抖阴社区

Bab 26

96 3 0
                                        

Iqram berjalan menuju ke arah keretanya. Dia tersenyum melihat hadiah yang dibelinya tadi. Tapi dia pon tak pasti yang girlfriend nya akan suka atau pon tidak. Ni kali pertama dia membeli hadiah untuk kekasihnya.

Dia memandu laju untuk menuju kearah destinasi yang dituju, iaitu rumah kekasihnya. Kekasihnya bernama Maisarah Sofea Bt Dato' Shakir. Dia tersenyum mengenangkan hatinya yang kini berdebar hanya untuk seorang perempuan yang dicintainya.

5 minit sebelum sampai kerumah Sofea, dia menelefon gadis itu terlebih dahulu. Selama 10 saat menunggu barulah Sofea menjawab panggilannya

CALLING MY LOVE SOFEA  ❤💕...

" hi, sayang!!! " ucap Sofea separa menjerit

" Hi, Sof. U jerit kuat sangat la, tak kesian ke dekat telingan I? boleh rosak tau" adu Iqram manja.

"ehehe. Sorry you! Ha ade apa call I ni?"

"ouh, I ade something untuk you ni. I sampai kondo U dalam 5 minit lagi. You ready je tau" kata Iqram teruja

" wow, reallyy sayang? you know I love suprise right?" kedengaran Sofea 2 kali ganda lebih excited berbandingnya.

Semakin lebar senyuman Iqram " I know baby, that's why i told you now. Dah, kejap lagi I sampai. U tunggu la tau, Bye "

" ok sayang, I will wait. You are the best! bye"

Talian diputuskan. Iqram menekan pedal minyak supaya lebih cepat sampai.

Sampai sahaja ke destinasi, Iqram menenangkan dirinya selama 5 minit sebelum menelefon Sofea untuk memberitahu akan ketibaannya.

Sementara menunggu ketibaan Sofea, dia melihat cermin kereta untuk memperbetulkan penampilannya.  Iqram tersenyum apabila melihat kekasihnya yang sedang menghampirinya. Dia menyorokkan hadiah itu di seat belakang terlebih dahulu.

Masuk sahaja di dalam kereta, Sofea terus menanya " sayang, ape suprise yang U nak tunjuk I tu?" Hampir pudar senyuman Iqram, dia mengharapkan Sofea untuk menanyakan khabarnya atau mencium pipinya dahulu. Sedikit kecewa.

"hmm, ouh. Kejap eh, U tutup mata dulu." arah Iqram

"Alaaa, hah yelaa yela." Sofea menutup matannya menggunakan tangan. Disebabkan lengan Sweatshirt nya yang terlebih panjang, so dia tutup matanya menggunakan tangan tetapi di lapit baju. Sangat comel di mata Iqram.

Iqram mengambil kotak hadiah itu kemudian menyuruh Sofea untuk membuka matanya. 

" Wah! ape yang ade dalam kotak ni, Iq?" teruja benar Sofea.

"bukak la, sayang." Tangan Sofea ligat membuka kertas pembalut hadiah itu. Sambil tu Iqram sempat berkata.

"Ni hadiah pertama saya kepada awak, Sofea. Sebagai wanita pertama yang telah mencuri hati saya. Saya harap lepas ni hubungan kita dapat berkekalan sampai kita kahwin nanti" Kata Iqram penuh romatis, dia mengambil sebelah tangan Sofea dan meciumnya.

Sofea tersenyum hambar, dia hanya mengangguk sahaja. Tidak mampu untuk membalas. Kemudian, dia kembali menyambung pergerakkannya. Dia membuka kotak kecil itu. Sudah dia tahu ape di dalamnya kerana kotak yang ber saiz begitu memang untuk kotak jam pon.

Cuma dia hanya tidak tahu design, colour and bentuk jam itu sahaja. Apabila kotak itu telah berjaya dibuka, dia memandang ke arah Iqram.

"Kenape?" tanya Iqram cemas apabila senyuman Sofea hilang. Dia melihat ke dalam kotak itu, 'hmm takde ape ape pon, kenape ni?' omel Iqram di hatinya

"Ape ni U ?! U tahu tak I dah ade jam ni? takkan tu pon U tak tahu? ape jenis Boyfriend la U ni" marah Sofea, nadanya agak tinggi.

Iqram terkejut apabila Sofea meninggikan suaranya. Untuk kali pertama Sofea melakukan sedemikian rupa.

"laa, yekaa. Mana la I tahu. U tak pernah cakap pon, lagipon I tak pernah nmpk U pakai jam macam tu." kata Iqram cuba menenagkan Sofea.

" Macam mana U nak tahu? U sendiri taknak tanya I!! Haa tengok, sia sia je I datang kalau macam ni. I penat tahu tak tadi? tapi I turun jee sebab U nak datang. Kalau macam tu baik I tak payah turun" marah Sofea. Ya, Iqram tidak menyangka yang Sofea akan kata begitu. Patutnya harini ialah hari paling bahagia baginya.

" Kenape U cakap macam tu? Sibuk sangat ke U sampai nak jumpa kekasih U sendiri pon takde masa? betul ke U memang terpaksa turun je?" Kecewa. Sedih. Tapi Iqram sedaya upaya menjaga cara percakapannya.

Sofea terkedu, dia sedar yang dia sudah terlebih " err, bukan itu maksud I. Ermm, I.. I just tak nak U membazir beli barang yang I dah ade, nanti buat rugi U je." Pujuk Sofea. Dia mengetap bibirnya. Berharap agar Iqram terpujuk.

Iqram yang mendengar terus mengeluh kelagaan. Dia fikir Sofea akan membencinya, dia tersenyum apabila mendengar jawapan dari Sofea. Lega hatinya.

"ouhh, it's okey la sayang. I tak kisah pon kalau U dah ade, at least U tahu yang lagi satu tu I yang bagi. Dah, lain kali jangan nak cakap macam tu lagi" kata Iqram sambil mengusap kepala buah hatinya. Sofea tersenyum, nasib baik Iqram termakan dengan pujuknya.

"Ok, baby. I tak buat lagi dah. Ok la, I masuk dalam rumah dulu la." kata Sofea sambil tersenyum manja

"Haih, cepatnya. Tak puas lagi la I nak dating dengan U." sengaja dia membuat nada kecewa.

" Alaa, baby. Next time, okay? I baru balik dari shooting la, so badan I letih" kata Sofea tergesa gesa, dia telahpon membuka pintu kereta milik Iqram.

"hmm, yelaa. Kalau macam tu U rest la. Kesian U keletihan" 

"Memang pon, ok la baby. I pergi dulu yaa. Bye!" terus Sofea menutup pintu  kereta tanpa sempat Iqram hendak membalas

Iqram menurunkan cermin tingkapnya " laju betul U tutup pintu tu yee, belom sempat I nak jawab. Ok lah, I pergi dulu. U hati hati naik tu, jangan lari lari nanti jatuh pulak." sempat Iqram memberi pesanan. Tidak lupa juga untuk membuat lawak.

" Ape benda U merepek ni? U fikir I pakai tangga ke? I pakai lift, okay!" berkerut wajah Sofea yang masih lagi dengan makeup di mukanya.

"Yelaa, I memain jee. OK Bye, Love U " kata Iqram sebelum keretanya meluncur pergi meninggalkan kondo yang mewah itu. Sofea hanya memandang kereta teman lelakinya dengan sepi.

VOTE!! THANKS!

The Only One That I Want [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang