抖阴社区

BAB 23

89 4 0
                                        

Masuk sahaja ke dalam fitting room yang agak besar itu, Kak Nurul terus memberikan baju kepada Dania dan Syafiq. Mereka berdua saling tidak mengetahui pakaian antara satu sama lain.

" ok lepas dah siap tukar, Syafiq yang akan keluar dulu baru la Dania. Korang tak boleh keluar serentak. OK?" Kata Kak Nurul dengan teruja sekali

"OK" balas mereka serentak. Kak Nurul tersenyum suka, dia tidak sabar untuk melihat pakaian yang telah dipilihnya untuk mereka tadi. Hampir 5 minit menunggu, Syafiq sudahpun bersuara

"Kak, saya dah siap tukar dah, saya keluar ke?" tanya Syafiq sambil membetulkan rambutnya.

" haa, boleh boleh. Dania jangan keluar pulak" laung Kak Nurul kuat, untuk memastikan Dania dapat mendengar dengan jelas. " Ha yela, Kak ." laung Dania kembali.

Syafiq keluar bersama tuxedo nya. Kak Nurul membuntangkan matanya, dia tak sangka pakaian yang dia pilih sangat sesuai dengan anak kawannya. Dia kagum dengan dirinya sendiri.

"err, kenape akak pandang Syafiq macam tu? teruk sangat ke rupa Syafiq?" tanya Syafiq gelabah. Kak Nurul hanya menggelengkan kepalanya sambil tanganya diangakat dan menunjukkan thumbs up. Syafiq yang lihat jari itu hanya tersenggih.

Dia pelik kenape kak Nurul tidak mahu mengeluarkan suaranya. Dia mengangkat sebelah keningnya sambil tangannya menunjukkan simbol 'kenape'. Apabila melihat jari Kak Nurul menunjukkan jarinya ke arah bilik fitting room Dania baru dia faham.

Kak Nurul tidak mahu Dania mengetahui kecantikkan dan kesesuain pakaian yang Syafiq pakai itu . 

Kak Nurul mengenyitkan matanya ke arah Syafiq sebelum bersuara " haih, pakaian kamu dah ok dah, tapi tu la, tak berape sesuai dengan badan kamu yang kurus ni. Haihh" kata Kak Nurul sedikit kuat, sengaja mahu bagi Dania dengar.

Syafiq yang mendengar hanya tersenggih sebelum menambah" hm.. yeke kak, tapi bagi saya ok je baju ni. Ala biar la buruk pon, bagi saya lawa je" kata Syafiq kuat. Mereka tahu Dania sedang mendengar kerana sudah lama bilik fitting Dania sunyi je.

" ha ok la macam tu, kalau dah tu yang nak. Dah kamu pergi la salin baju balik" kata Kak Nurul, dia membuat nada kecewa, sebelum tersenggih jahat . Dia menolak Syafiq masuk ke dalam semula ke dalam bilik fitting nya.

" Ok Dania, now it's ur turn to come here" jerit Kak Nurul.

Dania menjenguk kepalanya sebelum keluar daripada  bilik tersebut. Sekali lagi Kak Nurul membuntangkan matanya. Dia tersenyum dalam diam, dia percaya dengan jodoh anak kawannya itu. Mereka kelihatan sedondon sekali di matanya. 

" err, kenape Kak?" tanya Dania perlahan. Dia tak selesa apabila dia yang hampir berperwatakkan lelaki ini, kini mengenakan dress yang cantik dan lawa.

" Hmm, Dania. Akak tengok pakaian ni macam tak sesuai je dengan Dania. Lagi lagi dengan perwatakkan dan perangai Dania sekarang ni." kata kata Kak Nurul membuat Dania tergamam sebelum mengeluh kelegaan. Selepas Kak Nurul membisikkan kata kata kepadannya, barulah dia faham bahawa ini semua permainan untuk mengenakan Syafiq.

Dania tersenyum jahat" laa yeke, Kak? Hmm, kalau macam tu nak buat macam mana lagi? Dania dah malas la nak tukar pakai baju ni. Biar la orang nak cakap ape pon, i dont care at all" kata Dania, turut menggunakan nada kecewa. Kak Nurul sekali lagi mengenyitkan matanya dan membuat jari thumbs up kepada Dania. Dia suka melihat Dania yang sekarang ni, jika Dania berpakaian macam ni, orang takkan tahu perangainya yang sebenar. Kerana dia kelihatan ayu dan mempersonakan sekarang ni.

Baju itu betul betul perfect dengan badan Dania. Pinggannya yang ramping dan badannya yang kurus dan tinggi membuatkan dia kelihatan lebih cantik. 

"Dah la, Dania pergi la tukar baju tu dulu" kata Kak Nurul dan menolak Dania masuk kedalam biliknya tadi. Apabila mendegar pintu bilik pakaian Dania tertutup, Syafiq pula yang keluar dari biliknya. Dia sudah pon menukar kepada pakaian asalnya.

Dia mendekati kak Nurul "erm, kak Nurul" tegur Syafiq perlahan.

Kak Nurul memandang Syafia "Ye, Syafiq. Kenape? ada masalah dengan baju yang akak pilih tu ke?" tanya Kak Nurul cemas

" bukan tu, cumaa..." Syafiq tidak menyambung ayatnya. 

"cuma ape Fiq? cakap la" pujuk Kak Nurul

" Syafiq kalau boleh nak mintak akak sesuatu" 

Kak Nurul mengerutkan dahinya"apa dia Fiq? Jangan buat akak berdebar"

" err, Fiq nak minta akak, supaya jangan cakap macam tu lagi dekat Dania" minta Syafiq perlahan. Kini mereka berjauhan daripda bilik di mana Dania menukar pakaiannya

"Cakap ape Syafiq? akak tak faham la, cuba straight to the point terus" pujuk Kak Nurul lagi

"Ok, Syafiq nak mintak supaya akak jangan la cakap perangai or perwatakkan Dania tu seperti lelaki, ape pon yang dia buat, dia lakukan or anything dia tetap perempuan. Syafiq tak suka dengar akak cakap macam tu dekat dia. Bukannya dia sengaja pon nak berperwatakkan macam tu, tapi ade la sebabnya. Syafiq minta maaf tegur akak macam ni, tapi Syafiq memang tak suka kalau ade orang cakap mcam tu pada Dania" jelas Syafiq panjang lebar. Mukannya kelihatan serius sekali.

Hatinya sakit apabila orang mengata Dania seperti itu, walaupon dia tahu Kak Nurul hanya bergurau. Dia sudah bertekad, lepas sahaja dia bertunang dengan Dania, dia akan pastikan tiada sesiapa pon yang mengata tunangnya sebegitu. Dia mahu melindungi dan menjaga tunangnya dengan baik dan selamat.

Kak Nurul tersenyum lebar, tak pernah pernah dia nampak Syafiq serius ini dengannya."Baiklah, Syafiq. Akak minta maaf, akak janji tak buat lagi." Syafiq tersenyum senang.

"Terima kasih ye, Kak. Ha, alang alang tu saya bayar sekali la. Bayar sekali dengan Dania punya. Berapa ye kak?" Tanya Syafiq, dia sudah membuka dompetnya dan mengeluarkan kad kreaditnya.

Selesai sahaja membayar, Dania pon tiba dengan sehelai beg plastik di tangannya. Baju yang dipakainnya tadi telahpon dibungkus dan dimasukkan kedalam beg plastik tersebut. Sama juga seperti Syafiq, tuxedo yang dipakainya tadi telahpon berada di dalam beg plastik yang di bungkuskan oleh pekerja di situ

"dah selesai?" tanya Syafiq kepada Dania

" Dah! Settle!" Dania tersenyum gembira. Now she feel like over the moon.

" Ok, jom." kata Syafiq sambil menarik lengan Dania

"ehhh, sabar la. Awak fikir dress ni free ke ape? saya tak bayar lagi la" marah Dania, sambil cuba melepaskan tangan Syafiq pada lengannya. Syafiq yang mendengar hanya tersenyum sebelum menarik kembali Dania untuk menujuk ke arah keretanya.

VOTE!! THANKS!

The Only One That I Want [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang