Mijoo POV
Sudah lapan bulan aku sekolah di sini, banyaklah juga perkara yang berlaku tapi membosankan
Aku dan Jihoon belum official hahaha, tinggal tunggu siapa nak confess, tapi aku bukannya sudah confess ?
Aku dan Jihoon pun berkawan, hubungannya dengan Woojin pun semakin bertambah pulih
Adalah juga mereka buat reunion, tapi aku tak dijemput. So, aku tak tahu apa-apa
Ingat tak kenapa Jihoon kata plastik bunga rose tu sesuai dengan Seulbin? Sebab masa tu Seulbin pura-pura jadi gila untuk raih perhatian Jihoon
Cerita pasal Lee Seulbin, aku tak tahu apa yang terjadi sama dia. Setahu aku, sekarang dia menetap di London. Sebelum dia ke sana, dia ada jumpa aku
Daniel being himself, dia temankan aku apabila Seulbin nak jumpa aku. Menangis dia sebab dia memohon maaf dengan aku dan Daniel
Tapi korang jangan risau, Seulbin memang ikhlas minta maaf. Dia juga kena penjara selama 5 bulan sebelum dia bergerak ke London minggu lalu
Park Woojin??
Mesti korang pelikkan? Well, aku dah tak crushkan dia. Sebab crush baru aku Park Jihoon HAHAHAHHA
Woojin pun bukannya ada perasaan dengan aku hmmm sedihnya :(
"Mijoo?"
Tersentak lamunanku apabila Jihoon menepuk tangannya di depan mukaku. Aku pandang dia pelik
"Tak lama lagi ujian akhir tahun. Kau tak study eh?" soalnya dan dia buka bukunya sambil mengunyah roti
"Boleh tak awak ajarkan saya sikit?" soalku apabila aku teringat ada subjek Math dan Sains aku tak berapa pro
Jihoon hanya angguk dan fokus kepada bukunya. Nak lulus katakan sebab dia kan pelajar akhir tahun.
Teringatkan pelajar akhir tahun. Tahun depan aku tak nampak dia sudah 😭 . Hadap muka Bae Jinyoung lah lepasni
Cakap pasal peperiksaan akhir tahun, prom pun nak dekat. Maybe esok malam ni?
Curious juga aku, Jihoon taknak ke prom? Dia sepatutnya enjoy jadi pelajar akhir tahun. Tapi, siapa pasangan prom nya?
Bunyi loceng bergema dan ia menandakan waktu rehat sudah habis. Serentak kami berdua berdiri dan keluar dari kantin
End of Mijoo POV
>>>
Guanlin dan Daehwi sudah lama tinggalkan Mijoo sebab mereka berdua ingin ke Daniel punya cafe
Mijoo pula taknak join sebab favourite dramanya akan start malam ni. Bukan itu sahaja, homework pun berlambak
Mijoo berjalan ke arah pagar sekolah tapi dia terhenti apabila ada suara yang dikenalinya menegur
"Kenapa?" soalnya apabila Jihoon sudah tiba hadapannya
"Err.. boleh tak kau jadi pasangan prom ku esok malam?" kata Jihoon dengan lajunya seperti rap
Terdiam gadis itu dibuatnya. Bro, saya tak faham apa yang kau kata ksksidmiws
"Awak cakap apa?"
"Err. Boleh tak kau jadi pasangan prom ku esok malam" kali ni, Jihoon tak rap. Tapi mukanya memerah apabila dia hamburkan ayatnya
"Bukannya prom tu untuk pelajar akhir tahun saja? Saya bukannya senior" jawab Mijoo
"Well, aku ajak kau. So, boleh. Itu apa yang aku tahulah sebab Puan Lee cakap tadi" kata Jihoon
"Sure." akhirnya Mijoo bersetuju. Jihoon tersenyum kemenangan
>>>
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mijoo mencalit lipstick nya pada bibir. Dia pandang pantulan dirinya yang berada di hadapannya
Mijoo memakai gaun yang cantik berwarna purple , rambutnya diuraikan dan dia buat rambutnya menjadi curl. Makeup tidaklah terlalu tebal
"Lawa-lawa nak pergi mana adik manis?" soal Daniel sambil menyandarkan badannya di pintu Mijoo
"Prom—"
"Eo? Bukannya itu untuk senior saja?" soal Daniel semula
"Ada orang jemput Mijoo" kata Mijoo dan dia keluar dari biliknya bersama kasut tumit yang tidak terlalu tinggi berwarna hitam
"Siapa?"
"Adalah." kata Mijoo sekali lagi dan gelak. Telefon Mijoo berdering dan menandakan driver Jihoon sudah tiba di hadapan rumahnya
"Hati-hati. Jangan time kau pulang, makeup kau luntur sebab orang yang ajak kau, ditch kau" kata Daniel dan Mijoo angguk. Mijoo melambai Daniel apabila dia sudah memakai kasut tingginya
Terus dia keluar dan masuk ke dalam kereta milik keluarga Jihoon. Driver lelaki tua satu dan sebelahnya bodyguard perempuan
"Sudah siap?" soal bodyguard perempuan itu
"Sudah. Hehe, mana Jihoon?" soal Mijoo apabila kereta mewah itu bergeak
"Tuan muda sudah sampai di sekolah" jawab driver itu. Mulut mijoo membuat bentuk huruf 'o' menandakan dia faham
Perjalanan yang memakan 20 minit, akhirnya Mijoo tiba di sekolahnya. Tidak lupa juga Mijoo mengucapkan terima kasih kepada pekerja keluarga Park
Perlahan-lahan dia masuk ke dewan sekolah, tangannya mula berpeluh kerana nervous. Apabila dia masuk ke dewan sekolah, ramai pelajar yang sedang enjoy
Ada yang enjoy dengan rakan mereka, ada yang sibuk makan, ada yang sibuk menari memandangkan lagi yang dimainkan sekarang lagu rancak
Mijoo ke arah tempat makanan, tanpa segan silu dia mengambil makanan yang hendak dia makan. Kemudian, dia memgambil tempat, lapar sebab tiada makan dari petang
Selepas dia makan, dia minum air mineral sambil bermain dengan phone. Dia menunggu chat Jihoon untuk bertanya di manakah lelaki itu
Sedang syok Mijoo main handphone. Seseorang memegang bahu kanannya dan dia menoleh ke arah kanan. Jihoon dengan suit hitam, rambut yang menampakkan forehead sambil tersenyum
Berdetak laju degupan jantung Mijoo apabila Jihoon berada di hadapannya.
Selalunya dia nampak Jihoon dengan cute, tapi malam ni. Dia.. agak.. manly"Wanna dance with me?" soal Jihoon dan memberi tangannya kepada Mijoo. Dalam masa yang sama, lagu rancak bertukar ke lagu alunan yang sesuai untuk pasangan menari bersama
Tanpa membuang masa, Mijoo memegang tangan Jihoon sambil tersenyum. Jihoon membawa Mijoo ke tempat menari
•••
Satu chapter lagi, IWB akan tamat :')

ANDA SEDANG MEMBACA
Introvert Wink Boy | park jihoon
Fanfiction"Pendiam? Pemalu? Tapi pandai pikat hati semua orang dengan wink atau kecomelan dia? Pftt lol tak mungkin" Start : 13 June 2017 Publish : 18 Feb 2018 Complete : 12 Oct 2019 #7 in parkjihoon [1/12/2018] #1 in kpopstory [21/12/2019] #3 in produce101se...