TENGKU SYAFIQ ZAFRAN adalah seorang yg, peramah, mudah memberikan senyuman, lemah lembut tetapi ade garangnya, dan suka mendegar kata. Dia telah disuruh oleh ibunya nya untuk berkahwin dgn anak kepada pengenalan ibunya..
REEZORA DANIA... seorang gad...
Dania bersiap dengan tenang di dalam biliknya. Hari ni adalah dimana dia dan Syafiq akan keluar mencari pakaiannya untuk ke Majlis Reunion dia nanti.
Dia hanya menggenekan seluar jeans putih dan blouse kelabu. Tidak lupa juga untuk memakai gelang untuk menambah eksesori pada pemakaiannya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
( Outfit Dania)
Selepas itu Dania menghampiri meja solek untuk memakai jam tangannya.
Selepas selesai membuat sentuhan yang terakhir, Dania melihat jam tangannya. Dia terus terun ke ruang tamu. Kelihatan abang Rafael sedang menonton cerita Escape Room di Netflix.
Dania turut duduk di sofa yang bertentangan dengan abangnya. Dia membuka iphone nya. Ingin melihat apa ape pesanan yang dia dapat.
SYAFIQ -_- ' Saya on the way, kejap lagi dalam 10 minit lagi saya sampai'.
'Ok'.√√
Itu sahaja yang di balas oleh Dania. Dia menutup aplikasi WhatsApp itu dan mula memandang kaca TV.
Dania memang gemar dengan movie sehingga dia tidak sedar bunyi enjin kereta di luar rumahnya.
Rafael yang mula rasa pelik mejengukkan sedikit kepalanya. Apabila ternampak kereta Audi milik bakal adik iparnya,terus dia bersuara.
" Woi dik, kereta tunang kau tu abang rasa dari tadi lagi dah ade dekat situ. Rasanya dah sepuluh minit dah, takkan tu pon adik tak dengar ?" Rafael menepuk nepuk tangannya. Dania yang terkejut beruk itu automatik bangun. Turut menjengukkan kepalanya.
" Eh yela, oh my god! tu pon adik tak perasan. Ni semua salah cerita ni la. Siape suruh best sangat." Bebel Dania sambil memakai kasutnya. Rafael yang dengar hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Tahu dah dengan perangai adiknnya yang obses dengan movie.
Selepas sahaja memakai kasut, Dania terus menyalam tangan abangnya sebelum meninggalkan abangnya.
Masuk sahaja di dalam kereta, masing masing terdiam. Syafiq memandang ke arah Dania lama, sebelum memulakan pemanduan.
Dania bermain dengan jari runcingnya. Dia tidak suka dengan situasi sekarang ni. Situasi yang dipanggil ' awkward '.
"Erm, Syafiq. Berape lama dah awak tunggu dekat luar rumah saya?" Tanya Dania. Dia menoleh memandang Syafiq.
" Ouh, lama la jugak. Dalam 10 minit macam tu." Jawab Syafiq tenang
" Erk, lamanya. Asal tak WhatsApp saya je? Cakap yang awak dah sampai. Tak pun, call ke?" Tanya Dania lagi.
" Aik, awak tak perasan? Saya dah chat awak la. Tapi dapat double grey tick je. Saya nak call tapi saya taknak ganggu awk" jawab Syafiq. Dia memandang sekilas wajah tunangnya.
Dengan lajunya Dania membuka handbagnya, dia melihat notification di telefonnya
Syafiq -_- 'saya dah sampai'
Dania menepuk dahinya. Kini terbukti dia yang bersalah, bukannya Syafiq
" Erk, Sorry." Walaupun perlahan tapi cukup jelas pada pendengar Syafiq
" Laa, kenape minta maaf?" Tanya Syafiq hairan, dia tak rasa tunangnya ade buat kesalahan dengan dia pon.
Dania mengeluh" yela, saya keluar lambat tadi. Sebenarnya saya dah siap awal dah, tapi saya pergi tengok movie sampai tak perasan kereta awak ade dekat depan rumah" jawab Dania perlahan.
Dia tahu perasaan menunggu ni, sakit. Dia paling tak suka tunggu orang tau. Tapi kalau orang tu bagitahu dia yang orang tu akan lambat tak pe la jugak. Dia masih boleh bersabar.
"It's okay, nevermind. Awak takde buat salah dengan saya pon. Saya tak kisah pon tunggu awak tadi. Kalau ditakdirkan saya kene tunggu awak selama bertahun tahun supaya awak mencintai saya pon saya sanggup tunggu" kata Syafiq romantik.
Dania memandang Syafiq pelik. Mula dah dia ni. Dia memandang keluar tingkap apabila terasa mukanya menjadi panas. Syafiq memandang ke arah Dania. Dia tersenyum lebar apabila ternampak muka Dania seperti buah tomato. Kemudian dia fokus semula dengan pemanduannya.
Syafiq parking kereta betul betul di depan sebuah butik pakaian. Dania kagum dengan tunangnya. Tak sangka Syafiq boleh mencari butik yang akan mereka beli pakaian tanpa bantuannya.
Dania dan Syafiq masuk ke dalam butik itu bersama sama. Masuk sahaja ke dalam, Dania sekali lagi meninggalkan Syafiq yang terpinga pinga.
Baru sahaja beberapa langkah, Dania mengundur semula ke arah Syafiq. " Err, saya nak pergi cari baju saya sekejap, nanti awak nak apa apa awak cari la saya. Saya ada dalam kedai ni je" habis sahaja berkata, Dania terus lesap dari pandangan Syafiq. Syafiq hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dia tersenyum senang. Syafiq mula melangkah dan memerhati setiap pakaian yang tergantung kemas di dalam butik itu.
Dania pov.
Apabila masuk sahaja, dia hanya terfikir untuk mencari pakaian sahaja. Lupa sudah dia dengan misinya itu.
Aku memerhati sekeliling, cuba mencari pakaian yang menarik. Salah seorang staf di situ mula menghampiriku. Dania menanyakan staf itu dimana terletaknya pakaian yang sesuai untuk kemajlisnya. Dia juga telah menceritakkan serba sedikit tentang majlis reunion nya. Staf itu kelihatan umur dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun. Dia membawa aku ke satu sudut dimana terletaknya dress yang cantik dan menarik. Pelbagai design dress yang ade di situ
Aku berterima kasih kepada staf yang bernama Nurul itu sebelum memintannya memberi ruang kepadaku yang ingin bersendirian terlebih dahulu.
Terdapat satu dress yang dapat menarik perhatian Dania. Dia menuju ke arah dress itu. Dia memegang kain dress yang berwarna kuning itu asebelum tersenyum puas. ' damn, kain ni sumpah selesa' kata Dania di dalam hati.
Di dalam fikirannya sudah terbayang pakaian dan eksoseri yang akan dikenakan dengan dress itu.
Dress yang tidak mempunyai lengan itu sesuai dikenekan dengan jaket kulit hitam,rantai kegemarannya dan tali pinggang hitam yang akan dililit dibawah dadanya. Kasut pula akan dikenakan heels Boot. Rambutnya pula akan di rebounding kan menjadi 'messy bun'..
Dania tersenyum lebar, dia sudah menjumpai pakaiannya. Dia tidak sedar yang dia akan pergi majlis itu dengan Syafiq. Pakaian yang dia telah banyangkan itu sesuai dengan orang yang pergi seorang diri. Sangat tidak sesuai jika dikenekan apabila pergi dengan pasangan.
Dania tersenyum lebar, dia sudah menjumpai pakaiannya. Dia terus mencari staf yang bernama Nurul tadi.
" Kak Nurul, saya cuba dress ni dulu yaa" kat Dania dengan excited. Dan dibalas anggukan daripada Kak Nurul. Lupa langsung dia dengan tunangnya itu..