抖阴社区

Bab 14

498 14 0
                                        

"Semua dah sedia?"  Mereka semua mengangguk menandakan sudah bersedia. Yana seperti biasa akan memulakan game ini .Kali ini mereka bermain pada pukul 1 pagi memandangkan semua orang sudah tidur jadi permainan tersebut tidak akan terganggu. Lokasinya seperti biasa di bilik prep tingkatan 5. Lampu ditutup dan hanya ditemani dengan cahaya lilin yang dipasang.

Yana membaca mantera spirit of the coin. Duit Syiling tersebut bergerak. Wah, Pantas benda ni beri reaksi. Tidak perlu membaca mantera berulang kali. Kata Yana di dalam hati.

"Kau siapa?"

N,A,T,A,S,H,A

"hah, Natasha lagi. minat betul die datang sini main2 ye." ujar Zue diselangi dengan ketawa kecil. Qila sudah berasa tidak sedap hati. Entah mengapa dia merasakan seperti ada sesuatu yang akan berlaku.

"kenapa asyik kau je yang datang?" kata Yana lagi.

J,A,N,J,I

"Dia cakap JANJI. Janji apa nye." ujar Qila setelah menulis huruf2 berdasarkan gerakan duit syiling tersebut. Tiba2 Iefa menarik jari dan menunduk.

"Mengapa berjanji lalu pergi.?" kata Iefa. Gaya percakapannya berubah menjadi lemah lembut dan dia duduk bersimpuh.

"Kau dah kenapa Iefa?" tanyaku lalu menolak bahu Iefa yang kelihatan lemah tetapi hanya senyum memandang kami.

"Aku Natasha!" Suara Iefa mula menjadi garau dan nadanya seperti marah.

Muka kami sudah pucat lesi. Bimbang  diketahui oleh guru tentang aktiviti terlarang ini. Bimbang juga tentang keadaan Iefa yang mungkin sudah dirasuk. Yana sudah memegang Qila dan mententeramkan Qila. Khuatir jika Qila juga akan dirasuk disebabkan Qila mempunyai pengalaman tersebut. Kata orang,jika sekali dirasuk makhluk halus,lagi mudah untuk kena buat kali kedua.

Yana meminta kami semua membaca ayat kursi dan sebagainya. Iefa hanya ketawa dan mengejek2 bacaan kami. Tiba2 Iefa terus terbaring. Kami terus memapah Iefa ke bilik. Buat kali kedua permainan tersebut tidak ditutup.

Keesokannya, Iefa menjadi lemah dan lesu. Begitu mudah roh Natasha keluar dari badan Iefa ni. Kenapa ya? Biasanya aku tengok dalam movie. Kena panggil Ustaz la baru nak keluar. Macam yang kes Qila kena rasuk haritu. Mungkin Natasha ini hanya mahu bermain2.

****
Masing2 berkemas untuk pulang ke rumah masing2 setelah 3 minggu tidak pulang ke rumah. Ada yang sedang bersalam-salaman bersama rakan. Ada yang sedang menunggu ibu bapa menjemput. Apabila sampai sahaja dirumah. Yana terus menerpa ke arah kakaknya iaitu Aina yang dulunya pernah bersekolah di SMV Bukit Angsana dan menghuni asrama yang sama dengannya.

"Kak, Yana nak tanya sikit." kata Yana memulakan perbualan. Sudah lama tidak bertemu dengan kakaknya sejak mendirikan rumah tangga beberapa bulan yang lalu.

"Tanya je la." Balas Aina. Bukan selalu dapat berbual dengan adik nombor duanya itu.

"Kau tahu pasal roh Natasha?" Kata2 Yana menyentakkan Aina yang sedang melipat baju di biliknya.

"err. Ke..kenapa Yana tanya pasal tu pulak?" ujar Aina dengan tergagap2. Masakan dia lupa tentang nama itu yang pernah mengubah perwatakannya daripada gadis yang happy go lucky kepada gadis yang misteri.

"Hehe, akak jangan bagitahu orang tahu. Haritu Yana dengan kawan2 jumpa papan spirit beserta dengan mantera dan duit syiling yang tertanam dalam lubang di bawah pokok besar tu. Pastu kitorang main la. Asyik dapat roh nama Natasha je. Pastukan asyik cakap pasal janji je." Jelas Yana dengan panjang lebar. Aina hanya mengurut dada. Bagaimana Yana dan kawan2 nya boleh jumpa benda itu. Bukankah sudah ditanam dalam lubang yang sangat dalam.

"Akak cerita dekat Yana ni tapi janji lepas ni jangan main dah. Tanam balik semua benda tu. Kalau terpaksa minta tolong ustaz untuk menghindar dari dia, pergi je minta pertolongan." Ujar Aina dengan bersungguh2. Dia perlu menceritakan kepada Yana segalanya supaya Yana dan kawan2 nya tidak kena nasib yang sama seperti dia dan kawan2nya.
Yana pelik dengan kelakuan kakaknya. Begitu bersungguh2. Bukankah itu cuma satu permainan.

"Akak dengan kawan2 akak iaitu Kak Sara, Kak Zila dan Kak Nisa pernah terlibat dengan benda ni. Tanpa kami sedar kami telah berjanji kepada Roh tersebut untuk bersahabat dengannya. Sehingga dia sering membawa akak ke bawah pokok besar hari2. Dan dia jugak merubah perwatakan akak daripada gadis yang lincah kepada gadis yang misteri dan sering tergedik2 sama seperti perwatakan roh tersebut. Untuk tidak diganggu dan diubah tingkah laku. Akak dan kawan2 akak pergi ke bawah pokok besar itu dan menyeru roh tersebut iaitu roh Natasha untuk memulihkan keadaan akak. Dan kami sekali lagi membuat perjanjian bahawa setiap bulan akan kami jamu kan dia dengan darah kotor. "

Yana hanya tercengang mendengar pengakuan dari kakaknya itu.

"Setiap bulan kami akan jamukan dengan darah kotor. Lama kelamaan kami merasakan apa yang kami lakukan itu adalah salah. Kami meminta bantuan seorang ustaz di sekolah itu juga untuk membantu kami. Walaupun dimarahi kerana membuat perjanjian dengan syaitan tetapi ustaz tersebut tidak menghebohkan cerita tersebut kepada orang lain. " Jelas aina dengan panjang lebar. Takut apabila teringatkan bahawa mereka pernah menuruti perintah syaitan .

****
Bersambung.....

Hostel Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang