Mijoo POV
Kami berdua sampai di cafe Daniel. Baru sahaja aku nak tolak pintu cafe tu seseorang sudah menariknya dari dalam
Ternyata ia abang aku. "Kau dengan adik aku pergi mana tadi?" soal Daniel menjengkit keningnya
"Urm" Baejin tidak memandang aku sebab muka Daniel sekarang memang marah. "Tak ada apalah. Dia minta pertolongan aku saja" kataku dan menolak masuk Daniel
Kami bertiga masuk dalam cafe. Dorang makan makanan yang cafe ni jual di meja. "Kenapa korang semua tak masuk dalam bilik VIP" tanyaku berjalan menuju mereka
"Bersepah. Minhyun hyung tadi mengamuk" kata Sungwoon sambil makan cake
Disebabkan aku paling depan dan lambat berjalan, Daniel yang dibelakangku menolak aku dengan kasar :) dan menyebabkan aku tersadung dan terpijak kaki seseorang
"Mianh-"
"SAKITLAH TAK GUNA!"
Kami semua di situ terpaku. Minhyun yang baru keluar dari bilik VIP dengan 2 plastik sampah yang besar, terbeliak matanya seperti telur. Jisung yang dari tadi bersuapan dengan Jaehwan juga terhenti. Sungwoon si pendek dari tadi makan kek juga terbatuk. Guanlin dan Woojin yang sibuk bergaduh dan berebut marshmello itu sampai plastik marshmello itu terkoyak. Daehwi yang menyalin nota, terjatuh dari kerusi. Ong yang ingin mencuri cupcake, berjaya dibuatnya. Baejin dan Daniel terpaku di belakangku
Siapa lagi kalau bukan si Park Jihoon?
Keadaan sekarang amat mengejutkan. Tiada satupun yang bercakap. Semua di sini terpaku dan terkejut memandang kami berdua
Aku pandang Jihoon, mukanya amat merah sekarang lalu dia memandang aku dengan tajam. "Saya tahu yang awak pijak, tapi kenapa nak pijak lagi?" tanya Jihoon dengan dingin sambil memandang kaki
Aku memandang kakiku. Kakiku masih memijak kaki Jihoon. Mampus
Aku segera mengalihkan kaki dan menunduk hormat kepadanya. "Saya minta maaf. Saya tak senga-"
"Diamlah. Semua benda yang kau buat tak sengaja. Kaki aku nak pulih ni. Yang hari-"
Jihoon berhenti bercakap dan memandang mereka semua. Mukanya sekali lagi menjadi merah. Dia menunduk ke bawah lantai.
"Wooooohooooo"
jerit Jaehwan dan menepuk tangan dengan laju. Sah ni first time dia nampak orang bergaduh. Daniel membaling cup kosong ke kepala Jaehwan dan menyebabkan Jaehwan berhenti. Aku tak tau dari mana Daniel dapat cup tu
"Aku balik dulu" kataku dan memandang Daniel. Belum sempat Daniel balas, aku telah meninggalkan cafe tersebut dan berjalan ke mana kaki aku membawa
Sampai satu tempat, kaki aku berhenti berjalan. Aku pandang sebelah kiriku iaitu store 24 jam. Jam tangan di tangan kananku aku jeling sekilas, menunjukkan pukul 4:43 petang. Belum masuk waktu maghrib jadi boleh aku singgah sekejap
Aku menolak pintu kaca dan menandakan bunyi. Bisinglah wei. Aku pergi ke tempat ramen, dan aku memilih ramen yang aku suka iaitu cheese hot ramen. Aku tersenyum melihat bowl ramen itu dan pergi ke kaunter untuk membayarnya
Tiba-tiba seseorang meletakkan banana milk di sebelah ramenku, "Satu kali bayar. Ni perempuan yang bayar."
Terbeliak mataku seperti mata Minhyun tadi. Siapa ni wei lahanat betul suruh aku bayar. Aku memandangnya,
dan
HAHAHAHAHAHA ADA PULA HANAT SORANG NI
"Apa pandang-pandang? Aku tahu aku handsome" katanya sambil wink. Yes, dan ia Jihoon
Aku teringat akan kata-kata Baejin sebelum ini. Dia pandai pikat hati perempuankan? Serius duh aku langsung tak terpikat. Cashier perempuan aku ni pula tersengih macam monyet
Jadi aku terpaksa bayar satu kali banana milknya juga. Sekali pandang banana milknya aku teringat yang dia kenakan aku itu hari
Kalau kenakan balik, tak apa kan?
Habis bayar, aku mengambil plastik yang berisi ramen dan banana milk dengan laju. Aku ke tempat air panas dan buat apa yang patut. Dari hujung mata, aku boleh tahu yang Jihoon dibelakangku dan pandang beg plastikku
Selesai letak air panas, aku membawa bowl ramenku ke tempat duduk. Senang cerita, korang pernah pergi ke 7Eleven kan? Ha k bai
Aku mengambil tempat bersebelahan tingkap. Jihoon juga ikut lalu duduk di sebelah ku. Apa motif dia ikut aku?
Sebelum aku makan ramen, aku mengambil banana milk dari plastik tadi. Aku boleh nampak mata Jihoon bersinar-sinar dan dia juga senyum seperti budak-budak. Senang juga kenakan dia ni 😂
Aku cucuk(?) straw banana milk dan mula minum. Senyuman Jihoon yang ceria tadi mati. Aku pandang dia dan bagi smirk. Siapa suruh kenakan aku itu hari
Tiba-tiba aku terasa sesuatu yang panas di bahagian muka kananku. Apahal tiba-tiba panas? Aku bukannya demam kot? Kalau matahari, aku memang dah pakai sunblock SPF 50. Tapi tak mungkinlah? Matahari sekarang di bahagian kiri aku? Aku memandang ke kanan dan
Oh La la. Its Jihoon. And wtf muka kami terlalu dekat macam tu hari masa aku nak lekat plaster di bahagian hujung mulut dia.
And ini kali kedua hidung aku bersentuhan dengan Jihoon. Aku just nak cakap-
KETAHIAN APAKAH INI ??!!
--------------------
unsksbfkqndknajdwkayy halu ?
sorry klau chapter ni bosan 😂, actually bnyk idea tpi nda tau mcam mna nak write 🌚
hope yall enjoy and dont forget to VOTE and COMMENT ♡
p/s : sis tak suka silent readers HAHA

ANDA SEDANG MEMBACA
Introvert Wink Boy | park jihoon
Fanfiction"Pendiam? Pemalu? Tapi pandai pikat hati semua orang dengan wink atau kecomelan dia? Pftt lol tak mungkin" Start : 13 June 2017 Publish : 18 Feb 2018 Complete : 12 Oct 2019 #7 in parkjihoon [1/12/2018] #1 in kpopstory [21/12/2019] #3 in produce101se...