Mijoo POV
Hari ini hari Sabtu. Kau apa tau?
Aku bangun awal dan entah kenapa aku rajin. Jadi sekarang aku sedang mop lantai di cafe ini dan membantu Daniel sediakan makanan untuk dijual seperti kek dan lain-lain
Pasal sekolah di kemarin. Tak ada yang special sangat. Tulah malas aku nak ceritakan kepada korang semua. Seulbin cuba elakkan diri. Jihoon? Hurm.. Aku tak nampak dia di sekolah kemarin
Tidak lama kemudian, Minhyun dan Jisung datang ke cafe ni untuk membantu Daniel juga
Sekarang pukul 10 pagi dan cafe Daniel dibuka. Satu per satu pelanggan datang ke cafe ini. Daniel benarkan aku untuk pakai baju pekerja cafe sebab aku nak sangat kerja di kaunter dan tolong buat air. Pada mulanya dia tidak mahu, banyak alasan dia kenapa dia tidak benarkan aku bekerja di cafe tetapi akhirnya dia mengalah juga
Tapi tak sangka pula banyak pelanggan pada hari Sabtu dan ia menyebabkan aku perlu bergerak dengan laju. Buat air 'americano' , 'latte' dan banyaklah lepastu kena uruskan di cashier lagi
Menyesal tak dengar cakap Daniel
Setelah beberapa jam aku bekerja. Aku berhenti sebab penat dan terus pergi ke dapur untuk berehat. Nasib baik pelanggan sikit sahaja. Bunyi loceng di cafe kedengaran dan menandakan ada orang datang, tapi aku biarkan sebab Guanlin dan Euiwoong pun jadi cashier juga hari ni. Kenapa Daniel tak ambil pekerja?
Daniel yang sibuk mengemas meja bersuara, "Eh bod- Maaf. Apa yang kau buat di sini? Nak kacau adik aku?" . Aku menoleh kepada suara Daniel. Dengan siapa dia bercakap?
Aku ke depan semula dan ternyata ia Seulbin. Dia menunduk ke bawah, tak berani pandang Daniel. Aku melihat sekeliling cafe, mana ada Baejin di sini
Aku memusingkan badan ke belakang dan masuk dapur semula tetapi Seulbin sudah memanggil aku, "Mijoo! Please! Saya perlukan awak sekarang!" katanya dan memandang aku. Dia merayu dengan aku?
Aku mengangkat keningku kepada Seulbin dan menunjukkan diriku
"Kau? Kau nak minta pertolongan dari Mijoo?" tanya Daniel tapi Seulbin tak pandang Daniel. "Jebal"
Aku terpaksa bersetuju dengan Seulbin dan aku suruh dia duduk tetapi dia menolak, "Bukan di sini, di luar" katanya.
"Kau minta pertolongan Mijoo tapi kenapa mesti di luar?" sekali lagi Daniel tanya tapi soalannya tidak dilayan
Aku angguk dan membuka topiku dan keluar dari cafe, "Jangan risau" kataku kepada Daniel dan Daniel memberi pandangan maut kepada Seulbin
Aku dan Seulbin berada di luar cafe. Tapi dia langsung tak bersuara. "Apa yang awak nak?" , aku yang duluan bersuara. Tiba-tiba dia melutut di depanku
"Kang Mijoo! Saya nak minta maaf sangat-sangat. Ya saya tahu saya bersalah tapi saya minta maaf sangat-sangat. Saya mengaku awak sesuai dengan Bae Jinyoung!"
Aku terkejut. Cepat-cepat aku suruh dia berdiri semula. "Ok. Saya maafkan awak tapi jangan sampai melutut"
"Please skip. Apa pertolongan yang awak nak" tanyaku dan Seulbin hembus nafas dan memegang kedua-dua tanganku
Urm?
"Tolong buat Jihoon bercakap semula dengan saya"
•••
Sudah larut malam tetapi aku masih terjaga. Mahu pukul 1 malam tapi aku tidak boleh tidur
Pertolongan Seulbin bagiku amat berat. Aku pun tidak tahu kenapa. Dia memang ada kena mengena dengan Jihoon?

ANDA SEDANG MEMBACA
Introvert Wink Boy | park jihoon
Fanfiction"Pendiam? Pemalu? Tapi pandai pikat hati semua orang dengan wink atau kecomelan dia? Pftt lol tak mungkin" Start : 13 June 2017 Publish : 18 Feb 2018 Complete : 12 Oct 2019 #7 in parkjihoon [1/12/2018] #1 in kpopstory [21/12/2019] #3 in produce101se...