抖阴社区

Bab 50 - THE END

313 5 0
                                        

Terbakar hati Dania apabila melihat figura Tasya. "Kau buat apa dekat sini? Siapa yang invite kau datang sini?" tengking Dania. Sedaya upaya untuk mengawal suaranya.

Tasya mengeluh " akak tahu, akak salah. Akak pergi goda tunang Dania. Tapi sumpah akak cakap! akak tak tahu langsung yang dia tu tunang adik. Kalau akak tahu, dah lama akak tak kacau dia" terbit rasa kesal dalam dirinya. Memamg salah dia pon, sebab dia dah tahu Syafiq ni sudah mempunyai tunang, tapi syaitan telah berjaya menghasutnya untuk menepikan pasal status Syafiq.

Dania diam. Masih lagi tidak percaya dengan kata kata Tasya sepenuhnya.

Tasya menghelahkan nafas berat. " akak tahu akak dah buat silap besar, dan akak menyesal sangat sangat. Dania tolong la maafkan akak" rayu Tasya bersungguh sungguh.

Dania diam, dia menunduk. ' kau kena maafkan dia. Ni bukan salah dia seorang, salah kau jugak sebab tak bagitahu pasal tunang kau. Nak berahsia sangat" kata satu suara dalam akal Dania.

Tiba tiba Syafiq mucul. Dia juga terkejut melihat figura Tasya yang ada di hadapan isterinya. Laju kakinya mendapatkan Dania.

"You buat apa dekat sini, Tasya?" soal Syafiq dingin.

Tasya tersenyum payah " bagus la korang berdua dah ada dekat sini, I ada sesuatu nak cakap dengan korang berdua"

Syafiq memandang ke arah Dania yang diam sahaja. " Apa dia?"

Tasya menoleh memandang sekeliling. Sepeti sedang mencari cari.

"Cari apa?" soal Dania.

Baru sahaja Tasya hendak menjawab, tiba tiba Iqram muncul. Lelaki itu mendekati Tasya, lalu berdiri disebalahnya. Dia mengengam tangan Tasya, cuba menyalurkan kekuatan buat gadis itu.

Syafiq dan Dania tercenga. Mereka berpandangan. Hairan melihat tingkah laku Iqram.

"Dania, Syafiq? panggil Tasya

Mereka mengangkat kening serentak.

"I nak minta maaf atas segala kesilapan yang I dah buat. I tahu, I tak sepatutnya jadi orang ketiga dalam antara korang berdua. Disebabkan cinta, I kalah dengan hasutan syaitan. Disebabkan cinta juga I sanggup bertindak gila." kata Tasya beria ria.

Syafiq tersenyum " dahlah, cukup! benda dah lepas pon, usahlah dikenang. Buang yang keruh ambil yang jernih. Asalkan you ikhlas minta maaf dan betul betul dah berubah. Itu yang penting" balas Syafiq bagi pihak merek berdua.

Tasya melepaskan nafas lega. Dia memandang Dania. " Dania maafkan, akak?" soal Tasya penuh berharap.

" Dania maafkan akak" jawab Dania. Dia tersenyum nipis.

Tasya melompat riang " Thank you so much! You really have a good heart, Dania" ujar Tasya. Ikhlas.

" Come here" Tasya memanggil Dania sambil mendepakan tangannya. Mereka berpelukkan. Dania telah menganggap Tasya ni seperti kakaknya sendiri. Sebab tu dia terlalu kecewa dengan Tasya.

Pelukkan dileraikan. Syafiq menoleh ke tangan Iqram dan Tasya yang masih lagi bersatu. Terdetik sesuatu di akal fikirannya.

" Korang berdua ni ada apa apa, ya?" soal Syafiq yang sudah tidak tahan lagi berfikir. Lebih baik dia tanya. Lagi senang.

Iqram tertawa. Dia mengusap belakang tengkuknya.

" Err.."

"Akak couple dengan Iqram ke?" soal Dania. Malas mahu berselindung lagi.

Tasya tidak jawab, dia hanya menundukkan kepalanya sahaja.

" Iqram? any explanation?" tegur Syafiq.

Iqram tersenyum penuh makna. " Yelaa, kitorang memang dah couple pon"

Syafiq dan Dania berpandangan. Mereka tersenyum suka. Syukurlah.. Akhirnya Tasya menemui penggangti dirinya. Dia tumpang bahagia untuk gadis itu.

***

Dania berdiri di balkoli. Dia berpeluk tubuh. Suasana malam yang dingin itu telah menyejukkan dirinya. Sesekali terasa desiran angin malam yang menampar tubuhnya.

Tiba tiba, ada satu tangan sasa yang memeluknya dari belakang. Dania tersenyum bahagia. Tak perlu teka siapa dibelakangnya. Bau maskulin Syafiq sangat dikenalinya.

Dania menolehkan kepalanya memandang Syafiq. " abang nak apa?" soal Dania lembut. Dia mengusap rambut lebat suaminya.

Syafiq tersenyum. Suka dimanja oleh sang isteri. " takde apa. Tadi abang cari satu permata ni sekeliling rumah, tapi tak jumpa. Rupa rupanya permata tu ada dekat balkoni ni" ujar Syafiq sambil mengeratkan lagi pelukannya.

Dania ketawa kecil, dia tahu permata yang dimaksudkan adalah dirinya. " Ora tak pergi mana mana lah, bang. Ada je dekat sini. Abang jangan la risau" ujar Dania lembut.

Syafiq melentokkan kepalanya di bahu Dania " mestilah la abang risau. Takut Ora lari tinggalkan abang." kata Syafiq dalam nada sedih.

Sekali lagi Dania tergelak. Dia pusing menghadap suaminya. Kedua dua pipi suaminya dipegang "abang ni banyak sangat fikir la. Ora takkan tinggalkan abang. Dont worry, Okay?" Dia mengucup lembut pipi suaminya.
Dia cium tepat tepat kena pada lesung pipit suaminya.

Dia mengusap pipi Syafiq "actually, I love to see your dimples. It makes your face cute" kata Dania jujur.

Syafiq tergelak "seriously, sayang?" soal Syafiq gembira. Dania hanya mengangguk sahaja. Mulutnya terukir senyuman yang khas buat Syafiq sahaja.

"Janji jangan tinggalkan abang?" Syafiq mengeluarkan jari kelingkingnya. Buat pinky promise bersama isterinya.

Dania menyambut jari Syafiq dengan jari kelingkingnya juga. " Yes, I promise. Cause you're the only one that I want" balas Dania.

Syafiq menarik Dania dalam pelukan. Sungguh, kebahagian dia sekarang ni tak akan jadi tanpa Dania di sisi. Dia benar benar mencintai gadis dihadapnya ini.

"I love you, sayang" ucap Syafiq sambil mengucup dahi isterinya.

" I love you more..."

VOTE!! THANKS!

THE END

Thank you so much guys yang support cerita ni!

Saya minta maaf sangat sangat kalau cerita ni buat korang bosan, marah, annoyed and everything.

Story ni saya buat atas imaginasi saya sendiri.

Maaf juga kalau korang rasa cerita ni sama dengan novel novel lain.

BYE! AND THANK YOU SO MUCH! LOVE U ALLS

The Only One That I Want [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang