur. Baru hendak terlelap tiba2 terlihat kelibat Aina mahu keluar dari bilik.

"Aina nak pergi mana?" tanya Sara.
Aina hanya senyum dan berlalu pergi.

'Aku tanya nak pgi mana,bkn suruh senyum, haish Aina ni' gumam Sara sendirian. Lalu meneruskan aktiviti membuat tahi mata.
****
"Dah janji lalu pergi,hihihi" kata satu suara.
"kau siapa,kenapa ganggu aku." kata Nisa sambil terketar-ketar ketakutan. Lembaga yang dihadapannya itu amat menakutkan, dengan rambut panjang mengurai, bebola mata yang terjuntai keluar dri mata, mukanya hodoh,kepala nya berlubang seperti di hentak sesuatu.

"tak kenal? atau sengaja buat2 lupa?" hihihi. Bayangan lembaga itu sekejap muncul, sekejap menghilang dan tiba2 muncul semula.

"Hihihi, kenapa janji kalau tak mahu tepati. " kata lembaga itu lalu merangkak dengan laju ke arah Nisa yang sedang duduk di penjuru dinding. Dia tidak mampu untuk berlari ke mana-mana. Dia hanya mampu menutup mata.

"Takut ye, hihihi,jangan takut kita kan sahabat,hihi" kata lembaga tersebut diikuti dengan hilaian. Nisa masih lagi menutup mata. beberapa minit kemudian suara tersebut tidak berbunyi lagi. Nisa membuka mata sedikit demi sedikit.

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh"

****
Lama tak update, sis busy. Hope enjoy this chapter

Hostel Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang