Jihoon POV
Aku tinggalkan Mijoo di belakang dan berjalan seperti biasa walaupun kaki aku sakit
Ayat Mijoo tadi buat mata aku berair,
"Mana kau punya hormat terhadap perempuan?!"
Tak. Tak, aku bukannya nak menangis. Mata aku masuk habuk tulah mata aku berair
Ayat dia... Ssup---- sampai babi pun boleh terbang
Haish, sampai bila kau nak jadi macam ni Jihoon? Kau tak penat ke?
Mama kau yang di rumah. Yang risau sangat kepada kau. Kau langsung tak ambil kisah. Kau lawan cakap dia adalah
Sekarang. Mijoo lagi? Tak puas ke yang haritu kau marah dia masa dendaan, di supermarket dan tadi?
Sampai bila aku nak macam ni wahai Park Jihoon?
Nak tunggu dia datang balik dan perbodohkan kau? Kau nak habiskan air mata kau kepada benda yang tak penting?
Aku dah sampai di depan rumah, aku menekan loceng rumah. Dan yang buka pintu mama aku. Aku ingatkan pembantu?
"Jihoon? Kenapa? Kenapa kamu menangis?" tanya mama risau dah datang ke arah aku
"Aku tak nangislah, ada habuk masuk mata aku" kataku dan menolak mama dengan lembut
Aku masuk ke rumah dan ke dapur untuk ambil makanan ringan dan snack. Lalu aku ke bilikku di tingkat atas. Naik tangga pun menyusahkan aku sekarang lebih-lebih lagi kaki aku yang sakit ni
Aku masuk ke dalam bilikku dan meletakkan semua makanan tadi di atas meja belajar. Benda yang pertama yang aku nampak dalam bilik aku ialah patung.
Patung comel yang sedang tersusun di atas katil. Aku mengeluh apabila aku nampak patung penguin di hujung kiri katilku.
Wahai Park Jihoon, sampai bila?
Sampai bila kau nak ingatkan dia?
•••
Jam di mejaku berbunyi dan menandakan sekarang pukul 6 pagi. Tinggal 2 jam lagi masuk sekolah
Aku bangun dengan perlahan. Aku mengerakkan kedua-dua kakiku. Nampaknya, dah nak ok ni
Aku cuba berdiri. And jengjengjeng.. Aku boleh berdiri dengan biasa! Aku boleh jalan dengan biasalah ni kan?
Aku tersenyum bangga. Jadi tak perlulah aku pakai tongkat tak guna tu :3
Baru sahaja aku membuka langkah nak berjalan. Kaki aku sakit balik
Lahanat. Aku ingatkan dah baik.
Aku ke tandas dengan perlahan-lahan dan buat apa yang patut untuk sekolah
Aku turun ke bawah dan ke dapur untuk ambil sarapan. Mama agak terkejut sebab ini mungkin kali pertama nampak aku bangun dan siap awal
Mama senyum lalu memberi sarapanku. Aku mula makan.
I like food <3
Habis sahaja aku makan, aku masuk ke dalam kereta. First time bhai aku makan sampai kenyang. Selalunya tak
Akhirnya aku sampai di sekolah. Dan pintu dibuka oleh pembantu driver. Aku keluar dengan perlahan-lahan sebab aku tak bawa tongkat
Aku melihat jam di tanganku, jam 7:10 pagi. Err, awal sangat ke?
Aku menoleh ke belakang dan ambil beg sekolahku. Mereka berdua menunduk hormat kepadaku. Lalu aku masuk ke sekolah dengan perlahan dan menuju ke kelas

ANDA SEDANG MEMBACA
Introvert Wink Boy | park jihoon
Fanfiction"Pendiam? Pemalu? Tapi pandai pikat hati semua orang dengan wink atau kecomelan dia? Pftt lol tak mungkin" Start : 13 June 2017 Publish : 18 Feb 2018 Complete : 12 Oct 2019 #7 in parkjihoon [1/12/2018] #1 in kpopstory [21/12/2019] #3 in produce101se...