抖阴社区

Bab 37

77 3 0
                                        

2 minggu telahpon berlalu.. Masa begitu pantas sekali bergerak. Ada jugak beberapa kali Tasya mengajaknya keluar.

Hubungannya dengan Tasya pon semakin akrab. Dia dengan Syafiq sekarang pon macam dah okey. Semuanya sebab event tu punya pasal.

Membuatkan Dania berubah sedikit demi sedikit. Dalam 2 minggu ni jugak, Tasya tidak mengangu Syafiq. Kiranya dah lama tak contact la.

Dania menguap kecil, bosan melihat TV yang menayangkan cerita yang bosan baginya. Dia melihat telefonnya, dahinya berkerut.

Syafiq memesejnya beberapa minit yang lalu. Dia membuka mesej itu, bertambah lagi kerutan pada dahinya.

' Kenapa dia suruh aku datang office dia? penting sangat ke sampai tak boleh nak jumpa dekat luar?' omel Dania.

Semua soalan yang berada di fikirannya tadi dia tanya kepada Syafiq. Tapi Syafiq tetap mahu jumpa di dalam office nya.

Dania mendengus " Ha ni la dia, suka sangat paksa orang. Dia fikir aku ni apa nak paksa paksa?" bebel Dania seorang diri.

Tapi kakinya tetap melangkah ke arah bilik umminya. Dania mengetuk pintu dahulu sebelum masuk.

" Ummi..."

" Ye sayang.."

" Dania nak keluar kejap, nak jumpa kawan" Dania meminta izin. Saja je dia cakap kawan.

Dahi ummi berkerut " kawan?"

Dania menganguk laju " Haah, kawan. Dia suruh jumpa dia sekarang. Ada hal penting katanya" terang Dania.

Ummi menggelengkan kepalanya " Adik.. adik. Tunang kamu tu kamu kata kawan? kamu ni biar betul?"

Dania tergamam " ha? apa ummi cakap ni?"

" takpayah nak pelik sangat la adik. Sebelum Syafiq nak ajak adik keluar, mesti dia akan minta izin ummi dulu. Tadi baru je dia minta izin dekat ummi" terang ummi.

Dania tersengih " Ouh.. yeka ummi. Kenapa tak cakap awal awal"

" saja ummi nak tengok adik cakap macam mana. Kenapa adik panggil dia kawan? adik ada apa apa rahsia ke, dari ummi?" soal ummi. Mula curiga dengan anak bongsunnya itu.

" eh, er.. ma.. mana ada ummi. Adik cakap macam tu sebab.. sebab. Ha! sebab adik malu nak cakap adik keluar dengan tunang. Takut nanti ummi ejek pulak" gagap Dania mempertahankan dirinya.

Ni kalau ummi tahu ni mati ni. Habis kena bebel 7 hari 7 malam ni.

Ummi tersenyum lega " buat apa ummi nak ejek? Kamu fikir ummi ni macam abang kamu ke?" ummi menjelingku.

Dania tersenggih " alaa.. mana la tahu kan. Okey la ummi, adik nak pergi siap. Nanti lambat marah pula tunang adik tu" Dania menekankan perkataann 'tunang'.

Ummi tersenyum sebelum menganguk " hati hati pergi sana. Borak borak la sikit dengan tunang kamu. Nanti barulah boleh rapat" Ummi memberi pesanan.

Dania tersengih lagi " insyaallah ummi~" Dania berlalu pergi.

Dania memandang iphone nya geram. ' eii, mamat ni pon seekor la! Dah bagitahu ummi kenapa tak cakap awal awal? Kang dah terkantoi tadi sia sia je.." hati Dania berdongkol geram.

**

Selepas membuat sentuhan terakhir. Dania menuju ke ruang tamu. Disitu, Puan Marlissa sendang menonton television. Rancangan memasak la, ape lagi.

" Ummi, adik pergi dulu." Dania mencium wanita yang dikasihi sepenuh hatinya itu.

Ummi mengangguk " hati hati pergi sana. Kalau ada apa apa inform je ummi" Dania mengangguk lalu berjalan keluar dari rumah.

Dia menuju tempat yang telah di location oleh Syafiq tadi.

***

Syafiq mengurut kepalanya. Dia amat stress sekarang nih. Sudah 2 minggu Tasya tidak contact dengannya. Harini tiba tiba dia contact, lepastu cakap rindu la, nak jumpa la, apa la.

Dia sudah lega dah, bila Tasya tidak menghubunginya lagi. Fikirnya, Tasya hormat dengan status nya sekarang. Tapi rupanya tidak.

Syafiq mengeluh. Dalam fikirannya sekarang hanya ada muka Dania sahaja. Dia tak tahan. Dengan kerja yang tiba tiba bertimbun di pejabatnya disebabkan ayahnya ke luar negara.

Apabila teringatkan tunangnya, semua masalahnya tadi hilang serta merta. Syafiq tersenyum, dia mengingati semula kecomelan tunangnya.

Sungguh, hanya gadis itu sahaja yang mampu membuat jantungnya berdegup kencang, tulang rusuknya bergetar, angau dan macam macam lagi.

Timbul idea nakalnya untuk bertemu dengan Dania. Terlampau rindu dia dengan gadis cantik itu.

Dia mengeluarkan telefonnya, chat bersama Dania dibuka. Kemudian dia menyuruh gadis itu untuk datang ke pejabatnya. Rindu sebenarnya..

**

Dania memandang ke arah bangunan yang berdiri megah itu dengan mulut sedikit ternganga. ' omaigod, cantiknya bangunan ni. Ni ke pejabat bakal suami aku?' desis Dania. Ada juga rasa kagumnya pada Syafiq.

Dania melangkah masuk, sekali lagi dia ternganga " Ni office ke apa? besarnya! Boleh  sesat aku kalau cari office si Syafiq ni" bebel Dania seorang diri.

Dia berjalan sehinga ternampak seorang perempuan yang sedang duduk di meja kaunter. Dania memandang ke arah perempuan itu.

' Ni nak pergi office ke nak pergi club ni?' soal Dania. Pakaian tak cukup kainnya boleh menjolok mata mana mana lelaki.

Dania menghampiri meja kaunter itu. " err.. Meja Syaf, eh erm.. tengku.. Tengku Syafiq Zafran dekat mana?" Soal Dania gagap. Rasanya ni kali pertama dia menyebut nama penuh tunangnya.

Perempuan berada di kaunter itu mengerutkan dahinya " Pardon? You  nak cakap apa sebenarnya ni? tergagap gagap. Pergi tadika balik la.." penuh sinis perempuan itu berkata.

Dania ternganga 'amboi dia ni, sedap mengata aku nampak?' omel Dania. Dia menarik nafasnya dalam. Cuba bersabar.

" err, Miss. Saya datang sini nak cari office Tengku Syafiq Zafran dekat mana. Boleh cik bagitahu dekat mana?" Dania sedaya upaya memaniskan mukanya apabila perempuan yang bernama 'Suraya' itu memandangnya atas bawah.

" You nak buat apa jumpa tengku? You ada buat oppointment ke?" perempuan bernama Suraya itu bertanya. Dania mengetap rahang, 'amboi, caring nya dia dekat tunang aku tu. Sampai aku tanya nak ke office tunang aku sendiri pon kena siasat macam polis dulu' omel hati Dania sinis

" Miss Suraya, memang semua orang yang datang sini untuk jumpa dengan tengku, awak akan siasat macam ni dulu ke? bukan ni semua kerja PA tengku ke? Saya bukan nak cakap  apa la, tapi cuba awak fikir, kalau awak dah soal saya macam macam dekat sini, nanti bila saya naik atas. Saya akan berjumpa dengan  PA tengku tu pulak. Dia juga akan menanyakan soalan yang sama pada saya. Awak tak rasa ke yang awak tengah bazirkan air liur awak tu dekat saya?" ujar Dania panjang lebar. Senafas sahaja Dania bercakap.

Suraya mendengus " berani You cakap macam tu dekat I " Dania terkesima apabila melihat tangan Tira tiba tiba terbang ke udara untuk dihalakan di wajahnya.

VOTE!! THANKS!

The Only One That I Want [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang