抖阴社区

5.1

251 26 6
                                    

"Daniel!!"

Mijoo menjerit nama Daniel lalu maju untuk dapatkan Daniel yang diikat dengan tali dan mulutnya di tutup

Membulat mata Daniel apabila nampak Mijoo. Walaupun pandangannya kabur akibat Seulbin suntik dia tadi, tapi dia dapat tahu itu suara Mijoo

Dalam hati Daniel, dia sudah mencarut 1000 kali pasal Seulbin. Dia tidak mahu Mijoo tahu

Dua tiga tapak sebelum Mijoo dekat dengan Daniel, Seulbin mengeluarkan pistol daripada poketnya dan acukan kepada Mijoo

Mijoo terhenti, terpaksa juga menelan air liur sendiri. Dia toleh ke belakang tetapi Jihoon tidak ada

Mulalah Mijoo overthinking, adakah ini plan Seulbin dengan Jihoon? Sebab peristiwa di Jeju itu? Jihoon tiada memberitahu apa-apa pasal Seulbin

"Lepaskan abang aku!" jerit Mijoo sekuat hati tetapi Seulbin gelak

"Not that easy, little girl"

"Kau nak apa sebenarnya huh?!" soal Mijoo geram

Seulbin memandang Mijoo dengan pandangan yang tidak percaya dan dia tersenyum sinis

"Two words. Park Jihoon" kata Seulbin dengan nada yang serious

Pistol yang dari tadi berada di genggaman Seulbin di acukan semula kepada Mijoo. Dalam kepala Seulbin, dia sudah berimaginasi macam mana Mijoo mati

"Kau ambillah dia! Janji kau lepaskan abang aku!!"

Sebenarnya, Mijoo berada dalam dilemma apabila Seulbin mahukan Jihoon. Tetapi yang dalam fikirannya dan hatinya mengatakan nama Kang Daniel, abang kandungnya sendiri

Dia tahu jawapan yang dia beri kepada Seulbin sekarang agak bodoh. Dia juga masih belum confirm perasaannya terhadap Jihoon

Tapi masalahnya..
Di manakah Park Jihoon ?

"Aku tak sangka kau bodoh? Sanggup kau biarkan abang kau menderita selama 10 jam. Best tau aku dera dia hahaha"

Mijoo mula berapi, jadi inilah yang Daniel maksudkan ada orang jagakan dia? Ini yang Jihoon maksudkan yang Daniel nak dia bahagia?

Jujur. Mijoo agak kesal dengan perbuatan abangnya dan rakan-rakan abangnya. Sepatutnya mereka memberitahu Mijoo walaupun Daniel tidak suruh. Sekarang, Daniel yang menderita hanya kerana Kang Mijoo

Mijoo tidak faham. Dari mana Daniel tahu bahawa Seulbin buat begini kepada Daniel. Setahu dia, mana ada Seulbin ugut dia atau mesej dia bukan-bukan

Botol spray musang yang kecil masih berada di dalam genggamannya. Dia sudah siap sedia mahu attack Seulbin.

Tiba-tiba, Seulbin meletakkan pistolnya pada meja. Seulbin bersiul lalu 2 orang yang berbadan besar berlari ke arah Mijoo. Mijoo ditahan dengan kedua-dua tangannya dipegang oleh dua orang ini

"Woi! Apa ni pegang-pegang?! Lepaskan aku!" gertak Mijoo

Mujur spray itu masih di tangan.

Seulbin hanya senyum kepada Mijoo, lalu dia menunjukkan Mijoo satu suntik. Seulbin mengisi suntik tersebut dengan satu cecair

Kemudian, dia ke arah Daniel dan menyuntik Daniel dengan paksa di bahagian leher sehingga Daniel menjerit kuat

"No no no!! Daniel!!' jerit Mijoo dan dia mula menangis semula

Seulbin gelak, gembira melihat Mijoo dapat tengok dia seksa abangnya. Tetapi bagi Seulbin, ia belum cukup

Seulbin ke arah Mijoo dan mencengkam rahang pipi Mijoo dengan kasar. Matanya menunjukkan marah dan bencinya kepada Mijoo

Introvert Wink Boy | park jihoonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang