"Penatnya,lepas prep petang terus kena buat keje macam ni." bebel Iefa sendirian. mahu tak penat ,dekat sekolah tadi kena buat amali,balik sekolah kena prep then kena buat kerja balik.Dah macam buruh paksa. Tapi apakan daya dah salah sendiri kena tanggung la akibatnya.
"Sabar lah Iefa, dah nak dekat abis dah tempoh denda kita ni.Lagi 2 hari je lagi." kataku menyabarkan Iefa. Hari ini kami membersihkan stor di belakang aspuri serta menyapu sampah di sekitar ampaian . Termasuk hari ini sudah 5 hari mereka melakukan kerja2 pembersihan begini. Sudah tidak sabar rasanya ingin merasa berehat di waktu petang.
"Gurlss meh sini jap,aku jumpe something lah." Jerit Yana yang sedang menyapu daun2 kering berhampiran pokok besar.
"Apa tu,macam pelik je." Tanya Zue apabila melihat sesuatu yang ditunjuk oleh Yana.
"Pliss ,jangan usik benda tu korang." kata Qila dengan perlahan. Dia khuatir akan berlaku perkara yang tidak elok jika mengambil barang yang bukan hak milik mereka. Cukup lah apa yang menimpa dia pada minggu lalu, mengambil masa untuk menaikkan balik semangatnya itu.
Yana tidak menghiraukan kata2 Qila lalu menguis2 tanah yang menutupi benda yang seperti kertas."Kertas apa ni,harta karun ke.haha." kata Yana cuba untuk bergurau. Yana membuka lipatan kertas itu. Terdapat Tulisan Huruf A hingga Z serta nombor ditulis secara deretan. Terdapat jugak tulisan 'Yes' dan 'No' serta ' GoodBye. Kami seperti tertanya2 tentang kewujudan kertas itu.
Yana menguis2 lagi tanah tersebut sampai menampakkan sebuah lubang yang sederhana besar."Eh,ada buku nota kecil dan duit syiling 50¢ lah. " tambah Yana lagi. Gatal betul tangan minah ni.
Aku mengambil buku nota kecil yanh berada pada tangan Yana."Apa yang org ni tulis ni,dalam bahasa inggeris, macam mentera je,seram pulak aku baca." Kataku setelah membuka helaian demi helaian. Hanya helaian pertama sahaja yang bertulis,yang lain semua kosong. Terdapat kesan2 terbakar di keliling buku nota dan kertas itu.Apa motif pemiliknya membakar kelilingnya sahaja. Kenapa tak dibakar semua,kenapa ditanam disini. Semua itu hanya bermain di minda kami sahaja.
"eh dah la,dah nak dekat pukul 6, jom naik mandi,karang nak pergi makan pulak." Ajak Iefa yang sedari tadi menjadi pemerhati
"Letak balik benda tu semua dalam lubang tu Yana. Jom naik." Kataku menyuruh Yana meletakkan semula barang yang tidak diketahui kepunyaan siapa itu.Aku terus berlalu dengan Iefa dan Qila.
"Aku nak simpan la benda ni.mana tahu berguna ke.hehe." Kata Yana kepada Zue.
"Eh, kau ni.kan Shira kata letak balik. ha lantak kau lah.jom lah naik cepat." Kata Zue malas mahu melayan Yana. Dia pasti jika melarang pasti Yana akan menyimpan juga. Dia sudah cukup masak dengan perangai Yana yang degil itu.
Yana berlalu membuntuti Zue dengan menyimpan barang2 yang diambil itu ke dalam poket tanpa pengetahuan Rakan2 nya yang lain selain Zue.****
Minggu balik."Kak, kau dulu kan sekolah sama tempat dengan aku jugak,aku nak tanya sikit boleh?" Tanyaku kepada kakak sulung ku Sara. Minggu balik begini lah baru aku berpeluang untuk berborak dengan kakak ku yang sorang ini. Itupun bernasib baik kerana dia sedang cuti sem.
"Ha,kenapa?" Kata kakakku sambil mengemas buku2 nya di meja belajar.
"Haritu aku dengan membe2 aku kena denda bersihkan sekitar aspuri sebab main badminton belakang aspuri waktu malam." ujarku memulakan cerita."Gila kau, orang punya takot nak pegi belakang aspuri memalam,korang boleh plak main kat belakang tu." kata kakakku dengan terkejut.
"Heheh,tu yang aku nak crita tu, pastu malam tu membe aku, Qila kena rasuk."kataku meneruskan cerita.
"Pastu kan masa kitorang nak bersihkan belakang aspuri kan, ktorang jumpa satu lubang bawah pokok."
Sara tersentak mendengar apa yang diceritakan oleh adiknya. Eh takkan dorang boleh jumpa, rasanya dah dalam kot.
"Apa yang korang jumpa dalam lubang tu?" tanya Sara."Satu kertas pelik, dengan buku nota kecik pastu duit syiling 50¢ ." terangku kepada kakak.
Memang sah dorang dah jumpa,Adoiii. Gumam sara di dalam hati .
"Oh yeke,korang ambik ke benda tu?" tanya Sara.
"Tak pun, macam tak penting je."
"Bagus lah,tak payah ambik,biar je benda tu kat situ." kata Sara.
"Kau tahu ke benda apa tu.?" tanyaku
"Mana la aku tahu,aku sekolah situ tak penah jumpe ape2 pon." balas Sara.
"Ouh,takpelah kalau kau tak tahu. "
"Eh dah la,kau pegi la tido.Yang pasal benda tu tak payah la ambik, Tak payah main kat belakang tu dah" Kata Sara.
"Yelah, goodnite." kataku lalu terus berlalu ke bilik ku.
****gambar yang kat atas tu gambaran kertas pelik tu. ^_^

ANDA SEDANG MEMBACA
Hostel
ParanormalKehidupan 5 sekawan berubah apabila mereka telah tersalah langkah dalam membuat percaturan. Bagi mereka semua benda boleh dibuat main. Jadi. Apa yang mereka buat pandai2 lah mereka tanggung sendiri. "Jangan pandang, aku tahu kau pun nampak." "Kau r...