Cuaca yang nyaman dan dingin tidak juga menghilangkan kerisauan yang melanda dalam hati Yana. Disaat rakan-rakannya sedang menjamu selera, dia hanya termenung sahaja. Ada terbit rasa bersalah dalam dirinya kerana dia yang memulakan semua itu. Dan permainan itu tidak pernah ditutup. Bererti roh Natasha masih bebas bergentayangan di asrama puteri ini. Patutlah dia sering mendengar pelajar aspuri mengatakan sering diganggu dan sering mendengar bunyian yang pelik.
"Yana, asyik termenung je" lamunan Yana tersentak tatkala aku menegurnya. Kelakuan Yana sedikit lain harini. Kenapa ya. Pelik juga.
"Ermm. aku ada benda nak bagitahu korang. Tapi sebelum tu aku nak mintak maaf awal2. " Kata2 yana membuatkan kami semua berasa pelik. Susah minah ni nak buat ayat dramatis macam ni. nak mintak maaf bagai.
"Kau buat salah apa ha. kau kacau pakwe ktorang ye.hehe" Kami hanya melepaskan tawa saat Zue berkata2.
"Tak lah. aku tak sailang pakwe member. Macam ni. Aku ada tanya kakak aku pasal spirit tu. Then dia cerita pasal kes dia, K.Sara akak si shira ni dengan kawan2 die lagi 2 orang. " Yana memulakan bicara.
"Dia cerita pasal roh Natasha menganggu aspuri ni bila dorang main spirit. Dorang dah tanam benda tu dan perangkap kan roh Natasha dalam lubang tu bersama peralatan2 spirit yang lain juga." Sambung Yana lagi.
"Yang menjadi masalahnya, Kita dah keluarkan semua benda tu dari dalam lubang tu dan bermakna roh Natasha sedang bebas membuat kacau. Korang ingat kenapa dia asyik cakap pasal janji? " Kami hanya mengangguk kepala. Fokus mendengar apa yang dikatakan oleh Yana.
"Tu semua sebab mereka berjanji untuk bersahabat dengannya dan akan jamu kan dia dengan darah kotor pada setiap malam." Aku terkejut kerana tidak menyangka kakakku boleh terlibat dalam perjanjian syaitan ini. Kami masih lagi berdiam diri.
"Aku mintak maaf kat korang sebab aku yang ambil benda tu dan aku yang ajak korang main benda tu dan aku rasa semua yang berlaku dekat asrama ni berpunca daripada 'Dia'. "
"Takpe la Yana. kau relax dulu ye. Nanti kita fikir bagaimana cara untuk memerangkap dia semula. " Kata2 Qila melegakan hati Yana. Mujur tidak dimarahi dengan lebih teruk. Kami semua bercerita tentang gangguan yang jadi pada kami. Pada mulanya merasakan perkara itu hanyalah lumrah tinggal di asrama. Namun selepas apa yang diceritakan oleh Yana. Mungkin itu semua berpunca daripada roh tersebut yang ingin membalas dendam atau masih menuntut janji.
Sedang aku bergolek2 menanti masa untuk tidur. Aku memerhati sesuatu yang sangat pelik di atas loker berhadapan dengan katilku. Ya, seperti seseorang sedang memerhatiku dengan kakinya terjuntai di goyang2 kan." Jangan pandang, aku tahu kau pun nampak" bisik Yana. aku terus mnutup mata dan berkelubung dalam selimut.
"kau tengok lagi ke? " bisikku kepada Yana.
"tak. tapi aku rasa dia yang tengah tengok kita sekarang ni."" kau rasa itu dia ke? "
"mungkin, sape suruh kita berani sgt kan,buat tak tahu je la."
"kau rasa dia kacau kita ke tak?" bisikku.
"kau jangan mintak, mahu pengsan nanti". suasana riuh rendah bunyi suara 10 orang penghuni Kamar Sufiyah yang masih belum tdur walaupun sudah light off pada pukul 11.30 malam tadi tetap tidak menghilangkan rasa takut yang mnguasai diri setelah melihat sesuatu yang tak dijangka itu.
"Tido dah ke minah dua org ni" . terjah qila sambil menyentap selimut ku dan Yana.
"tido sebelum kau pun nampak dia jugak". bisikku tegas. Qila seperti fhm apa yang aku maksudkan dan dia trus menyuruh rakan2 ku yang lain tidur.
"Shira,aku tak boleh nak tido. Rasa macam diperhati lagi." Yana menggerak2 kan tubuhku.
"Cuba tidur ye,baca la apa yang patut."
Zue bangun dan membuka lokernya. Tetapi cara dia membuka loker itu seperti mahu memukah loker tersebut. Bunyi nya sangat bising sehingga menganggu Yana yang baru hendak tidur.
"Tak tidur lagi Zue?Kau buat apa tu?"
Zue menutup loker dan senyum memandang Yana lalu terus baring di tempat tidurnya. Walaupun dalam gelap tetapi wajah Zue boleh dilihat kerana diterangi oleh cahaya koridor yang samar2 itu. 'Buat tak tahu je pempuan ni' . Desis hati Yana lalu terus mencuba untuk melelapkan matanya. Walaupun susah dia perlu berusaha untuk tidur memandangkan hanya dia seorang sahaja yang masih belum tidur. Sedang dia mencuba untuk tidur. Terasa seperti kakinya dipegang sesuatu. Yana lantas menarik kaki nya dan memperkemaskan lagi selimut yang dipakai. Dalam hatinya berharap agar tidak diganggu oleh 'Dia'. Selimutnya seperti di rentap oleh sesuatu.Yana membuka mata. Tiada sesiapa. Dia melihat jam dari telefon bimbitnya. Sudah pukul 2 pagi dan dia masih belum tidur. 'Jangan lah ganggu aku'. Gumam yana sendirian. Dia hanya menarik selimut dan merapatkan diri dengan aku dan Qila. Yana masih mencuba untuk melelapkan mata sambil berzikir di dalam hati. Akhirnya dia tertidur juga.****
Tak lama dah nak habis cerita ni. tunggu ye.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hostel
ParanormalKehidupan 5 sekawan berubah apabila mereka telah tersalah langkah dalam membuat percaturan. Bagi mereka semua benda boleh dibuat main. Jadi. Apa yang mereka buat pandai2 lah mereka tanggung sendiri. "Jangan pandang, aku tahu kau pun nampak." "Kau r...