"Kau okey Yana?" Aku membantu Yana untuk bangun setelah Yana dilempang dengan kuat sekali oleh Kak Aina apabila Yana mendekatinya.
Airmata Yana mengalir laju."Kak Aina tidak pernah memukul aku." Yana memelukku.
"Tu bukan Kak Aina , Yana. Tubuhnya dipinjam oleh Natasha. " Iefa dan Qila menghampiri kami . Ustaz Hamzah memulakan upacara memerangkap Natasha. Kak Aina mencapai serpihan kaca tingkap yang berselerak dilantai.
"Berhenti membaca ayat bodoh itu, jika tidak aku akan mencederakan tubuh ini." Kami memaksa ustaz Hamzah berhenti seketika. Namun aku tahu ustaz Hamzah membacanya tanpa disedari oleh Natasha di saat kami mengalihkan perhatiannya .
"Apa lagi yang kau mahu Natasha. tolonglah lepaskan dia." Kak Sara cuba memujuk rayu Natasha.
"Kembalikan Daniel kepada aku. !Kalian telah merampasnya! " Kami masih lagi bingung dengan apa yang dikatanya.
"Kami tidak pernah merampas Daniel daripada kau." Ujar Kak Nisa sambil membuat isyarat mata kepada ustaz menandakan masanya sudah sesuai untuk memerangkap Natasha.
"Arghhhhhhhhhhh" Kak Aina menjerit.
"Kalian pendusta ." Kak Aina berlari dengan kaca tingkap yang agak besar ke arah Yana. Zue yang dapat mengagak apa yang akan berlaku terus berlari ke arah Yana dan memeluknya.
"Zue!!!!!!!!!" Kami berlari ke arah Zue yang sudah rebah akibat ditusuk beberapa kali di belakangnya oleh Kak Aina. Kak Sara menolak Kak Aina. Namun tangan dipegang kuat oleh Kak Aina. Membuatkan Kak Sara mengerang kesakitan. Aku dan Qila memangku Zue yang sudah nyawa-nyawa ikan.
"Tolonglah bertahan Zue. Semua ini akan berakhir." Aku cuba menyedarkan Zue yang sudah terkulai lemah itu.
Hihihihihi. Kak Aina berlari ke arah pokok besar. Kak Sara, Kak Nisa dan Kak Zila mengejarnya dan memegangnya.
"Kau nak keluar atau kau akan sakit." Ustaz Hamzah berkomunikasi dengan Natasha.
"Tidak." Ustaz Hamzah terus membaca ayat2 suci al quran.
"Arghhhhhhhhhh." Kak Aina menjerit mungkin sedang kesakitan. Kak Aina menggulupur menyebabkan semua yang memegangnya terlepas dari pegangan dan menyebabkan dia berlari mencapai serpihan kaca tersebut dan membenamkan dilehernya serta tangannya dikelar2 sehingga di jatuh rebah.
"Ainaaa!" Mereka berlari memangku Kak Aina. Ustaz Hamzah sedang menimbus lubang setelah dimasukkan semua peralatan spirit of the coin serta memerangkap roh Natasha.
"Saya minta maaf. Rohnya sangat degil dan mungkin dia terlalu berdendam dengan sesuatu. Mari bawa jenazah rakan2 kamu ini ke rumahnya." Ustaz Hamzah hanya menunduk dan terus berlalu. Kami menangis meratapi pemergian Zue dan Kak Aina .Tidak menyangka permainan yang kononnya akan memberi keseronokan akan berakhir dengan tangisan. Kami bersama2 mengangkat jenazah ke dalam kereta dan membawa ke rumah masing2.
****
Setelah sampai ke rumah Kak Aina. Yana terus menerpa ke arah ibu bapanya dan menceritakan apa yang berlaku. Ibunya terus terduduk dan seperti mahu pengsan setelah mendengar apa yang berlaku. Suami kak Aina hanya mendiamkan diri. Aku tahu dia pasti sedang bersedih. Isterinya meninggalkan dunia bersama anak yang dikandung bersama. Iefa menelefon keluarga Zue dan menceritakan tentang apa yang berlaku dan meminta Keluarga Zue datang ke rumah Yana bagi menyempurnakan jenazah mereka berdua.Kedua2 ahli keluarga meratapi pemergian anak mereka dengan tenang dan redha. Mujur lah mereka tidak menyalahkan kami sebagai punca kematian. Akhirnya kedua jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam Kampung Pinang Merah.
Kami berehat sebentar dirumah Yana. Tubuh kami penuh dengan kesan lebam2 . Seperti menjadi mangsa pukul jika dilihat orang.
"Ibu, semasa roh Natasha merasuk tubuh kak Aina. Dia ada berkata tentang Aminah. Namanya seperti Moyang kan ibu." Yana meluahkan kepada ibunya. Kami hanya menjadi pemerhati. Ibunya menarik nafas sebelum melepaskan keluhan yang panjang.
**
5 Mei 1997
Terima kasih cikgu Aminah kerana telah menghebohkan tentang kehamilan saya kepada semua orang sehingga saya terpaksa berpisah dengan Daniel. Seluruh keturunan Cikgu akan saya buru.
Dendam NatashaKami semua membaca surat terakhir Natasha yang diberi kepada nenek Yana sebelum dia membunuh dirinya dengan terjun di tingkat 2 berhadapan bilik prep tingkatan 5 setelah menemui Daniel di biliknya yang kini menjadi kamar sufiyah. Asrama puteri itu dahulunya adalah asrama putera. Setelah kejadian itu berlaku, Asrama itu telah ditukar menjadi asrama puteri sehingga kini.
"Ibu tak sangka benda ni akan jadi. Ibu jumpa surat ini di dalam bilik nenek kamu sebelum dia meninggal dunia. Dia menceritakan tentang peristiwa moyang kamu didendami Natasha itu dan menyuruh ibu menceritakan kepada kamu bagi langkah berjaga2. " kata ibunya lalu melipat semula surat tersebut dan meletakkan ke dalam kotak yang sudah usang..
"Ibu mintak maaf sebab tak menceritakan kepada kamu adik beradik tentang apa yang diamanatkan oleh nenek kamu itu." Ibunya hanya menunduk dengan wajah yang sayu. Terdapat riak kesal diwajah tua itu.
"Tidak mengapalah ibu, benda sudah mahu jadi. Sudah ajal kak Aina ." Aina menyedapkan hati ibunya.
Kami meminta izin untuk pulang ke rumah masing2. Cerita Natasha ini perlu diceritakan secara turun menurun supaya tidak ada yang akan membebaskan Natasha lagi.
Dah sampai ke penghujung. ^_^

ANDA SEDANG MEMBACA
Hostel
ParanormalKehidupan 5 sekawan berubah apabila mereka telah tersalah langkah dalam membuat percaturan. Bagi mereka semua benda boleh dibuat main. Jadi. Apa yang mereka buat pandai2 lah mereka tanggung sendiri. "Jangan pandang, aku tahu kau pun nampak." "Kau r...