抖阴社区

                                    

Kejap, dia nak aku jadi fake girlfriend dia?

"Kenapa? Ada masalah ke?" tanyaku ragu. Jinyoung mengangguk menandakan dia ada masalah

"Kau"

"Kau nampak tak Marcedez warna hitam tu?" tanya Baejin sambil tunjuk kereta hitam di belakang aku itu

Aku menoleh ke belakang, nak tengok kereta. Kereta mewah?

"Tu masalah aku"

Aku memandang Baejin semula dengan pelik.

Kereta hitam Marcedez masalah dia? Apa yang kereta tu buat kepada Baejin?

Baejin gelak apabila nampak reaksiku, "Nanti kau fahamlah kalau kau masuk dalam rumahku. Just be my fake girlfriend ok?" kata Baejin lalu dia mengenggam tanganku

Aku iya iya kan saja. Serius aku langsung tak faham. Tapi disebabkan kereta hitam tu ada masalah dengan Baejin. Jadi aku mesti tolong dialah kan?

Baejin menarik aku masuk ke dalam rumahnya. "Annyeong eomma. Annyeong imo" kata Baejin senyum kepada dua orang wanita berusia duduk di sofa

Wanita yang Baejin sebut 'eomma' terkejut apabila dia nampak tangan aku dan tangan Baejin

Baejin duduk di sebelah 'eomma'nya. Maaf tapi aku langsung tak tau dia tu mak mentua aku tak. Eh sorry salah. Aku tak tau itu eomma Baejin ke tak

"Jinyoung apa ni?!" bisik eomma Baejin kepada Baejin. Baejin mengangkat kedua-dua tanda dia juga tak tau

Aku mengalihkan pandanganku ke hadapan. Ada 2 perempuan. Maksudku, 1 wanita yang berusia dan 1 perempuan yang macam sama umur denganku

Aku melihat dia. Mulut, mata, hidung, tangan, kaki, rambut macam prefect bhai. Dia senyum kepada aku. 100% senyuman ikhlas. Mungkin

"Urm. Ini sebelah saya ni anak saya Puan Bae. Lee Seulbin." kata wanita berusia itu kepada eomma Baejin di depannya

Lee Seulbin senyum dan menunduk hormat. Aku pandang Baejin. Muka Baejin macam dia tak kisah langsung

"Seulbin! Lama dah tak nampak kamu! Kamu membesar dengan baik dan cantik!" kata Puan Bae dan pergi peluk dengan Seulbin tu

"Tengoklah kamu sekarang! Macam eomma kamu time middle school!" kata Puan Bae lalu menjeling kepadaku

Apakah-

Baejin nampak apa yang eomma dia buat kepadaku, Baejin mengenggam tangan kiriku.

"Sorry. Jinyoung dan Jinyoung punya chingu nak naik atas" kata Baejin dan senyum malas

Lalu Baejin tarik aku bersama dia ke atas dan ke biliknya.

Apabila kami masuk dalam biliknya, Baejin melemparkan badannya ke katil dan mengeluh

Aku menutup pintu bilik Baejin dan melihat biliknya. Banyak gambar dia ketika kecil. Comel :')

"Sorry kalau perangai eomma aku immature terhadap kau tadi." kata Baejin dan menutup matanya

"Tak apa. Kenapa dengan tetamu tadi? Mungkin kereta hitam tu dorang punya" tanyaku dan duduk di birai hujung katilnya

"Eomma aku suruh kahwin dengan perempuan tu. Aku tak nak. Lagipun aku langsung tak kenal dan tak minat kepada dia" , jelasnya

Betul juga katanya. Aku rasa, Baejin deserve someone better. Misalnya seperti aku HAHA

Baru sahaja aku mahu balas, bilik Baejin diserbu. Ternyata Puan Bae. Dia masuk dengan mukanya yang marah

"Apa ni Jinyoung?!"

Baejin berdiri dan menarik aku ke belakangnya. "Apa lagi eomma?" tanya Baejin dan menggaru kepalanya seperti dia ada masalah berat

"Eomma suruh kamu kahwin dengan Seulbin! Bukannya ada girlfriend! Buat eomma malu sahaja!" marah eommanya.

"Kamu! Jampi apa yang kamu ada sampai anak saya dengan kamu?!" marah Puan Bae lalu menunding jarinya kepadaku

Baejin meraup mukanya ke belakang. Confirm dia bersabar sekarang ni

"Eomma. Please be mature. Baejin tak nak lah semua ni"

kata Baejin lalu ke arah Puan Bae. Baejin memegang kedua-dua bahu Puan Bae

"Eomma. Anak eomma yang di depan mata eomma ni sudah besar. Boleh jaga diri sendiri. Sudah tahu yang mana betul dan yang mana salah. Jinyoung penatlah asyik kena ikut cakap eomma. Ya, Jinyoung sayang eomma dan Jinyoung ikut semua pesanan eomma"

muka Baejin sudah merah dan matanya sudah berair. Tapi dia cuba tidak menangis. Arh tidak :(

"Perempuan yang di belakang Jinyoung ni. Teman wanita Jinyoung yang Jinyoung cinta. Kalau boleh, Jinyoung nak kahwin dengan dia eomma. Pleaselah. Please bagi Jinyoung life. Jangan nak asyik control life Jinyoung. Suka hati Jinyoung nak kahwin berapa. Suka hatilah Jinyoung nak cinta siapa"

Akhirnya, tembok air mata Baejin sudah jatuh. Dan dia menangis lalu memeluk Puan Bae. Puan Bae membalas pelukan anaknya itu

Tapi kan,

Aku tak fahamlah Baejin. Dia betul-betul maksudkan ke? Kalau ya, apa yang aku nak buat? Sudahlah dia tidak tahu yang crush aku ialah Woojin

Baejin meleraikan pelukannya lalu dia memegang dan mengenggam tanganku. Aku menggenggam tangannya juga

"Please eomma. Be mature. Anak lelaki eomma sudah besar. If you love me, then let me do what I want. Tapi still, Jinyoung akan tanya eomma dan appa"

Puan Bae hembus nafas dengan berat dan membaguskan rambutnya

"Baikhlah. Kali ni eomma setuju dengan kamu" kata Puan Bae senyum dan melihat anaknya dengan penuh kasih sayang. Baejin mula senyum.

Tetapi muka Puan Bae terus berubah, "Tapi kamu mesti kahwin dengan anak kawan eomma tu. Tadi kamu kata suka hatilah nak kahwin berapa" kata Puan Bae dengan tegas lalu keluar dari bilik ini

Senyuman Baejin terhenti. Aku memandang Baejin dengan risau, "Kau okey?"

Beberapa saat kemudian, baru Baejin pandang aku semula. Dia senyum lemah. "Jangan peduli apa yang aku kata tadi. Aku saja tu nak buat eomma aku berhenti" katanya

Aku angguk dan senyum kepada dia seperti budak-budak. "Tak apalah" kataku. "Jom pergi ke cafe abang kau semula. Jadi gila aku di sini" kata Baejin lalu ketawa dan menarik aku

Sebelum kami keluar dari rumah Baejin, kami berdua menunduk hormat kepada mereka. Kecuali appa Baejin. Dia tiada di situ

Introvert Wink Boy | park jihoonTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang