抖阴社区

5.2

200 27 1
                                    

"YAH!!"

Seulbin menjerit tersungkur ke belakang sambil memegang matanya. Padan muka kau!!

Lelaki di kiri Mijoo terus ke arah Seulbin untuk menolongnya, lelaki yang di kanan Mijoo pula pandang Mijoo dengan mukanya yang marah, gigi diketap

Kemudian, lelaki itu menampar Mijoo sehingga Mijoo tersungkur ke belakang. Sakit memang sakit, tapi sakit lagi hati Mijoo melihat Daniel

Mijoo memegang area yang dia kena tampar tadi, kebas pipi kanannya. Hujung bibirnya luka hingga berdarah. Kepalanya juga sakit, mungkin effect kena tampar tadi

Dengan tenaga yang masih ada, Mijoo gigihkan dirinya untuk berdiri lalu ke arah Daniel.

"Daniel-ah"

Mijoo kembali menangis apabila dia menekup muka Daniel yang tidak sedar itu. Mukanya penuh dengan lebam dan mukanya juga pucat. Sanggup betul Daniel buat begini ?

Baru sahaja Mijoo mahu tarik suntik yang masih berada di leher Daniel, seseorang menarik rambutnya dengan kuat dan Mijoo ke belakang

"Kau memamg tak guuuuunaaaaa!!" jerit Seulbin dan Seulbin menolak Mijoo sehingga Mijoo terbaring ke lantai

Dan..
Mulalah mereka bergelut, bergaduh.

Penat, sakit dan banyak lagi mereka rasa. Mijoo menterbalikkan Seulbin dengan kuat sehingga Mijoo berada di atas Seulbin

Mijoo menumbuk Seulbin di muka dengan sekuat hati seperti mana Seulbin tumbuk dia tadi. Mijoo tumbuk dia tanpa henti

Dua orang lelaki di belakang mereka terkaku. Mijoo ambil spray pemedih mata yang tidak jauh dari sebelah kanannya. Mereka berdua hembus nafas dengan berat

"P-panggil yang l-lain" kata Seulbin lalu dua orang lelaki itu angguk dan keluar.

Mijoo mengoncang botol spray tu, geram dan marahnya menggunung. Nampaknya, setan sudah menguasai dirinya

"Goodbye Lee Seulbin"

Mijoo meletakkan spray itu dihadapan matanya, belum sempat dia spray.. rambutnya sekali lagi ditarik sehingga dia berdiri

Mijoo menjerit kesakitan, sakitnya macam kepala mahu tercabut. Terdapat enam lelaki termasuk dua orang tadi. Lelaki yang menarik rambut Mijoo, mengalihkan tangannya ke leher Mijoo

Dia cekik Mijoo dengan sekuat hati sehingga Mijoo menumbuk-numbuk tangannya untuk minta lepas. Terbatuk-batuk Mijoo dibuatnya, Mijoo juga seperti tidak dapat bernafas

Lelaki yang cekik Mijoo, menambahkan lagi kuatnya untuk mencekik

"Woi!!" jerkah seseorang yang Mijoo kenali, iaitu Jihoon.

Kemudian, kedengaran bunyi siren polis dan ambulans kedengaran. Semua ahli WANNA ONE dan beberapa polis menyerang enam orang lelaki suruhan Seulbin

Daehwi dan Guanlin kerjakan Seulbin. Woojin cuba sedaya berhentikan lelaki yang masih cekik Mijoo

"Woi?! Sudahlah?! Ada polis ni?! Tak mahu lari ke huh?!' kata Woojin dengan marah

Dua anggota polis ke arah Woojin dan Mijoo lalu lelaki tersebut ditendang di kaki lalu dia melutut dan ditahan oleh dua polis itu

Mijoo jatuh dan nasib Woojin dapat menyambutnya. Woojin meletakkan dua jarinya pada leher Mijoo untuk check nadinya. Nadi Mijoo bergerak dengan lemah

Tanpa membuang masa, Woojin mengangkat Mijoo dengan bridal style lalu dia bawa Mijoo keluar untuk ke tempat ambulans

"D-D- Daniel.." kata Mijoo dengan lemah

Woojin mengigit bawah bibirnya, risau akan keadaan Mijoo. Dia teruskan berlari ke arah ambulans

"Jangan risau. Dia tak akan apa-apa. Dia dibantu oleh kawan kami" balas Woojin untuk tenangkan Mijoo.

Youngmin, Dongho dan Kenta membantu Daniel lalu membawa Daniel keluar juga, dan ke arah ambulans

Apabila tiba di luar rumah itu, tangan Mijoo yang berada di bahu Woojin terlepas dan menyebabkan Woojin turut berhenti. Matanya membesar melihat Mijoo

>>>

1 week later

Mijoo POV

Aku membuka mataku yang seperti kena gam dengan hot glue gun

Buka sahaja mata, semua sekeliling aku warna putih. Ini ke kehidupan selepas mati ?

Aku hanya pandang tempat yang sama, entah apa yang cantik.. tahi cicak kot

"Mijoo?! Awak dah sedar?" jerit seseorang , suaranya macam suara dolphin

Tidak lama kemudian, aku nampak Daehwi dan Guanlin dalam pandanganku, mereka berdua pandang aku dengan terkejut

"Korang pun ikut sekali ke mampus? Begini ke kehidupan lepas mati?" soalku, aku memegang area leherku yang terasa menganggu aku sikit

"Apa dehel kau ni Mijoo? Kita di hospital lah. Kau tak sedar diri selama 1 minggu" kata Daehwi

"Eo? Apa maksud kau-"

"Kau jangan cuba ingat apa-apa. Biar aku panggil nurse. Lepas nurse datang, baru boleh kau ingat ingatan kau" kata Guanlin memotong ayatku

Guanlin terus keluar, Daehwi bantu aku sandarkan belakang ku pada kepala katil

Area leherku, ialah benda alah yang aku tak tahu. Setahu aku, benda ni digunakan apabila orang tu patah leher dia

Daehwi hanya bagi aku senyumannya yang sedih. Entah kenapa dia emo

Tidak lama kemudian, Guanlin datang bersama satu doktor dan nurse. Daehwi bow dan dia ikut berdiri dengan Guanlin

"Kang Mijoo? Syukurlah ya kamu sedar." kata doktor tersebut sambil tersenyum

"Abang kamu belum sedar lagi.."

Saat tu, baru aku ingat apa yang terjadi

Introvert Wink Boy | park jihoonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang