抖阴社区

Bab 49

175 5 0
                                        

Syafiq berjalan menghampiri Dania. Dia menarik lengan tunangnya itu. Lalu mereka duduk diatas buaian.

Dia merenung wajah Dania dengan rasa cinta. "Dalam hidup saya selama ni, Saya tak pernah sekali pon berasa bahagia seperti ini dengan perempuan yang saya cintai. Saya cintakan awak, I love you, Reezora Dania. Macam mana saya sayang diri saya, begitu jugalah saya sayang awak."

Dania tergamam. Dia hilang kata " er.. sa..saya.."

Tangan runcing Dania digengam lalu diramas lembut. Tangan itu dibawa ke mulut lalu dicium penuh syandu.

Syafiq tersenyum " you are the only girl I want in my life,Ora. Only you. Reezora Dania, would you like to be my life partner forever? Be my wife and mom for my kids in the future?" soal Syafiq dengan muka penuh berharap.

Dania terkejut. Dia mati akal. Tidak tahu nk cakap macam mana.

" I do know that I don't perfect enough, but i'll try my best to be the perfect one. I just need you to be my tree, my strength. Can you accept me into your life?" soal Syafiq lagi.

Dania menekup mulutnya. Mata dia berkaca memandang Syafiq. Kemudian kepalanya perlahan lahan mengangguk. 

" YEAY!!!" 

Syafiq bersorak disertai dengan yang lain. Dania memandang sekeliling. Tadi kosong je, sekarang ada pulak orang.

" Sa.. Saya minta maaf, Syafiq sebab selalu tak layan awak, buat awak ni stranger, saya fikir bukan bukan pasal awak. Saya betul betul minta maaf" Dania merintih. Kesal dengan perangainya yang tidak menghargai orang seperti Syafiq.

" It's Okay, sweetheart. Dan dalam sesebuah hubungan, akan hadir beribu dugaan dan cabaran. Saya harap, awak boleh tabah dan sabar setiap menghadapi segala dugaan tu bersama saya, boleh?" kata Syafiq beri ria.

Dania mengangguk. Mestila boleh. Dia akan cuba sebaik mungkin untuk mempertahankan hubungan mereka serta menghadapi segala duri dan onar yang akan datang. Itu tekadnya!

Akhirnya, hari yang dinantikan sudah tiba. Kelihatan sanak saudara dan rakan taulan sudah memenuhi perkarang dan dalam rumah Tengku Jefri.

Syafiq yang sudah segak berpakaian pengantin duduk bersila di kawasan tengah ruang tamu. Dari tangga kelihatan Dania yang cantik dan mempesona dengan busana pengantin berwarna putih menuruni tangga sambil diapit Tira dan Mira.

Lalu, Dania melabuhkan duduk di tengah ruang tamu.

"Boleh kita mulakan majlis akad nikah sekarang?" tiba tiba tok kadi yang sudah siap duduk bersila di hadapan Syafiq bersuara.

Wakil pihak pengantin lelaki dan perempuan serentak mengangguk. Tok kadi menyuakan tangannya di hadapan Syafiq untuk memulakan upacara akad nikah.

Syafiq menarik nafas dalam sebelum menyambut huluran tangan tok kadi. Tok kadi itu memandang wajah syafiq.

" Tengku Syafiq Zafran bin Tengku Jefri Habsyah"

" ya, saya"

"Aku nikahkan kau dikau dengan Reezora Dania binti Hamzar Rasyid dengan mas kahwinnya seutas rantai emas"

Syafiq menarik nafas panjang " aku terima nikahnya Reezora Dania binti Hamzar Rasyid dengan mas kahwinnya seutas rantai emas"

"Sah?" tanya tok kadi pada dua saksi kahwin.

"Sah!" jawab mereka berdua serentak. 

Tok kadi menguntumkan senyuman "alhamdullilah"..

Tok kadi membacakan doa dan memanjatkan kesyukuran pada yang Maha Esa.

Selesai pembacaan doa, Syafiq bangun lalu melangkah ke arah isteri yang baru dinikahinya. Dia menyarungkan cinicn silver yang dibeli mereka bersama. Dania menunduk lalu menyalam tangan suaminya. 

Lalu , mata mereka bertentangan. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui isi hati mereka. Alhamdullilah, akhrinya mereka telah sah bergelar suami isteri. Majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar sekali.

*

Dania melonjak gembira apabila melihat kawan baiknya. Dania meluru ke arah mereka.

Mereka bertiga berpelukkan. Ha.. ni lagi satu korang tak tahu pasal Dania. Dia suka sangat peluk orang. Manja. Anak bongsu kan...

"Rindunya aku dekat korang!" Dania memeluk mereka erat.

" Zo.. Zora, kitorang.. tak.. tak boleh er..bernafas" mereka berkata sambil menepuk nepuk perlahan lengan Dania.

Dania terkejut. Laju tangannya melepaskan pelukan. Mereka menarik nafas dalam. Mencari oksigen.

Dania tersengih " Sorry!" katanya.

Kemudian mereka bertiga ketawa. Selepas selesai sesi tawa menawa, mereka kembali menumpukkan perhatian pada Dania.

" Cantiknya, Zora... jeles aku. Hmm, pandai orang yang makeup kau ni. Tak nampak tebal langsung. Nampak netural je.. Suka la aku tengok" puji Sara girang. Suka sangat.

Dania tersenyum senang " haah, tadi waktu dia makeup aku pon, dia asyik puji kulit muka aku je. Dia kata, dia tak pernah lagi make up orang yang kulit dia macam aku" kata Dania sambil ketawa.

Mereka mengangguk. Tak mustahil juga. Dania memang lawa pon.

"Lawa wedding dress ni, kau beli dengan siapa? aunty? uncle?" soal Aina sambil memerhati kecantikan baju pengantin yang tersarung cantik pada tubuh Dania.

" Tak la, aku pergi dengan Syafiq" jawab Dania jujur.

Mereka tersenyum sinis " Apa? kenapa pandang aku macam tu?" soal Dania terpinga pinga.

" Aku tengok muka kau ni, bukan muka orang yang kena kahwin paksa tau. Tapi macam orang yang kahwin rela" kata Aina sambil mendekatkan wajah dengan wajah Dania.

Dania tersengih. Dia mati akal. Lupa yang mereka tak tahu dengan beritanya sekarang.

"Kau dah jatuh cinta dengan Syafiq, kan?"soal Aina sambil menjongketkan sebelah keingnya.

Lambat lambat Dania mengangguk. Sangkanya mereka akan ketawakan dia tapi tidak sama sekali.

" Yeka? Wow! happy nya aku dengar. Aku tumpang happy untuk kau" kata Sara gembira.

Dania tersenyum senang " thank you guys! that's why you are the only friends I have" kata Dania dengan sendu..

" Ehh! jangan nak buat drama swasta dekat sini, habis make up kau kang" Aina memberi amaran. Dania mengangguk. Dia kembali tersenyum....

VOTE!! THANKS!

The Only One That I Want [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang