抖阴社区

2.2

371 37 1
                                    

Mijoo POV

Jihoon pandang aku dengan mata yang marah?

Aku just nak balas dendam pun nak marah. Siapa suruh kenakan aku. Kan kena balik

Kami still di posisi tadi. Tidak sampai 1 minit, aku sembur banana milk tu ke tepat muka Jihoon

"Yah!!"

Katanya marah dan pandang aku tajam. Aku mengangkat kedua-dua bahuku dan mula makan ramen. Takut kembang, tak sedaplah kalau kembang

"Jijik awak tau?" kata Jihoon dan bagi pandangan maut kepadaku tetapi aku langsung tak layan

"Sudahlah air tu keluar dari mulut awak yang macam longkang" sambungnya sekali lagi dan pandang aku dingin

Aku angguk dan minum semula banana milk lalu aku pandang dia. Jihoon cepat-cepat menjauhi aku. Aku senyum dan sambung semula makan. Dari hujung mataku, aku boleh nampak Jihoon menggelengkan kepalanya dan duduk semula di sebelahku

Aku tak layan dia sangat dan fokus kepada makanan aku. Jihoon pun sama. Dia main phone sooo kami hanya berdiam.

"Kenapa ikut saya?" tanyaku tapi aku tak pandang dia. Jihoon menyedut dan hembus nafas. "Daniel" katanya lalu meletakkan kepalanya di meja, lengan dijadikan sebagai bantal dan dia memandang aku

Daniel. Confirm dia kena belasah teruk oleh dia, ataupun perang mulut. Who knows?

Ramen yang aku beli tadi telah aku habiskan. Dan aku minum Jihoon punya banana mil-- eh bukan. Aku punya banana milk :)

Jihoon stilll meletakkan kepala di meja. Tapi tak tau dia pandang mana. Aku dapat rasakan dia pandang aku dan ia menyebabkan hati aku dugeun dugeun-

Melebih pula kau ni Mijoo

Aku mencuri pandang Jihoon melalui hujung mata, and yes dia bukan pandang aku. Dia pandang luar. Kan aku dah kata, melebih pula aku ni

Tiba-tiba mata Jihoon terbeliak dan dia menjadi cemas. Dia angkat kepalanya dan mengosok matanya, sekali lagi dia terbeliak. Aku tak tau siapa yang dia pandang sampai muka macam tu

Aku pandang ke belakang nak tengok siapa dia pandang. Sekali aku tengok, food truck yang jual chicken. Eh?

Aku pandang ke depan semula dan melihat Jihoon dengan pelik. Jihoon tengok aku sekejap dan meletakkan kepalanya di meja. Macam tadi yang dia buat tuuu

"Mijoo tolong ke depan sikit" kata Jihoon. Depan sikit? Jadi aku mengerakkan sekali kerusiku ke depan. "Rambut awak- tolong tutup muka saya" kata Jihoon dengan cemas

Aku buat sahaja apa yang Jihoon suruh. Rambut di bahagian kananku aku ketepikan ke kiri dan menutup Jihoon. Serius aku langsung tak tau apa yang dia nak ni

Jihoon memandang aku sekali dan memandang luar semula. Dia menghembus nafas dan mengeluh, "Fuhh.... Nasib" katanya tersenyum pahit

Aku duduk dengan baik semula dan baguskan rambutku seperti biasa. Aku kemas tempat aku makan tadi dan buang sampah. Aku mengambil tisu basah dari poket blazer untuk mengelap tanganku. Kebersihan~~

Turut aku buang tisu basah tadi ke tong sampah. Banana Milk. Patut ke aku belikan Jihoon banana milk?

Tanpa berfikir panjang, aku ke tempat minuman iaitu di mana banana milk terletak. Aku mengambilnya dan membayar banana milk itu. Entah penyakit apa yang aku hidap sampai aku nak belikan banana milk untuk Jihoon

Lepas membayar di kaunter, aku kembali ke tempat meja kami. Muka Jihoon kelihatan seperti tiada perasaan. Dia still dengan senyuman yang pahit itu

"Nah." kataku lalu memberi banana milk itu. "Jangan tanya saya kenapa saya bel-"

Introvert Wink Boy | park jihoonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang