抖阴社区

Bab 14

108 3 0
                                        

Sejenak lama mereka mendiamkan diri Syafiq mula memecahkan kesunyian.

"ehem. Ora?awak ade berape adik beradik ye?"tanya Syafiq cuba membuat Dania bercakap dan berborak bersama. Kalau mereka diam je macam mane nak lebih berkenalan antara satu sama lain kan?

Dania memandang Syafiqv"Ouh, hmm saya ade 2 adik beradik je. Abang saya yang pertama"jawab Dania tiada nada. Dia cuba menjawab dengan sebaik yang mungkin.

"Ouh, Tarikh lahir awk bile?"tanya Syafiq lagi. Walaupun Dania kelihatan menyampah dengan soalan tu. 'maybe dia banyak cakap kot' fikir Dania. Dania tetap menjawab soalannya dengan baik. Bagi Dania..

*kalau dia tak de mood,stress or sakit hati ke, dia kene jawab jugak soalan yang diberi, yang stress and sakit hati semuanya dia, tapi jangan nak libatkan orang lain*..dari kecil lagi Dania dah tetapkan ayat ini dalam kepala otaknya

"Ouh, hmm saya lahir 31 Ogos"jawab Dania. Kali ni ade sedikit perubahan,tidak ade lagi nada dinginnya..

"ermm, awak Zaf?"dia tak tahu macam mane soalan tu boleh terkeluar daripada mulutnya. Hmm maybe dia dah selesa sikit berborak dengan Syafiq

Soalan itu membuatkan Syafiq sangat terkejut tetapi masih mengawal riaknya. Kemudian dia tersenyum.
Actually,dia bukan terkejut sepenuhnya sebab soalan tu, tapi dia terkejut sebab panggilan yang Dania memanggilnya.Tidak pernah pun seorang memanggilnya 'Zaf' Dania adalah orang yang pertama.

Sama juga dengan Dania, tiada seorang pun yang pernah memanggilnya dengan panggilan 'Ora' Syafiq juga adalah yang pertama.

"Saya ade 2 orang adik peremouan kembar. Saya sulung "jawab Syafiq hanya dibalas dengan anggukan Dania. Mereka mula melayan perasaan masing masing.

Syafiq memandang Dania lama sebelum mulutnya menanyakan soalan.

" Kenape panggil 'Zaf' ?"tanya Syafiq. Memang hatinya nak sangat dengar jawapan daripada Dania.

"ouh, hmm entah la. Saya lebih selesa pakai nama tu, saya ikut je ape yang mulut saya cakap" terang Dania selamba, tetapi sedaya upaya untuk menutup rasa gugup. Dia pon seakan tersedar dengan panggilannya kepada Syafiq

Baru sahaja Dania ingin menyambung percakapannya, waitress yang mengambil order tadi mendekati mereka dan meletakkan juadah yang di pesan mereka 20 minit lepas.

"Zaf? kenape awak terima pertunangan yang tak masuk akal ni?"tanya Dania. Mukanya tepat memandang anak mata Syafiq. Ingin mengehtahui kebenaran.

Terbantut pergerakan Syafiq yang baru sahaja ingin mengakat garfu dan pisau .Dia terus memandang Dania selepas mendengar soalan itu.

Syafiq menjongketkan sebelah keningnya "ape yang tak masuk akal?"soalan di balas soalan. Untuk kali pertama Dania mendengar nada serius daripada Syafiq.

Dania menyampah"of caurse la tak masuk akal! kita langsung tak kenal each other. Saya hanya kenal mama awak tetapi saya tak kenal awak langsung! macam mane awak boleh terima?"soal Dania bersungguh sungguh. Tanpa mengetahui isi hati Syafiq, soalan itu sekali lagi membuatkan Syafiq tersenyum.

"Saya terima pertunangan ini dengan hati yang ikhlas,Ora. Lagipun saya tahu mama saya akan pilihkan jodoh yang terbaik untuk masa depan saya. Saya percayakan Kodo' dan kodar Nya. And pilihan mama saya tak salah, mama memang pilihkan yang terbaik untuk saya"btenang sahaja Syafiq berkata, tidak tergagap dan kata kata Syafiq mebuatkan Dania diam lama sebelum menjawab. Dia agak terkedu sebenarnya tadi.

"Huh, awak sendiri tahukan yang saya takkan sesekali jatuh cinta dekat mane mane lelaki termasuk awak, takkan awak masih nak saya lagi? masih ade masa untuk awak putuskan pertunangan ni. Awak juga boleh cari calon yang lebih baik daripda saya kan? saya takkan kahwin dengan mane mane lelaki,masih ade peluang Syafiq" cadang Dania seperti menghasut Syafiq supaya bersatu dengannya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Tetapi dia tak tahu. Katanya tidak terkene langsung pada Syafiq. Syafiq sedia maklum dengan perangai Dania yang tidak suka dengan lelaki. Tetapi dia kene dapatkan banyak lagi maklumat daripada orang terapat dengan Dania.

"Saya tahu, sebab tu saya tak pernah nak putus asa"kata Syafiq tenang sambil tersenyum

"hah? what do you mean?" soal Dania pelik. Tiba tiba dia rasa tak senang duduk.

Syafiq menarik nafasnya dalam"Saya dah mula sayangkan awak Ora, saya pon tak tahu bila dan kenapa. Tapi saya pasti dengan perasaan saya sekarang. Saya takkan pernah putus untuk pikat awak untuk menyayangi saya balik. Saya takkan paksa awak untuk cintakan saya balik,saya nak buat cinta tu berputik sendiri tanpa paksaan tetapi dengan kerelaanp"jawab Syafiq dengan tenang sama seperti tadi. Senyuman tidak lengkang daripada mulutnya.

Kata kata itu telah mengusik hati perempuan Dania. Tetapi satu benda menghalang, egonya.

Egonya tidak membenarkan dia untuk membalas kata kata Syafiq dan cuba membuang ape ape perasaan aneh yang hadir.

"Huh! susah cakap dengan awak. Suka hati awak la, saya dah warning awal tau! kalau awak kecewa,broken and anything, itu bukan masalah saya"Ujar Dania sinis dan angkuh.

Kata kata Dania hanya dibalas dengan senyuman Syafiq. Mereka mula menjamah makanan yang dah lama menanti untuk ditelan.

Mereka makan tanpa sebarang percakapan. Hanya bunyi garfu dan pisau,garfu dan pinggan dan pisau dengan pinggan sahaja. 

Semasa sedang makan, Syafiq memandang ke arah Dania yang sedang tertib menolak semua sayur yang ada di pingganny.

"Awak tak makan sayur ke?"tanya Syafiq sambil tersenyum.

"Makan tu makan la tapi tak semua..."jawab Dania sambil memandang ke arah pinggan Syafiq 'perghh dah hilang dah sayur dia. Hmm, jenis orang yang makan sayur la ni"gumam hati Dania.

Syafiq mengangguk faham  "Awak makan sayur ape je?" tanya Syafiq ingin tahu.

"kangkong,bayam and karot ,tapi sikit sikit je..ikut la jenis karot tu"jawab Dania lagi.

"Mama saya suka buat sup sayur untuk saya masa kecik kecik dulu. Semua jenis sayur ade" Cerita Syafiq. Mula mengenangkan masakan mamanya. Dania yang mendengar terus terasa geli Tapi memang betul, Aunty Linda suka masak sup sayur kalau dia demam. Dia dah banyak kali menolak tetapi Aunty Linda lebih bijak, dia menggunakan cara halus iaitu 'ugut' ..huhu..

Dania mendengar sambil menyambung makan juadahnya yang tertangguh sebentar tadi...

VOTE!! THANKS!

The Only One That I Want [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang