抖阴社区

2.3

355 37 1
                                    

Mijoo POV

Deii... Seya sayang yini driver. Aku menunduk hormat kepada driver di depan dan membuka pintu kereta lalu keluar

Nasib dah sampai di sekolah. Kalau tak, mesti Jihoon sudah mulakan perang mulut tadi

Oh? Baru aku perasaan muka dia sudah elok

Aku masuk ke dalam kawasan sekolah. Aku buat muka selamba dan teruskan berjalan. "Woi budak!" jerit pacik securiti. Hurmmm

Tanpa membuang masa aku ke pondok ke securiti. Ada juga murid yang datang lambat sekali dengan Jihoon dan Woojin. Batang hidung Daniel langsung aku tak nampak. Dia sudah terselamat

"Ha, kamu yang lain boleh masuk ke kelas. Kamu bertiga sini, tulis nama" kata pacik securiti dengan tegas dan duduk. Woojin menulis namanya dan diikuti dengan aku dan Jihoon

Kami bertiga menunduk hormat kepada pacik securiti. Pakcik securiti tu tersenyum bangga sampai nampak gigi. Mesti first time dia dapat kena hormat

Dan kami bertiga masuk ke hall sekolah. Aku rasa tak perlu ke locker jadi aku meneruskan perjalananku. Belum sempat kami bertiga berpecah untuk masuk ke blok kelas masing-masing, seorang perempuan memanggil kami

"Kamu bertiga! Tunggu!"

Kami bertiga serentak menoleh ke belakang. Perempuan itu berlari ke arah kami dengan ayu. Rambutnya terurai itu terbang ke kiri dan ke kanan. Tangannya di atas kepala untuk mengelakkan matahari terkena pada kulit mukanya

Fuh---

"Hai!" katanya dengan ceria dan pandang kasutnya. "Maaf. Tapi saya pelajar baru. Korang bertiga tahu tak kelas saya? Sekejap" sambungnya lagi lalu mengambil kertas dari poket blazernya. Mungkin kertas tu tertulis kelasnya.

"Nah" katanya dengan gembira. Kertas tu masih di tangannya dan dia masih belum buka untuk kami bertiga lihat.

Tapi masalah sekarangnya ni, dia dari tunduk lihat kasut dia. Terlampau pemalu betullah. Muka dia pun aku langsung tak nampak dengan jelas

Dari hujung mata kiriku, aku boleh nampak tangan Jihoon mengumpal penumbuk since dia di sebelah kiriku

Akhirnya perempuan itu mengangkat mukanya. Mataku terbeliak. Mataku bertembung dengan dia

"Eh? Bukannya awak chingu Bae Ji-"

"Errrr hai Seulbin!" kataku cemas sambil senyum kepadanya. Seulbin memandangku dengan pelik. Mungkin sebab sekarang aku dengan 2 lelaki. Seulbin mengalihkan pandangannya dari aku ke Jihoon dan Woojin

Mata Seulbin agak terkejut sedikit. Dan dia mula senyum. "Hai! Lama dah kita tak jum-"

Belum sempat Seulbin habiskan ayatnya, Jihoon sudah menoleh ke depan dan mula berjalan ke blok kelasnya. Woojin pandang aku, Seulbin dan Jihoon bersilih ganti

Woojin menunduk hormat kepada kami berdua. Sempat juga Woojin senyum dan lambai kepadaku. Lalu dia berlari anak ke arah Jihoon

Aku memegang leherku dan bagi senyuman awkward kepada Seulbin. "Hehe, mianhae. Tapi saya nak ke kelas saya" kataku dan berlari memecut naik tangga ke kelasku. Seulbin, aku tinggalkan

Matilah aku.

•••

Dannnnnnnnnn-----

Seperti biasa, bunyi loceng kedengaran menandakan waktu rehat. Aku mengemas barangku dengan laju sebab aku nak jumpa dengan Baejin

Baru sahaja aku nak keluar dari kelas, guru disiplin tahan aku. "Kang Mijoo? Nanti waktu pulang ke kelas tahanan. Detention" katanya dan berlalu pergi

Aku melihat guru disiplin berlalu pergi. Sekali lagi, belum sempat aku nak keluar, seseorang menahan aku. Lai Guanlin

"Jom ke kantin sama-sama" kata Guanlin dan menarik lenganku ke kantin.

Dalam perjalanan ke kantin, nasib baik kami berdua terserempak dengan Daehwi dan Baejin. Aku berlari ke sebelah kanan Baejin

"Woi" tegurku

Baejin memandang aku, "Apa?" katanya. "Awak tahu tak Lee Seulbin tu sekolah sini?" soalku. Baejin agak terkejut, "Seriuslah wei?" katanya lagi

Aku angguk. "Jadi, budak perempuan hot dorang kata tu Lee Seulbin lah?" sambungnya lagi dan muka dia menunjukkan dia betul-betul tidak percaya

Aku pun tak percaya sebenarnya. Sebab, pertama aku langsung tak tahu yang dia pelajar baru di sekolah ini. Kedua, aku langsung tak percaya yang aku ingat nama dia

"Jadi macam mana ni?" tanyaku risau. "Kita act like couple lah" kata Baejin dan pandang aku. Guanlin dan Daehwi dari tadi pandang kami berdua dengan pelik

"Act like a couple? Awak gilakah? Daniel pun tak tahu pasal ni. Habis aku kena ikat di pokok kelapa oleh dia"

Baejin angguk, mungkin betul juga apa yang aku cakap. Daniel tak pernah bagi aku couple couple ni sebenarnya. Tulah pasal aku ada crush kepada Woojin tanpa pengetahuan daripada mereka semua. Terutamanya, Daniel.

"Macam ni. Apa kata awak ke rooftop? Saya ke kantin, saya akan ambil makanan saya dan awak?" kata Baejin perlahan dan pandang aku, takut dua ekor tu dengar

Aku bersetuju dengan Baejin. "Guanlin! Daehwi! Kamu berdua ke kantin dan makanlah dulu. Aku ada urusan" kataku

Guanlin dan Daehwi pandang aku dengan pelik, mudahan-mudahan dorang percayalah. "Ok" kata Daehwi dan membuat sign tangan 👌🏻. Mereka bertiga meneruskan perjalanan mereka ke kantin

Aku menuju ke rooftop dan menaiki tangga ke atas. Sebelum aku membuka pintu rooftop, aku tengok keadaan sekeliling. Nanti ada guru disiplin atau junior, habislah aku. Junior di sekolah ni mana boleh dipercaya

Nampaknya keadaan ok. Aku menolak pintu, dan sekarang aku di rooftop. Aku tahan pintu rooftop dengan kerusi kayu yang terbiar

Sekarang, hanya tunggu Baejin datang dan dia bawa tray makanan aku. Aku ke hujung bahagian rooftop iaitu di mana aku dan Jihoon terjumpa itu hari

Aku duduk di kerusi kayu itu dan melihat pemandangan dari atas rooftop. Angin yang bertiup kuat menyentuh mukaku dengan lembut. Aku menikmati keadaan ini dan aku mula menutup mataku lalu tersenyum

Tiba-tiba,

Aku terdengar esakkan menangis. Aku membuka mataku dengan laju. Bulu romaku mengembang, jantungku berdegup dengan laju.

Ya Tuhan, apakah ini... Bila masa pula ada hantu  pada waktu begini

Aku mengalihkan pandanganku ke belakang. Aku dapat rasakan bunyi tangisan tu di stor terbiar, iaitu di belakangku dimana aku duduk sekarang

Aku gulp. Aku memberanikan diri untuk berdiri. Lalu aku berjalan dengan perlahan ke arah empunya suara

Memang sah dari stor terbiar itu. Ini kali kedua aku memberanikan diriku untuk membuka pintu itu. Tombol pintu itu, aku pegang. Tanganku menjadi sejuk apabila aku menyentuh tombol pintu itu

Aku menarik ke belakang pintu itu, suara esakkan itu kedengaran dengan jelas dan kuat

Ya Tuhan, lindungilah aku. Kalau ini memang penunjuk ajal aku, tolong bagi aku peluang. Aku belum bertaubat ni. Banyak dosa aku ni. Terutamanya kepada Daniel

Aku mengerakkan kakiku dengan teragak. Aku nak masuk atau tidak? Tapi aku meneruskan masuk. Aku bergegar dan meneruskan kakiku untuk berjalan mencari suara itu

Masa aku sibuk mencari dengan takut. Masa itu juga kaki jilake aku terlanggar sesuatu dan menyebabkan aku jatuh. Bunyi tangisan itu terhenti

Oh, damn it

Aku berdiri dengan laju dan menutup mataku dengan erat. Hanya bunyi sisa tangisan yang aku dengar, ada juga bunyi hingus. Alah, macam korang tak pernah menangis dengan teruk

Menangis dengan teruk?

Jadi.. Aku tak tahu apa yang berada di depan aku ni sekarang. Dia atau benda tu menangis dengan teresak sebab nak pertolongan?

Bunyi batukan kedengaran di stor itu

Introvert Wink Boy | park jihoonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang