抖阴社区

Bab 28

95 3 1
                                        

Tepat pada pukul jam 8 malam Syafiq berada di kondo milik Tasya. Syafiq menelefon Tasya untuk memberitahu ketibaannya.

" Hello, assalamualaikum. Tasya, I dah sampai ni. You dah siap ke belom?"

"Ouh, okey. Sabar, kejap lagi I turun" ceria betul Tasya membalas. Syafiq terus memutuskan panggilan. Dia tak tahu kenape mood nya jadi sebegini. Perasaan seperti mahu membatalkan sahaja idea untuk kelaur bersama Tasya.

Dia hairan. Sewaktu dia keluar dengan Dania, dia rasa seronok je. Sampai rasa taknak balik. Hmm..

Tiba tiba seseorang mengetuk pintu cermin keretanya. Dia melihat Tasya sedang melambaikan tangannya. Syafiq membuka lock pintu kereta.

" Hai, sorry... Lama ke U tunggu ?" soal Tasya

" hmm.. takde la. Ok jom kita gerak" balas Syafiq acuh tak acuh.

Dalam kereta Tasya banyak bercakap manakala Syafiq hanya memberi komen sahaja. Tidak beberape minat untuk menyampuk. Dia lebih selesa untuk mendiamkan diri.

Sampai sahaja ke detinasi, mereka berjalan masuk bersama. Kalau lihat dari jauh, macam pasangan kekasih.

" U nak pergi mana ni?" tanya Syafiq.

Automatik Tasya menarik tangan Syafiq. " I nak pergi tengok baju dekat kedai ni lah, nanti U tolong tengokkan cantik ke tak untuk I ehh" kata Tasya riang. Syafiq hanya tersenyum nipis sebelum mengangguk.

Dia tidak mahu merosakkan mood Tasya sekarang. Lagipon dia juga yang bersetuju untuk menemani Tasya shopping.

" U duduk dulu, I nak cari baju kejap. Okey? "

" okey "

Syafiq memerhati sekeliling sambil menunggu ketibaab Tasya. Apabila dia mula bosan, Syafiq bangun dan membelek baju di situ. Sengaja dia buat begitu supaya di dapat mempelajari pemakaian wanita. Dia tahu la sikit sikit sebab dia kan ada dua orang adik perempuan.

Kadang kadang dia lah yang akan teman mereka jika mereka mahu keluar. Sebab itulah dia tidak terlalu keberatan untuk menemani Tasya.

Tetapi adik perempuannya jarang ber 'shopping' dengannya. Selalunya bila mereka mahu tengok wayang ke, pergi makan ke beli barang ke barulah dia ikut sekali..

" Syafiq, cantik tak baju ni untuk I?" Tasya menayangkan sebuah baju blouse tanpa lengan di hadapan Syafiq.

Syafiq mengangguk " okey je, kene dengan kulit U yang cerah "

Tasya tersenyum suka " kan? Ok I nak pergi try kejap, U tunggu tau". Syafiq hanya mengangguk

Dia kagum dengan pilihan Tasya. Sebagai seorang model, Tasya kena la belajar untuk mencari baju yang cantik dan sesuai dengan dirinya. Tak semestinya kene seksi je..

Setelah selesai memilih baju. Tasya menarik Syafiq untuk masuk ke kedai yang lain pula.

Kalini, Syafiq berada di sisinya ketika dia memilih baju. Bosan katanya duduk menunggu.

" Syafiq, yang ni pulak? Ok tak? I rasa macam tak kan? sebab warna dia gelap, nanti nampak murung je" Tasya tanya, Tasya jawab. Syafiq hanya meng iyakan sahaja.

Seorang staff disitu yang setia menemani mereka dari mereka masuk hingga sekarang membuka mulut.

" Ni siapa? Boyfriend miss ye? sangat kene la untuk korang berdua. Bagai pinang di belah dua" puji staff tu sambil tersenyum manis.

Belum sempat Syafiq hendak membalas, Tasya terlebih dahulu menyampuk.

"Ouh, yekee? Thank you so much" balas Tasya riang. Syafiq membulatkan matanya. Sebelum dia teringat yang Tasya belum tahu lagi tentang pertunangannya. Syafiq hanya tersenyum hambar.

Selesai membuat pembayaran. Mereka keluar dari kedai itu. Tasya tersenyum puas apabila melihat baju yang dibelinya tadi.

" Tasya, kenape U cakap macam tu?"

" Cakap ape? kita banyak sangat cakap la tadi, yang mane satu ni?" Tasya cuba berjenaka.

"Kenape U cakap macam tu dekat staff tadi, I dengan U kan kawan je. Tak lebih dari tu. Tapi kenape U cakap macam tu?" soal Syafiq serius

"Ouh, yang tu. Kenape? tak boleh ke? kalau bukan sekarang, mane tahu jadi pada masa depan ke" kata Tasya manja.

Syafiq mengeluh" mane boleh, U tak tahu I siape. Kita bukannya kenal sangat pon. U tak tahu dengan siapa I sekarang. I tak suka U cakap macam tu. Lain kali jangan cakap lagi" tegas Syafiq memberi amaran.

Pantas Tasya mengangguk, dia tidak mahu merosakkan keadaan. Tetapi dia agak terasa dengan Syafiq " ok ok, I tak cakap macam tu lagi, tapi kenape U tak suka eh?" soal Tasya hairan. Tetapi Syafiq buat tidak dengar sahaja.

Apabila terasa sudah agak lama mereka bersiar siar, Syafiq melihat jam tangannya. Jam telah menunjukkan pukul 9:25 malam.

" Tasya, I akan hantar U balik sebelum  pukul 10 tau. Tak manis pula kalau anak dara keluar malam malam"

Pada mulanya Tasya mahu membantah, tapi bila Syafiq dah cakap macam tu terpaksa la dia mengalah.

" Now, jom pergi makan. I dah lapar la" Syafiq mengangguk dia pon dah lapar juga.

Mereka berjalan bersama sama masuk ke dalam sebuah restorant. Setelah memesan makanan, Syafiq dan Tasya hanya berbual kosong. Dalam 15 minit menunggu, akhirnya makanan yang dipesan sampai. Mereka menjamah dengan penuh berselera.

" yummy! sedapnya spaghetti ni, Syafiq" kata Tasya, menikamati ke enakkan makanannya. Syafiq hanya tersenyum.

Setelah selesai menjamah. Syafiq berdehem sebelum mula berbicara.

" Tasya, I nak bagi tau U something ni.  Sebebarnya dari dulu lagi I nak bagitau. Tapi I tak sempat nak bagitahu U" kata Syafiq serius.

" Uishh, what is it? It seems serious"

" I sebenarnya tunang orang"

" you... whhat?!" kendengaran suara Tasya separuh menjerit. Tidak di hiraukan pemandangan orang lain terhadapnya.

" Yes, I dah bertunang. Tak lama lagi I akan jadi suami orang. I nak minta maaf kalau I dah buat U jatuh cinta pada I" kata Syafiq serba salah.

Tasya terkedu .Terkesima. Tergamam. Dia tak sangka, Syafiq sudah menjadi hak milik orang lain.

Tasya tersenyum sinis " ouh, no wonder la kenape tak bagi I cakap yang U boyfriend I. Dah bertunang rupanya. Huh, kenape tak cakap je waktu tu. Boleh kite terus balik. Tak payah nak makan semua" kata Tasya geram.

Syafiq diam. Dia taknak keruhkan lagi keadaan " U dah habis makan? Jom la kita balik, sekarang dah pukul 9:50 dah" ajak Syafiq

Tasya tercengga" U ni kan, I tengah merajuk bukannya nak pujuk. Eyy, benci la macam ni" Tasya bangun kemudian menghentak kakinya. Syafiq hanya menggeleng sahaja.

Semasa dalam perjalanan pulang, mereka banyak mendiamkan diri sahaja.

'hmm agak agaknya perempuan yang aku jumpa dekat Ice Skate hari tu tunang dia ke eh? Kalau yee, aku tak berapa cam la mukannya. Haihhh.. tk boleh jadi ni, aku kene cari juga tunang Syafiq tu'  desis Tasya dalam hati

' Huh, dasar perampas! Tunggu la wahai tunang Syafiq. Aku akan cari ko' tekad Tasya seorang diri.

VOTE!! THANKS!

The Only One That I Want [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang