Ustaz Khairul Anuar membaca beberapa ayat untuk menghalang Natasha supaya tidak lagi menganggu mereka. Upacara Memerangkap Natasha dilakukan pada pukul 3 pagi dikala semua orang termasuk warden sedang nyenyak tidur untuk mengelakkan daripada hal ini dibesarkan.
"Pergi dan jangan menganggu anak2 pelajar disini!" Ujar Ustaz Khairul dengan tegas. Pokok besar itu umpama ditiup oleh angin kencang sedangkan angin tidak kuat pada masa itu. Tiba2 Aina jatuh tiba2 dan bangun terus duduk bersimpuh di bawah pokok tersebut.
"Mereka sudah berjanji kepadaku. Janji haruslah ditepati." Kata Aina dengan nada yang tegas. Mukanya bengis. Dan kadangnya dia menyeringai memandang mereka semua. Sara, Zila dan Nisa hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu untuk berbuat apa pada situasi seperti ini.
"Keluar daripada badan pelajarku atau kau aku perangkapkan dalam tanah ini." ujar ustaz khairul sambil membaca beberapa jenis ayat.
Hihihihi.. Aina hanya ketawa.
"Tasha hanya mahukan daniel sahaja, tolong panggil daniel untuk tasha." ujar Aina dengan nada yang sangat mengada. Aina mahu berlari ke tepi hutan lalu ustaz menyuruh mereka memegang Aina lalu Aina jatuh terjelepuk di tanah. Aina asyik meronta2 untuk dilepaskan. Tenaganya menjadi luar biasa menyebabkan mereka bertiga perlu berkerja keras untuk memegangnya. Tiba2 Aina memegang lengan Nisa dengan kemas dan merenung tajam ke arah Nisa. Muka Nisa sudah pucat lesi kerana direnung tajam oleh Aina."Takut ke? hihihi" Aina bersuara sambil menyeringai ke arah Nisa.
Nisa membaca beberapa ayat yang dia hafal dengan tergagap2. Aina mengejek ayat yang di baca dan membacanya sambil menyanyi2 lalu menyeringai ke arah Nisa. Sara dan Zila juga cuba membaca ayat suci al quran yang mereka ingat."Aduhhhhh." jerit Sara apabila dia terhumban sejauh 1meter setelah membaca ayat suci yang diingatinya. Aina ketawa mengilai sambil merenung tajam ke arah Sara yang sejauh 1 meter itu. Sara bangun dan terus menuju semula ke arah Aina lalu membantu mereka memegang Aina semula. Dia tahu itu bukan Aina disebabkan itu dia memarahi Aina.
Mereka terus membaca ayat2 suci al quran sambil menunggu ustaz khairul untuk memerangkap Natasha.
" Hihihi. Bacaan nya salah" Aina berkata lagi sambil meronta2 untuk dilepaskan. Ustaz Khairul masih lagi membaca ayat untuk menghalau Natasha. Sangat degil ! desis hati ustaz khairul.
Ustaz Khairul memerangkap roh Natasha ke dalam lubang yang ditanam bersama papan spirit ,mantera dan duit syiling tersebut dan dia melarang kami untuk bermain di belakang aspuri selepas pukul 7 malam. Jika peralatan spirit of the coin itu dikeluarkan semula maka roh natasha juga akan kembali menghantui aspuri tersebut terutama keturunan pemain tersebut. Mereka akur dengan apa yang dikatakan oleh ustaz khairul.
"Selepas ini jangan memandai hendak bermain permainan melibatkan syaitan. Kamu semua tidak fikirkah tentang buruknya." ujar Ustaz Khairul. Mereka bertiga hanya menunduk akur kerna dimarahi kerana memang salah itu berpunca dari mereka. Mereka memapah Aina naik ke bilik. Dan semenjak itu perwatakan Aina sudah berubah seperti dahulu kala.
Keesokannya ,Aina dihantar pulang ke rumah oleh Ustaz khairul dan warden aspuri iaitu cikgu mia serta penyelia asrama iaitu puan Lia kerana Aina diserang demam panas . Mungkin kesan daripada upacara semalam. Desis hati Sara.
"Dah hilang kesan lebam kat tangan kau tu." tanya Zila kepada Nisa. Nisa terus menyinsing lengan baju kopratnya. Kesan lebam akibat dipegang kemas oleh Aina semalam masih belum hilang. Mungkin kerana pegangan Aina yang amat kemas semalam menyebabkan kesan lebam itu masih ada.
***Bile lah nak habis ni kan. ^_^

ANDA SEDANG MEMBACA
Hostel
ParanormalKehidupan 5 sekawan berubah apabila mereka telah tersalah langkah dalam membuat percaturan. Bagi mereka semua benda boleh dibuat main. Jadi. Apa yang mereka buat pandai2 lah mereka tanggung sendiri. "Jangan pandang, aku tahu kau pun nampak." "Kau r...